Januari 13, 2021

Pemenang bagi anugerah International Academy of Trading Masterforex-V dan juga International Association of Forex Traders IAFT telah diketahui pada permulaan tahun baru, 2021. Antara pemenangnya adalah syarikat broker NordFX yang berjaya meraih tiga anugerah profesional berprestij.

NordFX Meraih Tiga Anugerah Berprestij di Akhir Tahun 20201 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Masterforex-V International Academy adalah salah satu projek atas talian yang paling bercita-cita tinggi dan terkenal dalam bidang dagangan tukaran asing. Kini, pedagang-pedagang lebih daripada 50 buah negara di dunia adalah hasil didikan Akademi tersebut. Sepanjang tahun, para rektorat dan pelajar di Akademi itu akan menilai prestasi organisasi kewangan, kemudian mereka akan menghasilkan rating, dan di kedudukan teratas rating itulah NordFX telah berada untuk beberapa kali sebelum ini. Kini, di akhir tahun 2020, komuniti MasterForex-V Academy sekali lagi menyatakan rasa percaya mereka dengan mengiktiraf dan menganugerahkan syarikat tersebut dengan gelaran “Broker Paling Dipercayai Di Dunia."

Syarikat tersebut menerima dua lagi anugerah berdasarkan hasil undian tahunan yang dibuat di laman web IAFT Awards. Undian tersebut telah dianjurkan oleh International Association of Forex Traders (IAFT), dan lebih daripada 200,000 orang pedagang dari pelbagai negara telah turut mengambil bahagian. Setiap peserta boleh membuat undian di laman web anugerah tersebut bagi memastikan penilaian terhadap aktiviti broker yang dibuat adalah secara objektif.

Untuk tiga tahun berturut-turut, NordFX telah berjaya memenangi anugerah Broker Terbaik Asia dengan perbezaan jumlah undi yang besar, suatu pengiktirafan yang tidak terhingga terhadap usaha dan kerja keras syarikat di rantau paling penting di dunia ini.

Satu lagi pengiktirafan dari International Association of Forex Traders, gelaran Broker Matawang Kripto Terbaik 2020 adalah bukti kepada perkhidmatan bermutu tinggi yang disediakan syarikat terhadap operasi pasaran aset digital.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami