Januari 25, 2021

Kebanyakan pedagang sering tertanya-tanya apa bezanya transaksi Forex dengan CFD (Contract for Difference). Memang ada bezanya. Namun pada pandangan kami, terdapat lebih banyak persamaan antara kedua-duanya.

Persamaan

Dagangan instrumen Forex dan CFD online secara dasarnya adalah sama, menggunakan platform dagangan (MT4) yang sama, menggunakan perkakas analisis teknikal yang sama, tanpa benar-benar memindahkan pemilikan aset yang didagangkan daripada broker kepada pedagang, atau sebaliknya.
Oleh itu, untuk kedua-dua situasi, tidak kiralah jenis aset yang dibeli atau dijual pedagang, matawang, emas, saham atau minyak mentah, kewujudan komoditi itu sendiri tidak diperlukan, dan secara wajarnya, tiada barangan sebenar yang perlu diberi pemilik asal kepada pemilik baru. Justeru, dagangan online seperti ini sering digelar sebagai tidak boleh serah. Malah jika seseorang pedagang membeli 1 juta tong minyak mentah, mereka tidak perlu bimbang dengan apa-apa masalah yang berkaitan dengan kos kastam, pengangkutan, penyimpanan serta jualan minyak tersebut. Apa yang ada hanyalah perbezaan harga minyak di pasaran semasa transaksi dibuat dengan broker dan apabila transaksi itu ditutup.

Forex dan CFD: Persamaan dan Perbezaan1
Perbezaan inilah yang menentukan sama ada seseorang pedagang itu akan untung atau rugi. Segalanya tidaklah begitu rumit. Seorang pedagang mula membuat urusan beli, nilai aset melonjak, pedagang mendapat untung. Jika pedagang membuat urusan jual, mereka akan mengalami kerugian. Jika perkara sebaliknya berlaku: seorang pedagang membuat urusan jual, nilai aset jatuh, pedagang memperoleh pulangan. Jika nilai aset meningkat - pedagang itu akan mengalami kerugian.
Selain itu, kelebihan besar yang diterima pedagang bagi kaedah dagangan tidak boleh serah adalah bukan saja mereka mendapat pulangan semasa nilai aset bertumbuh, malah juga apabila nilainya turun. Lagipun, anda boleh menjual kesemua pegangan dalam Syarikat X, atau jutaan tong minyak mentah, tanpa perlu memiliki salah satu atau kedua-duanya. Jika harganya jatuh ke paras sifar, anda masih lagi mendapat untung.
Dalam kata lain, ia bermaksud transaksi tidak boleh serah bagi instrumen kewangan (aset) adalah suatu kontrak, atau jika anda lebih gemari, taruhan secara formal yang sah di sisi undang-undang antara pedagang dan broker, di mana:
- pedagang menentukan arah pergerakan nilai aset (jual atau beli),
- dan jika arah yang ditetapkan benar-benar berlaku, broker perlu membayar perbezaan antara nilai aset semasa transaksi dibuka dan semasa transaksi ditutup kepada pedagang,
- jika pedagang silap dengan arah pergerakan, maka pedagang yang akan menanggung kerugian serta perlu membayar perbezaan harga yang sepadan kepada broker.

Dalam masa yang sama, pedagang juga perlu mengambil kira penyelesaian bersama bagi nilai spread dan juga komisen terhadap broker, serta nilai leveraj yang ada bergantung pada jumlah transaksi, dan sewajarnya, jumlah keuntungan atau kerugian yang ditanggung salah satu atau kedua-dua belah pihak.

Perbezaan

Kebanyakan tutorial dan artikel-artikel menyatakan bahawa perbezaan utama antara keduanya terletak pada instrumen kewangan yang didagangkan pada Forex dan CFD.
Penerimaan secara umum mengatakan transaksi menggunakan pasangan matawang adalah milik Forex. Namun dagangan saham serta indeks saham secara tradisinya berada pada kategori CFD.
Perniagaan minyak mentah juga biasanya dirujuk sebagai dagangan CFD, tetapi bagi logam berharga, emas dan perak, entah mengapa kesemua aset tersebut sering ditemui di bahagian broker Forex yang berbeza. Matawang kripto juga masih belum menemui kategori “rasmi” mereka. Namun ada kemungkinan mereka akhirnya akan menduduki bahagian Forex dengan kemunculan dolar atau yuan berbentuk digital.

Bagi saiz leveraj dan margin pula, perbezaan yang wujud bukanlah disebabkan oleh kategori Forex atau CFD, sebaliknya timbul daripada jenis aset dagangan. Sebagai contoh, semasa berdagang pasangan matawang, leveraj yang diguna boleh mencecah 1:1000, leveraj bagi indeks saham pula tidak lebih daripada 1:10, manakala untuk saham hanya 1:5. Namun harus diingat, bergantung pada keadaan pasaran, syarat dagangan boleh berubah, justeru anda perlu faham dengan jelas mengenai spesifikasi kontrak dan juga maklumat semasa yang ada pada laman web broker.

Selain itu, pencarian kelainan dari segi tempoh dagangan ke atas sektor-sektor yang telah dibincangkan juga tidak terlalu ketara kerana faktor ini juga lebih bergantung kepada jenis aset dagangan. Sebagai contoh, dagangan berjalan 24 jam sehari, 5 hari seminggu untuk pasaran tukaran asing. Namun anda juga boleh membuat transaksi terhadap logam berharga mahupun minyak mentah mengikut jadual masa yang sama. Malah anda boleh berdagang matawang kripto sepanjang masa, 365 hari setahun, tanpa hari cuti mahupun cuti perayaan.

Anda boleh cuba cari perbezaan dari segi faktor-faktor yang mampu memberi kesan terhadap sebut harga sesuatu aset. Sebilangan penulis buku teks menyatakan, sebagai contoh, harga CFD amat bergantung pada bekalan dan juga permintaan sesuatu aset dagangan, dan nilai matawang Forex pula lebih berdasarkan pada faktor fundamental seperti indikator makroekonomi serta situasi politik semasa. Walau bagaimanapun, kami berpendapat, penggredan seperti itu terlalu jauh pandangannya kerana situasi politik dunia akan memberi kesan terhadap tukaran asing dan juga pasaran saham serta komoditi. Keadaan ekonomi yang berubah, sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerlukan pertambahan atau pengurangan selera risiko para pelabur dan aliran modal daripada bon kerajaan kepada saham atau daripada wang fiat kepada emas dan bitcoin.

Rumusan

Terdapat sejenis permainan kanak-kanak yang memerlukan mereka untuk mencari 10 perbezaan antara dua gambar yang hampir sama. Dalam kes kami, amat sukar untuk mencari perbezaannya. Oleh itu, rumusan yang dapat dibuktikan adalah: Forex hanyalah satu daripada jenis CFD. Ya, Forex memiliki ciri-ciri khusus tertentu. Namun ia lebih banyak menyerupai sektor CFD yang lain berbanding daripada ketidaksamaan antara keduanya. Sebab itulah syarikat broker NordFX membuat keputusan bijak dengan menggabungkan kesemua jenis instrumen dagangan - matawang dan matawang kripto, logam berharga dan minyak mentah, saham dan indeks saham. Kini, dengan membuka hanya satu akaun dagangan, seorang pedagang boleh menjalankan transaksi ke atas semua aset-aset tersebut secara serentak, melindung nilai risiko dan seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk memperoleh pulangan.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami