Disember 27, 2020

Adakah bitcoin akan menjadi “emas kurun ke-21” atau gelembung nilainya akan pecah tidak lama lagi? Telah banyak kali kami bincangkan tentang kelebihan serta kelemahan bitcoin sepanjang tahun ini, serta menyediakan analisis kepada punca peningkatan dan juga penurunannya. Justeru, kami telah mengambil keputusan untuk hanya memetik pendapat para penganalisis mengenai prospek matawang kripto utama itu dalam ulasan kali ini.

Anda boleh memilih untuk bersabar dan melabur dalam bitcoin bagi keuntungan jangka panjang. Sebaliknya, anda juga boleh untuk tidak mahu mengambil sebarang risiko dan lebih suka untuk tidak terus membaca artikel ini. Secara umum, keputusan untuk membeli, menjual bitcoin atau tidak berbuat apa-apa sentiasa berada di tangan anda.

Ramalan 2021: Adakah Berbaloi Untuk Melabur Dalam Bitcoin?1 

 

Ramalan para optimis: Nilainya akan terus melonjak!

1. Penulis buku Rich Dad Poor Dad yang juga seorang usahawan terkenal iaitu Robert Kiyosaki yakin bahawa nilai matawang kripto itu akan terus naik dan mencecah $50,000 pada tahun depan walaupun terdapat lebih banyak kemasukan wang pelabur berinstitusi. Usahawan yang mengatakan “Amerika sedang berhadapan dengan masalah” itu turut berpendapat dolar AS akan “terkubur” manakala emas, perak dan bitcoin memiliki “masa depan cerah”.

“Kenaikan harga Bitcoin telah melebihi emas dan perak,” jelas beliau - Apakah maksudnya? Ini bermakna anda perlu membeli lebih banyak bitcoin serta logam berharga dan jangan berhenti. Nilainya terus meningkat. Jika nilai dolar jatuh, tiada siapa yang pedulikan nilainya lagi. Apa yang lebih penting adalah berapa banyak emas, perak dan bitcoin yang anda miliki.”

2. Menurut penganalisis di syarikat perbankan JPMorgan Chase, bitcoin telah mengungguli emas sebagai matawang alternatif dan memiliki lebih banyak peluang untuk terus bertumbuh. Mengikut laporan yang mereka sediakan, jumlah keseluruhan modal pasaran kripto masih belum cukup besar. Anggaran JPMorgan terhadap pasaran emas fizikal serta pasaran ETF yang disandar padanya adalah berjumlah $2.6 trilion. Dalam hal ini, nilai setiap bitcoin harus mencecah $130,000 untuk menyamai jumlah modal pasaran logam berharga tersebut.

Menurut JPMorgan Chase, pelabur berinstitusi boleh melabur sehingga $600 bilion ke dalam matawang kripto utama itu pada tahun yang mendatang. Jumlah itu hanyalah pelaburan 1% daripada nilai aset syarikat-syarikat insuran dan dana persaraan dari Amerika, Eropah dan Jepun ke dalam bitcoin. Walau bagaimanapun, buat masa ini agak sukar bagi pelabur tradisional untuk melabur ke dalam matawang kripto kerana masih terdapat penyeliaan syarat-syarat aset pelaburan pilihan dari segi risiko dan juga tanggungjawab yang perlu dipatuhi. Hal ini akan mengehadkan jumlah dana yang boleh diguna untuk membeli BTC.

3. Penganalisis kripto terkenal dari Belanda, PlanB yang membangunkan model penilaian BTC popular iaitu stock-to-flow percaya bahawa harga matawang kripto rujukan itu mungkin akan meningkat kepada $100,000 menjelang akhir 2021, dan mungkin akan melonjak sehingga $300,000. PlanB akui bahawa ramalan beliau itu dilihat terlalu optimis. Walau bagaimanapun, lonjakan harga bitcoin yang pernah berlaku sebelum ini membuatkan beliau berani untuk berkata sedemikian.

Penganalisis itu sedia maklum semasa berlakunya pembetulan pada pasaran, algoritma bitcoin pelabur-pelabur besar telah membeli ratusan 0.01 BTC daripada “ikan bilis”. Kemudian coin-coin tersebut “hilang” dalam peti simpanan yang “tersorok”. Semua ini menyebabkan bekalan semakin berkurangan hingga mencetuskan pasaran bull.

4. Scott Minerd, pengarah pelaburan di Guggenheim Investments menganggap nilai kasar bitcoin sebagai aset adalah terlalu rendah, malah lebih rendah daripada paras harga semasa iaitu di sekitar $23,000. “Analisis fundamental kami menunjukkan nilai bitcoin seharusnya mencecah $400,000,” beliau menyatakan dalam satu temu bual bersama Bloomberg TV.

Penganalisis di Guggenheim Investments membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada dua faktor: pengeluaran bitcoin yang dihadkan serta nilai relatifnya dengan emas. Terdapat banyak lagi ciri-ciri yang sama antara matawang kripto dan juga logam berharga, jelas Minerd, tetapi tidak seperti emas, bitcoin memiliki “nilai luar biasa di dalam konteks transaksi."

5. Penganalisis popular yang juga pengasas Quantum Economics iaitu Mati Greenspan percaya bahawa kini “kita berada pada permulaan tempoh kemasukan ramai pelabur ke dalam bulatan kripto. Jika permintaannya terus meningkat dan bekalan pula dihadkan, terdapat kemungkinan nilainya akan bertumbuh sebanyak 250% atau lebih tinggi.” Dalam masa yang sama, Mati Greenspan mengecualikan senario nilai BTC berada pada paras $400,000. “Pertambahan nilai pasti akan terus berlaku, namun tidak perlulah kita bincangkan tentang sebarang jumlah yang besar lagi,” rumus penganalisis tersebut. Beliau percaya bahawa, tidak seperti apa yang berlaku pada 2017, pasaran kini tidak lagi dikawal oleh para spekulator tetapi syarikat-syarikat serta pelabur-pelabur besar yang lebih berminat dengan kestabilan. Kemasukan para pelabur utama ini menyimpulkan hakikat bahawa kadar kemeruapannya akan berkurangan, dan ia akan mula menarik perhatian ramai orang.

6. Penganalisis di Bloomberg percaya bahawa tiada sebab pergerakan bitcoin akan berubah sekarang, dan nilainya mungkin akan bertambah sehingga $50,000 pada 2021. “Nilai dolar semakin lama semakin hilang kedudukannya, menghampiri matawang fiat yang lain,” jelas agensi berwibawa itu, “Keadaan ini disedari para pelabur yang terpaksa beralih kepada aset alternatif.” Kini bitcoin memiliki lebih banyak sokongan yang mampu mengurangkan kemungkinan untuk nilainya turun. Minat secara terbuka terhadap pasaran hadapan bitcoin CME telah melebihi $1 bilion buat kali pertama dalam sejarah, dan jumlah itu menunjukkan peningkatan sokongan para pelabur.

Melihat pada jangka panjang, penganalisis Bloomberg Mike McGlone mencadangkan harga matawang kripto utama itu mampu berada lebih tinggi daripada $100,000 dalam tempoh 5 tahun.

7. Pendapat yang hampir sama turut diberi oleh jutawan dari Amerika iaitu Paul Tudor Jones, ketua di Tudor Investment Corporation yang berkata “nilai matawang kripto sedang mengalami lonjakan mendadak dan turun naik berlaku di sepanjang perjalanan itu.” “Dalam tempoh 20 tahun lagi, nilai bitcoin adalah lebih tinggi berbanding nilainya sekarang, Buat masa ini, nilainya akan terus bertumbuh,” Yahoo! Finance memetik kenyataan beliau.

8. Laporan yang dibuat syarikat fintech Cindicator perlu diberi perhatian. Ini kerana angka-angka yang terdapat di dalamnya bukanlah daripada pendapat penganalisis individu, tetapi purata hasil kaji selidik yang disertai lebih daripada 156,000 orang di pasaran kripto, dan nilai bitcoin pada tahun hadapan dijangka naik kepada $29,569. Responden yang pernah membuat ramalan paling tepat sebelum ini dan digelar sebagai “superforcaster” secara puratanya menjangkakan pertumbuhan nilai yang lebih tinggi iaitu $32,056.

Mengikut “Hybrid Intelligence" milik Cindicator yang adalah menggunakan algoritma pembelajaran mesin untuk memproses data daripada sekumpulan analisis, meramalkan kadar BTC pada tahun hadapan tidak akan lebih daripada $25,222.

9. Menurut Mike Novogratz, ketua Galaxy Digital iaitu sebuah bank dagangan kripto, setiap orang harus melabur 2-3% daripada dana mereka ke dalam bitcoin. “Selepas itu, cukuplah dengan membiarkannya, dan anda pasti terkejut kerana kos untuk memiliki matawang kripto akan menjadi lebih tinggi. Jika anda membiarkannya selama lima tahun, nilai aset tersebut akan berlipat ganda,” jelasnya lagi.

10. Menurut penganalisis di Stack Funds, nilai bitcoin sudah bersedia untuk naik ke paras tertinggi yang baru iaitu $86,000.

11. Pengurus Besar Global Macro Investor iaitu Raoul Pal menjangkakan pelabur berinstitusi konservatif yang lebih gemarkan logam berharga akan mula melabur ke dalam bitcoin pada tahun hadapan. Justeru, Pal membuat andaian berani dengan mengatakan nilai matawang kripto utama itu mampu mencecah $250,000 dalam masa setahun dan meletakkan order jual ke atas semua emas yang dimilikinya bagi melabur ke dalam BTC dan ETH mengikut nisbah 80 to 20.

12. Ramalan yang lebih ceria dibuat oleh pengasas bursa kripto Gemini iaitu Tyler Winklevoss, salah seorang daripada saudara kembar yang terawal mendapat gelaran jutawan matawang kripto. Beliau berkata di CNBC bahawa nilai bitcoin boleh melebihi paras $500,000.

“Persoalannya kini bukanlah sama ada nilai bitcoin akan mencecah $500,000 atau tidak, tetapi berapa cepat kenaikan itu akan berlaku. Malah, hakikatnya saya melihat penilaian ini adalah lebih konservatif - permainan ini masih belum lagi bermula,” jelas kembar Tyler iaitu Cameron Winklevoss.

13. Angka yang hampir serupa turut diberi oleh salah seorang ahli Lembaga Pengarah Bitcoin Foundation iaitu Bobby Lee, beliau menjangkakan nilai coin utama tersebut boleh mencecah $500,000 menjelang tahun 2028.

14. Menurut penganalisis daripada salah sebuah syarikat pemegang saham Tesla, iaitu ARK Invest fund, jumlah keseluruhan modal pasaran bitcoin mungkin akan melebihi $5 trilion. Jumlah tersebut mampu dicapai dalam tempoh 10 tahun, namun pelaburan secara besar-besaran boleh bermula lebih awal. Angka ini mampu mencecah $1 trilion dalam tempoh 5 tahun seterusnya, dan kadar pertumbuhannya akan berlaku lebih cepat selepas itu.

15. Satu ramalan telah dibuat oleh Tom Fitzpatrick, Pengarah Urusan di salah satu bank terbesar di dunia iaitu Citibank. Menurut ramalan tersebut, nilai matawang kripto pertama itu mampu mencecah $318,000 menjelang akhir 2021 yang berpunca daripada penyatuan statusnya sebagai emas digital.

Dalam laporan terbaru beliau, Bitcoin: Gold for the 21st Century, Fitzpatrick menjelaskan: “Bitcoin terhasil selepas berlakunya bencana Krisis Kewangan Hebat pada tahun 2008, apabila perubahan ke atas rejim kewangan dilakukan dan kita menurunkan kadar faedah kepada sifar”. Beliau sedia maklum, langkah-langkah rangsangan kewangan yang diambil akibat wabak coronavirus akan menghasilkan keadaan yang hampir sama dengan era 1970an, apabila inflasi ke atas dolar telah menyebabkan permintaan terhadap emas meningkat.

16. Penyampai TV popular dan juga veteran Wall-Street Max Kaiser percaya bahawa mengikut kadar semasa, pedagang dagangan hadapan bitcoin menghalang harga BTC daripada naik untuk memberi peluang kepada pelabur berinstitusi “menaiki bot bersama-sama”. Namun, apabila nilai aset itu mencecah $28,000 (penanda aras tengah yang ditetapkan Kaiser), bilangan coin untuk dijual akan menjadi sifar, dan akibat daripada defisit, nilainya akan melonjak ke paras tertinggi.

“Bagi kebanyakan orang di dunia, harga semasa dan juga jumlah BTC yang ada sekarang adalah peluang sekali seumur hidup untuk membuat pembelian dengan hasil titik peluh mereka sebelum harganya naik 40-80 kali ganda, dan melonjak ke paras kesamarataan emas di sekitar $400,000.”

“Permintaan terhadap bitcoin meningkat hampir secara eksponen,” beliau berkata, “namun mengikut kira-kira bekalan harian yang ditetapkan hanyalah sebanyak 900 coin setiap hari. Pada tahun 2024 pula, bekalan akan dikurangkan kepada 450 BTC saja setiap hari. Inilah sebabnya saya merasakan orang kebanyakan tidak akan berpeluang untuk membeli coin kerana harganya akan melonjak kepada $1,000,000 bagi setiap BTC. Sementara itu, golongan Gen Z yang membeli banyak bitcoin semasa harganya di bawah $100 bakal menjadi golongan elit global yang baru. Aturan dunia akan mula melalui perubahan...”

 

Ramalan Pesimis: Merosakkan Kegembiraan

1. Walaupun secara umumnya ramai yang optimis, CEO Galaxy Digital iaitu Mike Novogratz percaya bahawa ketidakstabilan nilai bitcoin akan berlaku tidak lama lagi. Sudah pasti nilai bitcoin pada 2021 tidak akan turun sehingga sifar, tapi mungkin akan jatuh ke paras $14,000, malah sehingga $12,000. Walaupun pembetulan ke paras itu tidak mungkin akan berlaku, para pelabur perlu bersedia untuk mengalami kerugian antara 30-40%.

2. Menurut purata ramalan syarikat fintech Cindicator, paras terendah bagi julat dagangan pasangan BTC/USD pada 2021 dijangka berada pada paras $15,000. “Superforcaster” pula tidak begitu optimis dan menjangkakan penurunan ke paras $12,000, dan mengikut pengiraan “Hybrid Intelligence” milik Cindicator, kadar bitcoin tidak akan berada di bawah paras $16,000 pada tahun depan.

3. Matt Maley, ahli strategi di firma khidmat kewangan Miller Tabak percaya bahawa pasaran matawang kripto akan berhadapan dengan penurunan nilai pada tahun hadapan. Menurutnya, nilai coin utama itu mungkin akan turun kira-kira 25-30 peratus pada bulan pertama 2021. Menurut Maley, pasaran kini terlalu aktif akibat pelaburan berskala besar, dan disebabkan itulah pembetulan sebanyak seribu atau beberapa ribu dolar mungkin akan menjadi perkara biasa.

“Saya menganggap matawang kripto sebagai aset yang memiliki masa depan cerah, tapi saiz minimum pembetulan pada tahun depan akan berada pada kadar 10%. Dalam masa yang sama, penurunan mungkin berada pada kadar 30% atau lebih lagi. Justeru itu, berbaloi rasanya jika lebih berhemah sebelum membuat pelaburan berskala besar,” penganalisis itu memberi amaran.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami