Disember 23, 2020

Berdagang Forex bukanlah satu perjalanan yang mudah. Anda harus banyak belajar sebelum boleh mendapat keuntungan besar. Nasib baiklah, anda tidak memerlukan diploma universiti untuk berjaya dalam dagangan Forex. Terdapat banyak cara untuk anda mendalami ilmu dagangan matawang serta lain-lain aset kewangan. Dalam artikel ini, kami akan sediakan panduan terperinci berkenaan aspek yang perlu anda miliki untuk berjaya.

Dagangan Matawang Forex: Asas yang Perlu Diketahui Pelabur Baru

Perkara paling penting yang perlu dipelajari pelabur baru adalah asas dagangan. Ia termasuklah maklumat penting berkenaan cara pasaran kewangan berfungsi dan bagaimana dagangan dapat memberi pulangan.

Mempelajari Forex: Cara Membina Kerjaya FX yang Cemerlang1

Dagangan Matawang Forex ialah satu proses membeli dan menjual matawang yang memberi keuntungan daripada perbezaan kedua-dua nilainya. Anda rasa nilai EUR akan menjadi lebih tinggi berbanding USD tidak lama lagi? Anda boleh beli pasangan matawang EUR/USD dan apabila nilainya mencecah nilai sasaran, anda boleh menjualnya untuk mendapatkan untung.

Dalam contoh ini dagangan Forex nampak mudah namun anda perlu mempelajari cara untuk meramal turun naik harga bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Seseorang pedagang Forex yang mahir akan menggunakan pelbagai kaedah analisis bagi memahami arah perubahan harga pada masa hadapan.

Analisis Teknikal dan Fundamental: Berdagang Forex dengan Lebih Pintar

Sesetengah pedagang Forex menggunakan carta bagi meramal turun naik harga. Terdapat bermacam cara dalam membantu untuk meramal pasaran termasuklah indikator, corak grafik dan model lilin. Semua itu adalah berdasarkan prinsip utama yang dijelaskan oleh Charles Dow pada akhir abad ke-16. Kesemua indikator dan corak harga itu membantu pedagang Forex menghasilkan pelbagai strategi bagi mencari peluang terbaik di titik manakah matawang boleh dibeli pada harga yang paling rendah atau menjualnya pada harga yang paling tinggi.

Selain daripada carta, anda boleh menggunakan kaedah ramalan harga ekonomi yang dipanggil analisis Fundamental. Berbeza dengan analisis teknikal, kaedah Fundamental mengambil kira data makroekonomi supaya pedagang boleh mengetahui perbandingan harga antara dua matawang berdasarkan situasi ekonomi di kedua-dua buah negara.

Analisis Fundamental adalah lebih sukar untuk dibuat berbanding analisis Teknikal. Ia memerlukan ilmu mendalam mengenai ekonomi yang boleh dipelajari di universiti-universiti khusus. Namun, anda juga boleh dapatinya dengan membaca buku-buku ekonomi untuk mendapat gambaran mengenai ramalan Fundamental.

Dana dan Pengurusan Risiko adalah Kunci Kejayaan dalam Berdagang Matawang Forex

Walau apapun strategi yang menjadi pilihan, anda perlukan lebih lagi untuk berjaya mengikut prospek jangka panjang. Dana serta pengurusan risiko adalah aspek paling penting dalam dagangan. Ia mampu mengurangkan risiko untuk rugi dan memaksimumkan keuntungan anda.

Contoh terbaik untuk pengurusan risiko yang betul adalah dengan memperuntukkan dana anda. Cara paling berkesan untuk anda melindungi diri daripada kerugian yang teruk adalah dengan mengehadkan saiz posisi iaitu tidak lebih daripada 2-5% dari keseluruhan jumlah dana yang ada dalam akaun dagangan. Ini adalah peraturan asas yang perlu diikuti setiap pelabur tanpa mengira strategi manakah yang mereka gunakan.

Itu adalah antara prinsip-prinsip utama dagangan berjaya yang perlu anda pelajari untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Apabila mempelajari Forex, banyak perkara menarik yang akan anda temui dalam membantu untuk menjadi seorang pedagang yang mahir.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami