September 26, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Majoriti penganalisis (75%) mengunjurkan proses pembetulan ke arah bawah dan ia disokong oleh pengayun yang menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan belian. Hujah mereka ialah pasangan ini mengakhiri minggu sebelumnya dekat dengan zon rintangan yang kuat iaitu 1.1900 pada hari Jumaat, 18 September. Senario di atas ternyata 100% tepat, pasangan EUR/USD bergerak ke bawah pada minggu lalu dan akhirnya menembusi paras sokongan jangka sederhana pada paras 1.1700, mencecah kedudukan terendah mingguannya pada 1.1610.
    Terdapat beberapa sebab makro bagi pertumbuhan nilai dolar serta penurunan nilai euro. Pertama, ia disebabkan keadaan epidemiologi yang semakin pulih di negara-negara EU. Kedua, perasaan skeptik terhadap prospek ekonomi di Amerika untuk pulih. Pengerusi Rizab Persekutuan Robert Powell sekali lagi mendesak pihak kerajaan untuk membincangkan isu berkenaan insentif tambahan ke atas rangka kerja QE. Dengan pertumbuhan kadar hasil bon kerajaan AS, perkara ini harus dilihat dengan teliti. Hal ini menyebabkan para pelabur kembali memberi sokongan mereka kepada pasaran saham serta komoditi dan turut mempertimbangkan dolar sebagai aset pelindung. Hasilnya, matawang Amerika itu dibeli dengan aktif, dan indeks DXY naik dengan mendadak, mencapai ketinggian 94.70, menggambarkan nilai USD berbanding beberapa matawang utama, dan pergerakan pasangan EUR/USD pula berakhir pada paras 1.1625;
  • GBP/USD. Pertama sekali, sedikit mengenai pasangan bukan standard, BTC/GBP. Agaknya, apa yang bakal berlaku kepada bitcoin jika Bank of England memutuskan untuk menurunkan kadar faedah mereka kepada nilai negatif. Jika diingat pada mesyuarat sebelum ini yang diadakan pada 17 September, pihak pengurusan bank tidak mengubah kadar tersebut, namun apabila melihat pada transkrip yang dikeluarkan, jelas bahawa perkara itu tidak terkecuali dan mungkin akan berlaku pada masa akan datang.
    Kemunculan laporan berita seperti itu tidak boleh diabaikan oleh komuniti kripto. Jutawan dan pelabur bitcoin Tyler Winklevoss dengan serta-merta mengatakan “jika Bank of England memutuskan untuk beralih ke kadar faedah negatif, mereka akan memberi wang yang lebih jika anda membuat pinjaman dengan mereka. Sukar untuk mencari motif yang lebih baik bagi pelabur untuk mula membuat pinjaman seperti itu dan melabur dalam bitcoin untuk jangka masa yang panjang."
    Prospek yang hebat buat Winklevoss dan juga peminat tegar matawang kripto. Namun hal itu masih belum berlaku setakat ini, jadi kita kembali ke carta GBP/USD. Antara hari Isnin- Selasa, matawang pound berundur selepas menerima serangan matawang Amerika, walau bagaimanapun, pasangan ini bergerak secara mendatar semasa mengakhiri minggu. Walaupun pada hakikatnya UK mencatatkan rekod peningkatan jangkitan baru coronavirus seperti Perancis, program pengambilan pekerja yang baru oleh kerajaan mereka berhasil, ia dapat mengekalkan matawang British itu daripada terus jatuh, dan tidak seperti euro, pasangan tersebut mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 1.2745;
  • USD/JPY. Seperti yang dijangka oleh 40% penganalisis, pasangan ini gagal untuk mendapatkan tempat di zon 104.00, dan selepas itu kedudukannya naik sebanyak 155 mata. Keputusan mingguan yang dicapai itu menunjukkan pada tahap ini, para pelabur memutuskan untuk mempertimbangkan dolar sebagai aset pelindung, bukannya emas atau yen. Buktinya terdapat perubahan mendadak bagi korelasi antara matawang Jepun itu dengan turun naik pada indeks saham di AS, petunjuk yang menentukan peningkatan atau penurunan sentimen risiko. Hasil dagangan utnuk tempoh lima hari adalah kembalinya pasangan ini ke saluran selama dua bulan iaitu di antara 105.20-106.55 dan kedudukan terakhirnya adalah 105.57;
  • Matawang Kripto. Percubaan bitcoin untuk berada di atas paras $11,000 sekali lagi berakhir dengan kegagalan. Seperti yang biasa berlaku, nilainya melonjak sepanjang hujung minggu semasa kebanyakan bursa utama dunia ditutup. Namun apabila pasaran tradisional kembali dibuka, kedudukan pasangan BTC/USD jatuh semula. Selain itu, masih tidak jelas dengan aset manakah nilai bitcoin lebih berhubung kait, saham berisiko ataupun aset pelindung seperti emas. Semua nilai aset-aset tersebut mengalami penurunan pada minggu lalu, hanya dolar mengalami pertumbuhan. Justeru, mungkin adalah lebih tepat untuk kita katakan mengenai korelasi songsang antara matawang kripto utama itu dengan matawang utama dunia. (Walaupun memang jelas hakikatnya).
    Menjelang petang Jumaat, 25 September, nilai emas jatuh sebanyak 5%, indeks S&P500 rugi sebanyak 2.5%, Dow Jones - 3.5%, dan BTC - 3.2%. Tambahan pula, bitcoin turun ke paras terendahnya iaitu $10,125 pada hari Rabu, rugi sebanyak 7.5%.
    Mengikut pendapat mereka yang menyokong korelasinya dengan pasaran saham, penurunan kadar BTC/USD ini berpunca daripada kejatuhan harga saham akibat kenyataan pihak Rizab yang mengatakan ekonomi di AS masih lagi dilanda krisis, selain daripada peningkatan kes COVID-19 yang baru. Berita dari China berkenaan terdapat kemungkinan sekatan ke atas akaun pedagang yang dikaitkan dengan dagangan OTC selama 5 tahun oleh People’s Bank of China sebagai salah satu langkah untuk memerangi penggubalan wang kripto haram juga memainkan peranannya.
    Kebiasaannya, tekanan juga dirasai oleh bitcoin apabila matawang kripto ini dijual secara berterusan oleh para penghasil. Para penghasil blok masih lagi cuba untuk mengurangkan simpanan mereka, walaupun bukan dalam skala sama seperti yang berlaku pada akhir Ogos lalu. Selain itu, menurut beberapa orang penganalisis, kini para penghasil hanya mewakili satu atau dua faktor yang memberi tekanan hebat kepada bitcoin. Faktor kedua yang banyak menyumbang tekanan adalah pihak bursa. Komisen yang dikenakan adalah seperti membayar cukai terhadap pasaran, dan disebabkan itulah para penghasil berlumba-lumba untuk menjual aset mereka secepat yang mungkin supaya hanya dikenakan fi komisen yang rendah. Menurut penganalisis terkenal, Willy Wu, persilangan antara dua faktor asas itu akan menghalang bitcoin untuk keluar daripada saluran sempit antara 10 dan 11 ribu.
    Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto kembali ke paras yang sama dua minggu lalu di sekitar $335 bilion setelah turun daripada paras $355 bilion sepanjang tujuh hari. Bacaan Indeks Fear & Greed Kripto hampir sama seperti sebelum ini pada 46 (49 seminggu lalu). Namun kadar indeks dominasi bitcoin naik sebanyak 1.4% walaupun nilai coin ini mengalami penurunan. Perkara ini menunjukkan bahawa altcoin dijual dengan lebih cepat. Sebagai contoh, jika pasangan BTC/USD rugi 3.2% dalam tempoh tujuh hari, ethereum (ETH/USD) pula turun sebanyak 10%.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Sukar untuk meramalkan sama ada pembetulan yang berlaku kepada pasangan ini minggu lalu akan terus menjadi trend jangka panjang, atau arah pergerakannya akan kembali ke saluran antara 1.1700-1.2010. Namun jelas sekali pasaran saham dan komoditi akan runtuh jika matawang Eropah itu terus dijual dan permintaan untuk dolar AS sebagai aset pelindung pula terus meningkat. Keruntuhan pasaran-pasaran itu juga turut dibantu oleh pertambahan hasil bon kerajaan AS. Sesetengah unjuran menunjukkan peningkatan daripada 1.2% kepada 1.5%.
    Selain itu, syarikat-syarikat gergasi multinasional di Amerika Syarikat tidak perlukan nilai dolar yang kukuh sama sekali kerana hal itu akan menyebabkan harga barangan mereka bertambah, dan kemudian mengalami penurunan dari segi jualan dan juga keuntungan.
    Pilihanraya presiden yang akan datang juga menambah lagi kekaburan kerana apa juga hasil undian, ia akan memberi kesan radikal terhadap polisi kewangan kerajaan AS, serta hubungan kerjasama antara Washington dengan Brussels dan Beijing.
    Umumnya, situasi yang berlaku begitu samar sekali. Justeru, pendapat para penganalisis terbahagi seperti berikut: 30% - penurunan pasangan EUR/USD, 30% - pertumbuhannya, manakala 40% lagi mengambil posisi neutral.
    Bagi analisis teknikal, dolar mempunyai kelebihan yang besar. Analisis grafik, 100% indikator trend pada H4, 80% pada D1, serta 85% pengayun pada kedua-dua tempoh masa telah memilih pertambahan nilainya serta penurunan pasangan ini ke paras yang lebih rendah. Baki 15% pengayun pula memberi isyarat bahawa pasangan ini memiliki lebihan jualan. Sokongan berada pada paras 1.1400, 1.1285, 1.1240 dan 1.1165. Paras rintangan pula berada pada 1.1700, 1.1765, 1.1900 dan 1.2010.
    Bagi peristiwa makro yang akan berlaku pada minggu depan, tumpuan harus diberikan kepada data pasaran pengguna di AS, Jerman dan Eurozone yang akan dikeluarkan pada hari Rabu, 30 September. Penurunan kadar KDNK di AS bagi suku kedua tahun 2020 juga akan diketahui pada hari yang sama. Sudah tentu, jangan lupa tentang data pasaran buruh AS yang secara tradisinya akan dikeluarkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan, iaitu 2 Oktober, termasuklah bilangan pekerjaan baru yang dihasilkan selain daripada sektor agrikultur (NFP) di negara tersebut;
  • GBP/USD. Berdasarkan pada situasi pandemik, syarat-syarat Brexit yang belum dipersetujui, data ekonomi yang lemah serta prospek mengenai kadar faedah negatif, matawang British ini sukar untuk menghasilkan paras sokongan yang kukuh dan tidak boleh ditembusi. Disebabkan itulah 65% penganalisis percaya bahawa selepas penangguhan sementara, matawang pound akan mengalami penurunan sekali lagi. 85% pengayun dan juga 90% indikator trend pada D1 turut bersetuju dengan senario itu. Sasaran paling hampir bagi bear adalah di zon 1.2500.
    Pendapat alternatif diberikan oleh 35% penganalisis, analisis grafik serta 15% pengayun yang menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan jualan. Tugas bull adalah melepasi rintangan pada 1.3000 dan mengembalikan pasangan ini ke eselon antara 1.3000-1.3200;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 September - 02 Oktober, 20201

  • USD/JPY. 60% penganalisis dan juga analisis grafik pada D1 masih lagi berharap matawang yen mampu untuk mendapatkan semula kerugian yang dialami pada minggu lalu dan pasangan ini kemudiannya kembali berada pada paras 104.00. Dalam masa yang sama, seperti sebelum ini, mereka tidak menolak kemungkinan paras terendah pada 9 Mac iaitu 101.17 akan dilepasi pada mulanya, dan kemudian turun lagi ke paras psikologi penting iaitu 100.00 bagi jangka sederhana.
    Baki 40% lagi penganalisis yang mendapat sokongan analisis teknikal dan juga grafik pada H4 menjangkakan kedudukan pasangan ini akan bertambah sekurang-kurangnya ke sempadan atas koridor antara 105.20-106.55, dan mungkin akan menguji ketinggian 107.00 selepas itu;
  • Matawang Kripto. Pertama sekali, sedikit mengenai ramalan jangka panjang. Menurut Reuters, pihak berkuasa EU sedang bersedia untuk memperkenalkan syarat-syarat baru bagi mengawal sektor kripto menjelang 2024. Berkemungkinan besar, mereka akan memformulasikan cara untuk memberi kuasa penuh kepada “crypto-euro” yang baru, dan segala kelebihan yang ada pada aset digital sekarang akan ditamatkan. Pegawai kewangan akan cuba untuk mengawal pasaran kripto sepenuhnya, dan hal ini bertentangan dengan matlamat penghasilannya iaitu untuk mengelak daripada dikawal secara mutlak. Kini para penyokong kripto akan cuba mencari jalan bagaimana untuk melepaskan diri daripada perangkap penggubal dasar. Masalah paling besar adalah pengeluaran coin kripto kepada matawang fiat. Pada waktu itulah para pemilik coin akan dikenal pasti oleh pihak berkuasa. Disebabkan itu, menurut ramalan sebilangan penganalisis, syarikat-syarikat kripto luar pesisir dari negara-negara Afrika dan Asia yang sedang membangun kini giat ditubuhkan dan mereka juga mungkin akan turut serta dalam rantaian transaksi.
    Sedikit lagi tentang perkara yang akan berlaku dalam masa terdekat nanti. Tidak seperti Reuters, sebilangan penganalisis memberikan gambaran masa depan bitcoin yang lebih cerah. Menurut Ketua Ahli Strategi Komoditi Bloomberg Mike McGlone, bilangan coin BTC yang terhad serta peningkatan terhadap kadar penerimaannya akan menyebabkan nilainya terus mengalami pertambahan secara beransur-ansur. “Saya tidak nampak sebarang alasan untuk bitcoin berhenti daripada terus melakukan apa yang ia mahir sejak 10 tahun lalu, iaitu pertumbuhan”, jelas McGloane. Mengikut ahli strategi, penghasilan bitcoin yang tetap menjadikannya suatu kaedah simpanan yang lebih baik berbanding emas, dan jumlah keseluruhan coin masih lagi tidak ketahui. McGloane menyatakan pertambahan bilangan alamat bitcoin yang aktif serta peningkatan aliran BTC ke dalam bursa sebagai dua faktor utama yang membuktikan permintaan untuk matawang kripto utama itu kian bertambah. Satu lagi indikator yang menunjukkan kematangan kadar pertumbuhan bitcoin sebagai suatu aset adalah penurunan kadar turun naiknya jika dibandingkan dengan indeks Nasdaq.
    Hasil kajian yang dijalankan oleh Cane Island Digital Research juga bersetuju dengan ramalan Bloomberg. Menurut anggaran yang dibuat para penganalisisnya, jumlah bilangan bitcoin yang berada dalam edaran sebenarnya adalah kurang daripada jumlah pengeluaran yang dirancang. Penganalisis agensi tersebut menyimpulkan bahawa sejak 2010, kira-kira 4% daripada jumlah keseluruhan aset yang ada hilang dalam blockchain bitcoin setiap tahun. Laporan mereka menyebut, “Jadi, jumlah yang ada sekarang adalah kira-kira 13.9 juta coin, jauh jumlahnya daripada yang diunjurkan iaitu 18.3 juta”. Justeru, sejak Mei 2020, jumlah matawang kripto yang tidak dapat ditebus semula adalah lebih banyak berbanding kadar penghasilan coin yang baru. Perubahan drastik ini sebahagian besarnya berpunca daripada pengurangan penghasilan yang berlaku pada bulan Mei, dan ia telah mengurangkan keuntungan para penghasil dari 12.5 BTC kepada 6.25 BTC setiap blok.
    Bagi ramalan minggu hadapan, paras terendah bagi julat dagangan pasangan BTC/USD kekal pada $9,500 dengan paras sokongan utama berada pada nilai $10,000. Dalam masa yang sama, 65% penganalisis percaya bahawa bull akan membuat sekali lagi percubaan untuk melepasi rintangan $11,000. Namun, hanya 20% penganalisis yang berpendapat pasangan ini akan berjaya mencecah ketinggian $12,000 pada minggu hadapan.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami