September 10, 2020

Mencari corak, kitaran mengikut sejarah dan kebolehulangan adalah tugas utama seorang pedagang. Sesetengah daripada mereka menggunakan corak grafik untuk mendapatkan bayang bentuk geometri. Sesetengah pula mempelajari ciri-ciri pergerakan harga: pecutan, pembrekan dan interaksinya dengan objek grafik. Namun, sebilangan besar pedagang yang terlibat menggunakan indikator dalam analisis teknikal Forex mereka. Ia membolehkan anda meramal pasaran, memahami pelbagai ciri dan menggunakan corak tersebut dalam dagangan sendiri. Malah pedagang baru yang mula sedar akan kewujudan analisis teknikal akan berjaya menganalisis pasaran dengan bantuannya.

Antara kategori paling besar dalam bermacam jenis instrumen adalah indikator trend Forex. Ia terhasil berdasarkan corak ringkas pergerakan harga, iaitu kecenderungannya terhadap pergerakan trend. Trend adalah pergerakan ke depan sesuatu nilai sama ada ke atas atau ke bawah, ia adalah cirinya jika ditulis secara ekstrem. Pembentukannya dipengaruhi oleh majoriti posisi yang ada di pasaran semasa ketidakseimbangan berlaku secara berterusan antara penjual dan juga pembeli.

Dengan mengenal pasti sesuatu trend, anda mengalihkan kebarangkalian dagangan untuk berjaya mengikut arah yang ada mahukan. Kami akan jelaskan dalam artikel ini apakah indikator trend Forex yang digunakan, apa yang perlu anda berikan tumpuan, serta di sistem dagangan manakah anda boleh menggunakannya.

Tujuan dan Cara Menggunakan Indikator Trend

Majoriti kebanyakan buku yang membincangkan tentang analisis teknikal ditulis berdasarkan pada hakikat bahawa trend menjadi asas bagi strategi yang ingin anda hasilkan. Anda harus sentiasa mengikut arah pergerakannya dan membuat dagangan pada arah berkenaan. Seorang pedagang harus bijak untuk mengenal pasti dan membuat dagangan mengikut arah yang ditunjukkan. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk menentukan arah tersebut tepat pada masanya dan tanpa timbul sebarang masalah.

Semua berpunca daripada gangguan di pasaran, ia mengaburi keseluruhan gambaran tentang apa yang sedang berlaku. Indikator trend dicipta untuk membendungnya, bergantung pada formula yang digunakannya, ia membantu menentukan arah transaksi masa hadapan dengan membuat purata harga atau menggunakan cara lain bagi menunjukkan pergerakan harga global.

Menjadi kebiasaan, ia digunakan sebagai alat penyaring dalam strategi, apabila isyarat daripada pengayun sepadan dengan trend global. Sebagai contoh, ia mungkin gabungan antara EMA dan Stochastic, RSI, atau apa-apa indikator yang menghasilkan saluran dan paras juga boleh digunakan. Jika bacaannya sepadan, dagangan akan dibuka, dan jika tidak sepadan, tiada dagangan akan dibuat.

Selain daripada menjadi penyaring, ia juga boleh memberi isyarat untuk memasuki pasaran. Ia sama ada perubahan trend global mahupun trend jangka pendek. Apa-apa pun, indikator seperti ini boleh menjadi sumber data bagi pedagang membuka dagangan dikemudian hari.

Kadang kala, indikator trend juga boleh digunakan untuk menetapkan Stop Loss. Contoh paling utama ialah menetapkan order stop menggunakan EMA, iaitu garis indikator menjadi titik utama dalam mengehadkan risiko.

Tiga Indikator Trend Utama

Teknikal Analisis amat dikenali di serata dunia kerana ia memiliki pilihan instrumen yang pelbagai di mana-mana. Anda boleh menghasilkan pelbagai jenis sistem dagangan dengan memilih daripada sejumlah besar analisis yang dibangunkan mengikut kesesuaian khusus. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, seorang pedagang boleh menggunakan mana-mana jenis instrumen dalam kategori trend sebagai asas dan kemudian memasang indikator RSI atau apa-apa jenis pengayun padanya. Dengan itu, anda akan memperoleh asas seimbang untuk membangunkan strategi dagangan.

Indikator trend Forex berikut menduduki 3 tempat teratas dan anda boleh lihat perbezaan mereka jika dibandingkan dengan semua perkakas yang boleh anda gunakan pada terminal MetaTrader. Indikator tersebut adalah Moving Average, MACD, Bollinger Bands. Ketiga-tiganya akan dipapar secara terus dalam terminal sedia ada dan telah dianggap sebagai satu standard. Untuk makluman, broker NordFX membenarkan anda menggunakan indikator-indikator itu menerusi terminal MT4 yang bukan saja boleh dipasang pada komputer, malah pada telefon pintar anda.

Ulasan untuk Moving Average

Indikator Moving Average adalah indikator trend klasik yang melakar garis harga pada carta dengan memuratakan nilainya dengan jumlah batang lilin yang spesifik. SMA dianggap sebagai perkakas asas bagi analisis teknikal. Pertama sekali, ia berbentuk nilai aritmetik sederhana, mudah untuk dibuat pengiraan, oleh itu ia adalah yang pertama akan dihasilkan. Yang kedua, ia telah menjadi asas kepada pelbagai pengubahsuaian serta penghasilan indikator baru. Yang ketiga, pedagang boleh menggunakan mana-mana strategi yang berasaskannya (Rajah 1).

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, Kepelbagaian1

Terdapat beberapa jenis indikator Moving Average:

  1. Moving Average Ringkas (SMA);
  2. Moving Average Eksponen (EMA);
  3. Moving Average Wajaran (WMA).

Sekilas pandang, sukar untuk mencari perbezaan di antara ketiga-tiganya. Apa yang membezakannya adalah jenis pemurataan harga yang mengakibatkan kelainan dari segi sensitiviti serta sela masa selepas itu. WMA adalah yang paling perlahan serta paling kasar terhadap gangguan pasaran. Sebaliknya EMA pula adalah yang paling cepat dan sering kali digunakan dalam latihan.

Garis yang anda lihat pada carta boleh menghasilkan isyarat-isyarat berikut:

  1. Lintasan garis dengan harga;
  2. Lintasan sesama garis moving average;
  3. Purata dengan tempoh lama sebagai garis sokongan dan rintangan.

Tumpuan juga harus diberikan pada sudut kecenderungan serta posisi harga yang relatif pada garisan. Jika ia berada di atas garisan, trend semasa adalah ke atas, jika ia di bawah garisan, trend akan mengalami penurunan. Sekali lagi ingin kami tekankan bahawa Moving Average sering kali digunakan bersama-sama dengan pengayun dalam satu-satu strategi: Stochastic, RSI, dan lain-lain pengayun bagi membantu anda menentukan permulaan, penerusan atau pengakhiran trend semasa.

Rajah 2 di bawah menunjukkan contoh mudah bagaimana indikator Stochastic keluar daripada zon lebihan jualan lalu mengesahkan trend ke bawah pada SMA dan mengarahkan dagangan jualan dibuka:

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, Kepelbagaian2

Ulasan untuk MACD

Indikator ini biasanya disalah anggap sebagai salah satu pengayun. Sebenarnya, ia bukanlah pengayun, tetapi indikator yang terhasil daripada pemurataan harga. Algoritma MACD adalah berdasarkan nilai dua Moving Average yang berbeza, dan perbezaan jarak antara keduanya akan dipapar pada histogram. Tidak seperti Stochastic atau RSI, MACD bukanlah sejenis pengayun stochastic, tetapi salah satu indikator trend klasik (Rajah 3).

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, Kepelbagaian3

Ia adalah sumber isyarat yang besar, kerana ia mampu mencari perubahan trend untuk jangka pendek dan jangka sederhana, kemudian menunjukkan isyarat trend global akan berubah. Senjata terhebatnya adalah pencapahan. Ia telah menjadi suatu isyarat biasa bagi sebilangan besar indikator Forex.

Pencapahan adalah sejenis isyarat balikan yang terbentuk daripada nilai ekstrem instrumen yang tidak sepadan dengan harga sebenar. Ringkasnya, jika lengkung harga masih bergerak ke bawah, dan lengkung indikator sudah mula bergerak ke atas, ia adalah satu isyarat kuat yang menunjukkan perubahan arah trend akan berlaku tidak lama lagi. Seperti indikator balikan yang lain, MACD tidak akan menunjukkan post facto, tapi memberi amaran awal mengenai perpecahan pergerakan harga. Contoh adalah seperti pada Rajah 4:

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, Kepelbagaian4

Anda boleh lihat pembahagian di sebelah atas dan di sebelah bawah paras 0.00 pada histogram. Bila-bila masa graf ini melintasi garis sifar, perubahan trend global akan berlaku. Jelas sekali jika persilangan ini berlaku dari bawah ke atas, maka trend ke bawah akan berubah dan bergerak ke atas. Sama juga jika persilangan itu berlaku dari atas ke bawah, trend menaik akan berubah kepada trend menurun.

Cuba lihat juga pada interaksi histogram MACD dengan isyarat garisan bertitik merah. Persilangan itu akan memberi petunjuk bahawa perubahan pergerakan harga jangka pendek akan berlaku dan ia membantu dalam menentukan bilakah masa untuk membuka order belian atau jualan (Rajah 5).

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, Kepelbagaian5

Sesetengah pedagang Forex bukan saja menggunakan indikator ini dengan perkakas analisis teknikal yang lain, tetapi mereka juga menggunakannya begitu saja. Semua ini disebabkan oleh kekuatan serta ketepatan yang ditunjukkan isyarat MACD, terutama sekali jika berlakunya pencapahan pada carta.

Ulasan untuk Bollinger Bands

Bollinger Bands adalah indikator trend Forex terakhir dalam kedudukan tiga teratas. Ia adalah moving average yang biasa dan julat dagangan terhasil mengikut pada jarak yang paling jauh. Menariknya tentang indikator ini adalah ia mampu mencari dan memaklumkan pedagang bukan saja arah pergerakan trend, malah keadaan turun naik pasaran, serta memberi isyarat untuk menjauhi sempadan julat (Rajah 6).

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, Kepelbagaian6

Bollinger Bands akan memperlihatkan kekuatan dan juga potensi sesuatu trend pada julatnya. Apabila saluran menyempit, trend dijangka akan beralih kepada pergerakan mendatar atau mengalami pengumpulan. Sebaliknya, julat yang lebih besar menunjukkan pertambahan aktiviti trend dan juga turun naiknya. Dagangan boleh dibuat berpandukan pada interaksi garis indikator dengan harganya, sama ada melantun dan berubah arah, melepasinya atau menghampirinya. Anda boleh berdagang bila nilainya bergerak mengikut saluran, atau semasa julat saluran dilepasi. Kedua-duanya adalah dibenarkan. Anda boleh lihat pada Rajah 7 untuk contoh bagaimana indikator Indeks Kekuatan Relatif (Relative Strength Index) bersama-sama dengan Bollinger Bands mengubah arah pergerakan harga daripada sempadan saluran:

Indikator Trend Forex: Tujuan, Ciri, Kepelbagaian7

Kelebihan dan Kelemahan

Kekuatan sebenar indikator trend adalah kemampuannya untuk mengurangkan sedikit turun naik harga dan mengenal pasti pergerakan trend utamanya. Hampir semua instrumen trend menggunakan algoritma pemurataan untuk menghilangkan gangguan di pasaran. Dari satu segi, ia menunjukkan keadaan yang lebih jelas serta mudah untuk difahami. Dari segi yang lain pula kelewatan penghantaran isyarat berlaku. Tambahan lagi, lebih banyak gangguan yang indikator hapuskan, lebih tinggi kelewatan isyarat yang ditunjukkan.

Harus diingat bahawa isyarat seperti perbezaan contohnya, agak jarang berlaku. Justeru, jika terlepas pandang isyarat tersebut, anda perlu menunggu lama untuk isyarat seterusnya muncul. Terutama sekali apabila anda berdagang dalam tempoh masa yang besar.

Walau bagaimanapun, kegunaan dan keberkesanan indikator trend Forex tidak boleh diragui lagi. Ia menghalang anda daripada berasa keliru dengan pergerakan harga global, dan disebabkan itu ia boleh dijadikan asas kepada strategi dagangan berkualiti serta memberi pulangan secara stabil bagi dagangan manual dan juga dagangan automatik menggunakan bantuan robot penganalisis.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami