Oktober 3, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Persoalan yang cuba kami rungkaikan pada minggu lalu adalah sama ada pasangan ini akan terus mengalami penurunan atau kembali ke saluran antara 1.1700-1.2010 sekali lagi. Para penganalisis juga tidak dapat memberikan jawapan. Pendapat mereka adalah seperti berikut: 30% memilih penurunan, 30% lagi memilih pertumbuhan, dan baki 40% mengambil posisi neutral. Apa yang berlaku adalah, pasangan ini jelas sekali tidak terus mengalami penurunan, dan ia juga sukar untuk memanggil pergerakan tersebut sebagai kembali ke saluran asal: setelah mencecah paras 1.1700 iaitu kedudukan tertinggi mingguan pada hari Khamis, 1 Oktober, arah pergerakan pasangan ini berubah dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 1.1715.
    Para pelabur tidak berpuas hati khususnya terhadap keputusan wakil Demokrat di Dewan Perwakilan AS yang meluluskan rang undang-undang untuk pakej rangsangan ekonomi baru dengan jumlah $2.2 trilion, terutama sekali dengan nilai pakej sebelumnya yang melebihi $3 trilion. Data pasaran buruh AS juga tidak banyak memberi kesan. Laporan Pekerjaan Sektor Swasta bagi bulan September yang dikeluarkan ADP menunjukkan pertambahan daripada jumlah 481K dan 650K yang diunjurkan sebulan lalu kepada 749K. Sebaliknya, bilangan pekerjaan baru yang terhasil di luar sektor agrikultur (NFP) adalah kurang daripada jumlah pada bulan Ogos dan nilai yang diunjurkan: 661K pada bulan September, berbanding 1489K pada bulan Ogos dan unjuran bulan September iaitu 850K.
    Pelabur dilihat merasa gembira dengan berita berkenaan jangkitan Presiden AS Trump dan wanita pertama negara itu terhadap coronavirus. Semasa maklumat ini mula tersebar, nilai dolar AS serta yen Jepun meningkat, namun terdapat persoalan baru yang timbul selepas itu, sejauh mana seriusnya penyakit ini dan apakah kesan yang akan dihadapi sektor ekonomi di Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia. Sebelum keadaan di pasaran menunjukkan sedikit kejelasan, pasaran terhenti seketika, dan pasangan EUR/USD bergerak secara mendatar di julat sempit antara $1.1685-1.1770, dan seperti yang dinyatakan, kedudukan terakhirnya semasa sesi dagangan mingguan berakhir adalah di antara julat tersebut;
  • GBP/USD. Melihat pada perkembangan Brexit yang tidak menentu, pasangan ini kembali pada julat dagangan yang pernah dilaluinya antara 15-21 September lalu - 1.2805-1.3000, dan perkara ini mengesahkan ramalan yang dibuat oleh 35% penganalisis, analisis grafik serta 15% pengayun yang menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan jualan pada minggu lalu. Selepas mengalami lonjakan sebanyak 230 mata, kekuatan bull semakin berkurangan, ia tidak mampu untuk melepasi rintangan pada paras 1.3000, dan pasangan ini mengakhiri tempoh dagangan selama lima hari di sekitar 1.2935;
  • USD/JPY. Matawang Jepun tidak boleh mengatakan minggu lalu sebagai luar biasa. Sehingga hari Jumaat, pasangan ini bergerak di saluran yang sangat sempit antara 105.30-105.75, dan pasangan ini mengalami lonjakan hanya disebabkan oleh berita mengenai Donald dan juga Melania Trump yang positif ujian coronavirus mereka, kedudukan yang berjaya dicapai adalah 104.95. Pergerakan ini menunjukkan para pelabur mungkin lebih gemarkan yen secara intuitif dalam situasi-situasi kritikal, menganggapnya sebagai aset terlindung yang lebih selamat berbanding dolar. Namun begitu, penurunan nilai dolar sebanyak 70 mata tidak boleh dianggap sebagai kerugian besar. Tambahan pula, situasinya selepas itu kembali stabil, kemudian pasangan ini mengalami pertumbuhan, dan kedudukan terakhirnya adalah pada paras 105.35;
  • Matawang Kripto. Kami mulakan ulasan analisis pasaran digital pada minggu lalu dengan mengatakan: “Percubaan bitcoin untuk berada di atas paras $11,000 sekali lagi berakhir dengan kegagalan”. Perkara sama yang boleh kami katakan tentang minggu lalu. Setelah nilainya melonjak mengatasi paras antara $10,940-10,970, bull mula mengalah dan pasangan BTC/USD turun semula ke zon di antara $10,400-10,500, dan hal ini mengesahkan ramalan yang dibuat majoriti penganalisis (65%). Bagi Indeks Fear & Greed Kripto pula, bacaannya turun sedikit sepanjang tujuh hari sebelumnya, daripada 46 kepada 41, dan masih lagi berada dalam zon neutral.
    Menurut portal analisis Messari, inilah kali pertama corak candle harian bitcoin ditutup di atas nilai $10,000 untuk 63 hari berturut-turut. Turutan paling lama sebelum ini adalah 62 hari dan ia direkodkan dari 1 Disember, 2017 sehingga 31 Januari, 2018 semasa bitcoin mencecah nilai paling tinggi yang hampir dicapainya iaitu $20,000, pertambahan nilai sebanyak 100% dalam tempoh dua minggu. Dalam masa yang sama, matawang kripto berada di atas nilai $11,000 selama 50 hari, dan di atas paras $12,000 untuk 41 hari.
    Menurut penganalisis di perkhidmatan analisis WhaleMap, nilai bitcoin kini dihalang daripada turun di bawah paras $10,000 oleh pelabur-pelabur besar yang mula menambah jumlah rizab mereka sebaik saja nilai BTC menghampiri paras tersebut. Disebabkan itulah semasa nilai mingguannya berada di kedudukan tertinggi, jumlah keseluruhan modal pasaran kripto naik kepada $350 bilion walaupun nilai sebut harganya menurun. Namun, jumlah itu sekali lagi jatuh kepada $330 bilion antara 1-2 Oktober selepas berlakunya penjualan coin secara besar-besaran.
    Peningkatan dinamik pasaran matawang kripto bergantung kepada mood pasaran tradisional dan boleh berubah mengikut kemahuan risiko para pelabur. Selera pelabur pula bergantung kepada perkembangan semasa coronavirus dan juga reaksi penggubal dasar mengenainya.
    Menurut penganalisis di Galaxy Digital Capital Management, bitcoin mula dilihat sebagai lindung nilai inflasi oleh pelabur-pelabur berinstitusi, dengan kata lain, sebagai “insuran” jika dolar AS kehilangan statusnya sebagai matawang rizab dunia. Jika dibandingkan antara jumlah modal pasaran emas (melebihi 12 trilion dolar) dan bitcoin (kira-kira 200 bilion), para penganalisis di syarikat itu menyimpulkan bahawa “matawang kripto utama akan mengalami pertambahan jumlah modal pasaran disebabkan oleh aliran keluar pelaburan daripada logam berharga, dan nilainya mungkin akan bertambah sebanyak 60 kali ganda pada masa akan datang.
    Jika anda lihat pada hasil untuk 9 bulan pertama dalam tahun 2020, jelas bahawa bitcoin mendapat faedah daripada wabak COVID-19. Walaupun situasi panik berlaku pada hujung Februari - awal Mac, nilai coin ini naik kira-kira 40% (emas - naik 25%). Jika kita mengambil 13 Mac sebagai titik mula, nilai matawang kripto utama itu telah bertambah sebanyak 2.75 kali ganda (emas - 1.3 kali ganda) sepanjang tempoh ini).
    Keadaan ini turut disumbang oleh pertambahan peminat tegar matawang kripto. Kajian yang dijalankan oleh Cambridge Center for Alternative Finance menyebut kira-kira 100 juta orang di seluruh dunia sudahpun memiliki bitcoin dan juga lain-lain coin. Pada tahun 2018, hanya terdapat kira-kira 35 juta orang saja, dan jumlah itu adalah tiga kali lebih rendah berbanding sekarang. Pecahan terbesar pemilik BTC serta pemegang lain-lain bitcoin adalah mereka yang menetap di Amerika Utara dan juga Eropah, diikuti dengan Amerika Latin dan Asia Pasifik. Sehingga akhir suku ketiga tahun 2020, sebanyak 191 juta alamat telah didaftarkan di bursa matawang kripto.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. 65% penganalisis yang disokong oleh analisis grafik pada H4 menjangkakan nilai dolar mampu untuk mengukuhkan kedudukannya pada minggu ini, dan sekali lagi pasangan ini akan cuba untuk menguji paras sokongan 1.1600. Ia bertentangan dengan pendapat 35% penganalisis serta analisis grafik pada D1 yang menyatakan setelah kembali ke julat antara 1.1700-1.2010, pasangan EUR/USD akan terus bergerak di bahagian tengah dan mengalami penyatuan pada julat antara 1.1800-1.1900 menjelang hari-hari terakhir minggu ini.
    Pengayun serta indikator trend tidak memberi sebarang isyarat yang bersesuaian dengan ramalan di atas. Statistik makro terutama sekali yang penting juga tidak akan dikeluarkan minggu ini. Yang mungkin akan menarik minat adalah ucapan ketua Rizab Persekutuan AS Jerome Powell pada hari Selasa, 6 Oktober dan juga rakan sejawatnya dari Eropah Christine Lagarde pada hari Rabu, 7 Oktober. Minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS akan dikeluarkan pada hari yang sama.
    Walau bagaimanapun, tarikan utama pada minggu ini sudah semestinya mengenai tahap kesihatan Presiden Trump dan pasangannya. Jika Presiden Amerika Syarikat yang sudah berumur itu mula kembali bekerja, ia mungkin dapat memberi kelebihan dalam kempen pilihan raya beliau. Dengan demikian, beliau mampu menunjukkan penilaian yang dibuat mengenai tahap bahaya coronavirus adalah tepat dan telah mengambil langkah yang cukup dalam melawan wabak tersebut di Amerika Syarikat. Jika penyakit yang beliau hidapi menunjukkan simptom yang lebih teruk, ia bukan saja akan memaksa Trump mengurangkan kempen pilihan raya beliau, malah ramai pengundi yang mula berasa ragu-ragu untuk memilih beliau setelah melihat sendiri betapa seriusnya penyakit itu;
  • GBP/USD. Disebabkan oleh pertumbuhan pasangan ini pada minggu lalu, majoriti indikator (85%) menunjukkan warna hijau. Namun adakah trend ini akan terus berlaku untuk minggu seterusnya?
    Tidak berbaloi merujuk kepada bacaan indikator untuk mencari jawapan terhadap persoalan itu. Semasa ramalan ini dibuat pada petang Jumaat, 2 Oktober, berita mengenai Brexit adalah lebih kepada percanggahan. Perdana Menteri British Boris Johnson dijadualkan akan bertemu dengan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen pada hari Sabtu, 3 Oktober. Semua orang menunggu apakah hasil daripada pertemuan tersebut. Kemudian terdapat satu lagi faktor yang menambah kepada situasi tidak menentu - Donald dan Melania Trump yang dijangkiti virus COVID-19. Disebabkan itu pendapat penganalisis terbahagi seperti berikut: 40% menyokong pertumbuhan pasangan ini, 40% lagi memilih penurunan dan baki 20% mengambil posisi neutral. Sasaran bear yang paling hampir adalah 1.2675, diikuti dengan sokongan pada zon 1.2500. Tugas bull pula adalah untuk melepasi rintangan pada 1.3000 dan mengembalikan kedudukan pasangan pada eselon antara 1.3000-1.3200;
  • USD/JPY. Analisis grafik pada H4 dan D1 kedua-duanya menunjukkan penurunan pasangan ini ke paras paling rendah pada minggu lalu di zon 105.00, dan kemudian turun lagi 100 mata lebih rendah, paras yang telah didudukinya pada 31 Julai dan 21 September lalu. Dalam situasi ini paras rintangannya berada pada kedudukan 105.80.
    Menurut analisis grafik pada D1, setelah penurunan itu berakhir, pasangan ini sepatutnya akan kembali ke zon di antara 105.00-106.00, dan terus mengalami pertambahan nilai sehingga ke paras 107.00 menjelang akhir Oktober.
    Sentimen bearish juga disokong oleh 85% penganalisis, serta baki 70% indikator. Sebahagian besar ramalan penganalisis dipengaruhi oleh keadaan pandemik coronavirus di Amerika Syarikat yang kini menjangkiti pasangan Trump. Lebih-lebih lagi hal ini berlaku sebulan sebelum pilihan raya presiden negara tersebut dijalankan. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh berubah dengan cepat, dan ramalan yang hanya dibuat oleh 15% penganalisis mungkin akan berlaku. Mereka berpendapat pasangan ini akan mengalami pertumbuhan dan terus berada di zon antara 106.55-107.00;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 05 - 09 Oktober, 20201

  • Matawang Kripto. Jumlah bitcoin yang dihasilkan telah melebihi 18.5 juta unit. Hanya tinggal 12% atau kurang daripada 2.5 juta coin yang masih boleh dihasilkan, kebanyakan daripadanya mungkin akan dihasilkan sepanjang empat tahun akan datang dan coin terakhir adalah pada tahun 2140.
    Jika diingat, mengikut algoritma yang dibangunkan oleh pencipta bitcoin iaitu Satoshi Nakamoto, jumlah keseluruhan coin adalah sebanyak 21 juta, manakala penghasilan dikurangkan setiap empat tahun - perolehan para penghasil juga akan dikurangkan. Tugas utama pengurangan penghasilan adalah untuk mengawal pengeluaran matawang kripto serta kadar inflasinya.
    Penghasil bitcoin mengjangkakan lonjakan nilai coin utama itu yang berlaku tiga tahun lalu akan berulang. Kebanyakan perwakilan di pasaran yakin bahawa pasaran matawang kripto kini berada dalam keadaan yang sesuai untuk bergerak ke tahap pertumbuhan aktif. Matlamatnya coin utama tersebut adalah untuk mencapai nilai $20,000.
    Ketua platform dagangan Crypto Quant, Ki Yong Joo, maklum dengan kemunculan semula isyarat sentimen bullish di pasaran yang bermula pada pertengahan musim panas, namun pada ketika itu pertumbuhan nilainya mendapat tekanan hebat dari faktor-faktor luaran. “Tidak dinafikan pasaran matawang kripto menerima kesan besar daripada kelompok penghasilan. Perlu diingat kadar hash coin utama itu jatuh sedikit akibat daripada pengurangan penghasilannya pada Mei lepas. Pertumbuhan nilai dengan keadaan seperti itu adalah mustahil, jadi para pelabur serta pemilik aset mengubah taktik mereka kepada tunggu dan lihat. Kini, situasinya adalah berbeza. Miner Position Index (MPI) terus mengalami pengukuhan. Mereka cuba untuk menghasilkan sebanyak mungkin blok untuk ganjaran maksimum. Kadar hash bitcoin juga agak stabil pada kadar tertinggi”, jelas Joo.
    Mike McGlone, ketua strategi komoditi untuk Bloomberg Intelligence juga turut mengunjurkan pertumbuhan. Beliau percaya matawang kripto utama tersebut seharusnya berada pada nilai $15,000. Kesimpulan beliau itu adalah berdasarkan pada dinamik pertumbuhan bilangan alamat aktif sejak 2017. Dalam masa yang sama, beliau menjangkakan kebarangkalian untuk berlakunya senario yang bertentangan adalah rendah.
    Bagi ramalan minggu ini, hampir semua perkara kekal sama: paras terendah dalam julat dagangan pasangan BTC/USD adalah $9,500, sokongan utamanya berada pada paras $10,000, rintangannya pula berada pada paras $11,000. Dalam masa yang sama, menurut penganalisis, terdapat 70% kebarangkalian bull akan cuba untuk berada pada ketinggian itu, manakala kemungkinan untuk berlakunya penyatuan pada paras tersebut adalah dua kali ganda lebih rendah.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami