Mac 8, 2021

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Februari. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat perkongsian IB juga diberi penilaian.

Kedudukan pertama bagi dagangan paling berjaya sekali lagi dimenangi oleh pelanggan dari Vietnam, pemegang No. akaun 1416XXX yang memperoleh keuntungan sebanyak USD29,880, kebanyakan dagangan dibuat ke atas pasangan emas (XAU/USD) dan bitcoin (BTC/USD). Pedagang yang sama juga telah menduduki tempat teratas pada dua bulan lalu dengan pendapatan sebanyak USD83,598 hasil dari transaksi ke atas instrumen dagangan yang sama.

Tempat kedua menjadi milik pelanggan dari China, pemegang No. akaun 1536XXX. Pedagang itu memperoleh USD23,640 pada bulan Februari, dan keuntungan itu juga adalah hasil daripada operasi terhadap emas.

Namun pedagang yang menduduki tempat ketiga (No. akaun 1503XXX) menggunakan pelbagai jenis instrumen dagangan (GBP/AUD, AUD/NZD, EUR/CAD, EUR/AUD, CAD/CHF serta AUD/USD), dan pencapaian beliau juga agak memberangsangkan. Keuntungan yang diperolehinya adalah sebanyak USD20,716.

Mengikut keputusan yang diperoleh bagi bulan paling sedikit harinya dalam setahun, terdapat persaingan dalam kalangan penyedia isyarat pada servis CopyTrading. Senarai 3 TERATAS untuk bulan Februari: RichieFX-EA (untung 188%, pengunduran maksimum 49%), GOLD RUSH Inc. (untung 129%, pengunduran 51%) dan juga VN.NO1 (untung 110%, pengunduran 31%).

Bagi PAMM, bulan lalu tidak menunjukkan hasil yang begitu memberangsangkan, namun jika anda melihat pada keseluruhan tempoh pelaburan sebagai contoh, pengurus dengan nama gelaran WyseTrader9711 menunjukkan keuntungan sebanyak 61.45% dengan pengunduran maksimum sebanyak 15.7%, manakala pengurus ProCapital memperoleh keuntungan sebanyak 24.9% dengan hanya 9.8% pengunduran, jumlah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan deposit USD di dalam bank.

Fi bagi komisen perkongsian IB NordFX adalah hampir dua kali ganda untuk bulan Februari berbanding bulan Januari, ia menunjukkan pertumbuhan aktiviti dagangan yang mendadak. Kedudukan 3 TERATAS adalah seperti berikut:

  • komisen tertinggi, USD17,282 telah dikreditkan kepada rakan kongsi dari India, pemegang No. akaun 1527xxx;
  • seterusnya adalah rakan kongsi dari Sri lanka, pemegang nombor akaun 1483xxx yang menerima USD11,749;
  • dan akhir sekali, rakan kongsi dari China, pemegang No. akaun 1336xxx yang memperoleh ganjaran sebanyak USD11,233 menduduki tempat ketiga.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami