September 25, 2020

Pedagang bukan saja boleh menggunakan pengetahuan yang anda untuk berdagang, mereka juga ada pelbagai program komputer: skrip tambahan, dan juga algoritma yang boleh memberi panduan, malah boleh juga membuka dan menutup transaksi sendiri. Sistem dagangan automatik ini digelar robot Forex. Kita akan membincangkan tentangnya dengan teliti dalam artikel ini, selain daripada jenis-jenis yang ada serta penggunannya.

Apa yang dimaksudkan dengan Robot Forex?

Robot Forex adalah kod program yang beroperasi mengikut algoritma yang telah dipasangkan. Terdapat beberapa jenis robot Forex jika dilihat dari segi sistem dagangan yang sedia ada pada mereka. Ia boleh berfungsi berdasarkan pada indikator ataupun strategi khusus dalam pengurusan wang dan risiko. Sebahagian besar daripada robot dagangan Forex percuma adalah berasaskan strategi Martingale yang terkenal.

Bagaimana Robot Dagangan Forex berfungsi? Mudah saja. Sebenarnya, ia adalah strategi automatik yang melakukan semua tugasan seperti seorang pedagang akan lakukan, cuma pedagang tidak perlu berada di situ semasa dagangan dibuat.

Andaikan suatu robot yang dihasilkan berdasarkan indikator Relative Strength Index atau RSI dan berfungsi mengikut prinsip keluar daripada kawasan lebihan belian atau lebihan jualan (masing-masing adalah 70% dan 30% mengikut skala indikator). Sebaik saja situasi tersebut berlaku pada carta, robot akan membuka transaksinya sendiri (Rajah 1). Seorang pedagang juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau menggunakan indikator tersebut.

Robot Dagangan Forex: Apakah Fungsi dan Keberkesannya1 

Indikator tunggal atau beberapa algoritma sama boleh dimasukkan ke dalam program bantuan komputer seperti itu. Sebagai contoh, indikator MACD atau Pengayun Stochastic yang terkenal boleh digunakan bersama-sama dengan purata pergerakan. Dalam hal ini, algoritma robot akan ditetapkan supaya menerima isyarat berdasarkan pada dua indikator, manakala dagangan hanya akan dibuka apabila kedua-dua indikator tersebut memberi arahan yang sama, contohnya, membuka posisi long.

Jenis-Jenis Robot Dagangan

Terdapat dua jenis sistem dagangan yang utama. Yang pertama adalah separa automatik yang hanya memberi usul. Dalam erti lain, seorang pedagang perlu membuat keputusan mereka sendiri. Yang kedua berjalan secara automatik sepenuhnya. Pedagang akan menghidupkan platform dagangan mereka, kemudian sistem itu akan membuat analisis pasaran dan seterusnya bertindak berdasarkan analisis yang dibuat.

Sukar untuk memilih manakah yang lebih baik. Setiap satu daripadanya ada kelebihan serta kekurangannya. Sebagai contoh, robot separa automatik (transaksi buka secara manual) tidak benar-benar menyenangkan pedagang dan memerlukan intervensi pengguna di terminal pada saat isyarat muncul.

Robot dagangan automatik sepenuhnya berfungsi mengikut prinsip “pasang dan tinggal”, namun ia juga ada kekurangannya. Memandangkan robot seperti itu diprogram untuk berfungsi dengan set perkakas tertentu, ia tidak akan mengambil kira pengaruh faktor fundamental yang wujud di pasaran, sebagai contoh. Ini akan menyebabkan dagangan rugi akibat hasil kerja robot yang tidak memuaskan.

Beberapa Cadangan Semasa Bekerja dengan Strategi Dagangan Automatik

Kami telah nyatakan di atas bahawa robot yang berjalan secara automatik memiliki kelebihan serta kekurangan mereka sendiri. Paling tidak, kami sarankan untuk tidak membiarkan algoritma itu bekerja tanpa pengawasan bagi satu tempoh yang lama. Kami berikan beberapa tip berguna di bawah ini kepada mereka yang merancang untuk menggunakan robot seperti itu.

1. Lihat dengan teliti sistem dagangan disebalik robot yang digunakan.

Jika anda membeli robot pedagang atau memuat turunnya secara percuma dari Internet, anda perlu selidik dengan teliti apakah yang menjadi dasar kepada robot dagangan itu. Hakikatnya majoriti robot Forex dihasilkan mengikut kaedah yang digelar “martingale”. Apa yang dimaksudkan dengannya? Ia adalah satu kaedah pengurusan wang yang wujud dalam dunia dagangan dan berasal daripada kasino.

Kaedah yang diguna adalah setiap kali anda mengakhiri dagangan rugi, anda perlu menggandakan saiz posisi yang seterusnya. Sebagai contoh, jika anda buka dagangan sebanyak 0.1 lot, dan anda mengalami kerugian, saiz dagangan yang akan dibuka seterusnya adalah 0.2 lot. Kemudian, jika dagangan itu juga tidak memberi sebarang pulangan, dagangan selepas itu akan dibuka dengan saiz 0.4 lot, dan anda akan terus menggandakannya sehinggalah dagangan anda memberikan keuntungan.

Hasil daripada pendekatan ini ialah keuntungan yang diperoleh daripada dagangan pertama yang berjaya akan dapat menanggung semua kerugian dan dalam masa yang sama memberi pulangan. Namun strategi seperti itu hadir dengan risiko yang agak besar. Menjadi kebiasaan pedagang memiliki deposit yang terhad. Jika wang tidak cukup untuk membuka posisi yang seterusnya, pedagang akan hilang semua wang yang mereka laburkan dengan menggunakan kaedah martingale sebelum itu.

Anda harus maklum bahawa tetapan bagi majoriti robot dagangan Forex yang menggunakan strategi dagangan ini membenarkan pedagang untuk menukar pekali pertambahan lot mereka. Ia boleh ditetapkan untuk mengganda lebih daripada 2.0, atau kurang daripada itu, contohnya 1.5. Maksudnya, jika anda buka dagangan pertama dengan 0.1 lot, jika anda mengalami kerugian, dagangan seterusnya akan dibuka dengan 1.5 lot, dan seterusnya.

2. Tetapan sebelum menggunakan.

Sebelum memberi robot peluang untuk berdagang sendiri di pasaran kewangan, anda perlu menetapkan parameter utama ke dalam tatarajahnya. Ia perlu dilakukan terhadap kedua-dua fungsi iaitu strategi, serta pengurusan modal dan risiko. (Satu contoh telah ditunjukkan di atas).

Tetapan strategi boleh menyamai tetapan indikator. Sesetengah robot pedagang memiliki keupayaan untuk mengatur algoritma yang mereka gunakan. Contohnya, anda boleh tetapkan penggunaan Moving Average oleh robot bagi dagangan trend untuk satu tempoh tertentu.

Bagi pengurusan modal dan risiko, kebanyakan sistem dagangan automatik memilikinya. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan ke dalam sistem robot jarak sebelum stop loss atau take profit diletakkan. Atau terus letakkan saja. Selain itu, saiz lot yang robot akan guna dalam pasaran kewangan juga perlu ditentukan. Sesetengah robot pedagang menetapkan parameter tambahan seperti nilai sisihan atau spread maksimum semasa posisi dibuka bagi mengelakkan order yang dihantar kepada broker bukan pada harga yang merugikan. Anda juga boleh mengehadkan bilangan maksimum posisi yang dibuka bagi mengurangkan risiko hilang modal.

Bilangan tetapan pada robot dagangan Forex ada bermacam-macam: satu program komputer boleh memiliki dua atau tiga tetapan, yang lain - beberapa dozen. Penguji strategi yang dipasang siap ke dalam platform dagangan MetaTrader-4 (MT4) dan ditawarkan syarikat broker NordFX kepada pelanggan mereka boleh membantu anda dalam hal ini. 

3. Robot Dagangan Berbayar VS Percuma.

Pada masa sekarang, anda boleh mencari robot pedagang berbayar dan percuma di Internet. Kebanyakan pedagang lebih gemari robot percuma, kerana ia tidak memerlukan kos kewangan tambahan dalam pembelian mereka.

Kelebihan robot dagangan Forex percuma ialah ia benar-benar tidak memerlukan sebarang modal daripada pedagang. Namun, terdapat satu sisip penting yang perlu anda ambil kira. Semasa memilih robot dagangan Forex percuma, pastinya anda tidak tahu siapa pembangunnya dan apakah sistem dagangan yang mereka gunakan untuk algoritma itu. Justeru, bagi memahami bagaimana ia berfungsi, menilai kelebihan dan kekurangannya, menentukan sama ada terdapat ralat pada program komputer ataupun tidak, anda perlu menguji pembantu dagangan seperti itu pada penguji strategi MT4, dan kemudian menggunakannya pada akaun demo percuma.

Banyak kelebihan yang ada pada robot dagangan berbayar untuk membezakannya, termasuklah bantuan teknikal lengkap oleh pembangunnya, tetapan sistem yang fleksibel serta hasil kerja dengan bermacam parameter dan juga instrumen dagangan yang pernah digunakan sebelum itu. Dalam kes-kes tertentu, pembangun akan bersedia untuk membuat pelarasan operasi robot dagangan mereka, seperti yang dicadangkan oleh pedagang Forex.

Bagaimana Robot Dagangan Forex Dihasilkan

Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah tidak semua robot dagangan boleh diguna pada platform dagangan. Seperti yang telah dinyatakan, platform yang paling terkenal di dunia adalah MetaTrader-4 (atau terminal dagangan). Ia menggunakan bahasa pengaturcaraan khas MQL4, bahasa sama yang menghasilkan beribu-beribu program dagangan Forex secara automatik.

Pada platform MetaTrader-4, pedagang akan menemui tab-tab khas yang boleh mereka guna untuk mengakses sejumlah besar skrip, indikator dan robot khusus. Seseorang itu boleh membeli, menyewa atau terus mengujinya. Terdapat juga ratusan pengaturcara berpengalaman yang boleh berkhidmat untuk anda, bersedia untuk menghasilkan sistem dagangan automatik mengikut algoritma yang ditentukan oleh pedagang. Dalam masa yang sama, penting untuk anda melakar kerja-kerja teknikal dengan tepat supaya pengaturcara dapat menghasilkan apa yang benar-benar anda mahukan.

Mitos tentang robot dagangan

Terdapat mitos-mitos yang sering tersebar di Internet. Kami mengambil keputusan untuk menjelaskannya dan memberi maklumat objektif kepada mereka yang ingin cuba menggunakan robot dagangan dalam dagangan mereka. Berikut adalah antara yang menarik:

1. Broker menentang penggunaan robot dagangan.

Ia tidak benar. Contohnya, broker NordFX tidak menghalang sama sekali penggunaan solusi automatik seperti itu kepada pelanggan mereka. Selain itu, robot dagangan langsung tidak memberi kesan buruk terhadap kerjasama antara pelanggan dan syarikat. Penggunaan robot dagangan Forex adalah sah di sisi undang-undang dan tidak melanggar Perjanjian Pelanggan.

2. Hanya robot berbayar memberi pulangan.

Ini juga tidak benar. Sering kali kita dapati, jika tidak memberikan hasil yang lebih baik, prestasi program percuma juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan robot yang bernilai ratusan atau ribuan dolar. Selain itu, kita juga tidak pasti robot yang “sangat mahal”, “sangat profesional” dan “sangat menguntungkan” itu tidak dicuri daripada pembangun sebenar akibat digodam, atau disalin bulat-bulat daripada model ternama yang sudah lapuk.

Justeru, kami tekankan sekali lagi, anda perlu memeriksa dengan teliti “isi” robot tersebut dan fahami fungsinya sebelum menggunakan atau memiliki mana-mana robot.

3. Pedagang tidak perlu membuat sebarang keputusan dengan menggunakan robot.

Kenyataan ini juga tidak benar. Seorang pedagang Forex perlu menguji dan membuat tetapan pada robot sebelum menggunakannya. Selain itu, mereka disyorkan untuk memantau dagangan robot dengan teliti dan jika situasi di pasaran berubah, mereka perlu menghentikan sementara dagangan atau mengubah tetapan yang bersesuaian.

Jadi, berbaloikah untuk menggunakan robot dagangan? Tepuk dada, tanya selera. Ia juga bergantung kepada keutamaan, pengalaman, pengetahuan, masa terluang serta jiwa yang anda miliki. Sudah pasti, penggunaan robot tidak menjamin sebarang kejayaan, namun hakikatnya ia benar-benar dapat membantu pedagang.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami