Januari 5, 2021

Syarikat broker NordFX telah membuat ringkasan terhadap prestasi transaksi dagangan para pelanggannya untuk bulan Disember, bulan terakhir pada tahun 2020 yang lalu.

Keuntungan tertinggi untuk bulan Disember telah diperoleh seorang pelanggan dari China, pemegang nombor akaun 1345xxx. Keuntungan yang beliau terima adalah lebih daripada penanda aras 100,000 dan berjumlah USD107,654. Keputusan memberangsangkan ini diperoleh hasil transaksi pasangan matawang terutamanya EUR/USD, GBP/USD serta emas (XAU/USD).

Di tempat kedua adalah seorang pedagang dari India (nombor akaun 1518xxx) yang memperoleh keuntungan kurang daripada 40 ribu dolar (USD 39,506), dan diperoleh menerusi dagangan pelbagai pasangan, terutama sekali GBP/USD dan juga GBP/JPY serta operasi ke atas altcoin No.1 iaitu Ethereum (ETH/USD).

Di tempat ketiga bagi kedudukan 3 TERATAS untuk bulan Disember adalah seorang lagi pedagang dari China (No. akaun 1465xxx) dengan keuntungan sebanyak USD 38,409 yang juga melakukan transaksi ke atas pound British dan juga emas, GBP/USD dan XAU/USD.

Bagi servis pelaburan pasif:

  • dalam CopyTrading untuk Disember, isyarat Mak Jemah mencuri tumpuan (pertumbuhan sebanyak 111.06% dengan pengunduran maksimum yang agak serius sebanyak 37.12%), serta KennyFXPRO (pertambahan sebanyak 27.61% dengan pengunduran sederhana iaitu 6.65%);
  • keputusan untuk servis PAMM adalah lebih sederhana. Tempat pertama adalah seorang pengurus dengan nama gelaran The Owl Midnight Scalper yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18.43% dalam tempoh sebulan. Walau bagaimanapun, pengundurannya adalah sedikit rendah, hanya 2.39% dan ia mampu menarik perhatian para pelabur yang mahukan pendapatan stabil dengan tahap risiko sederhana.

Dalam kalangan perkongsian IB, kedudukan 3 TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • jumlah komisen paling besar, USD8,425 telah berjaya dikumpul oleh seorang rakan kongsi dari Sri Lanka, No. akaun 1483xxx;
  • seterusnya adalah rakan dari India, nombor akaun 1491xxx yang memperoleh USD5.991;
  • dan akhir sekali, tempat ketiga untuk bulan Disember 2020 diduduki seorang lagi rakan kongsi dari India, No. akaun 1328ххх yang memperoleh komisen sebanyak $5,704. 

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami