Mac 19, 2021

Terdapat banyak strategi dagangan di pasaran kewangan. Sesetengahnya memiliki ciri serba boleh, yang lain hanya boleh digunakan untuk jenis-jenis instrumen kewangan tertentu. Sebagai contoh, pasangan matawang Forex lebih sesuai diguna untuk dagangan scalping dan urus niaga harian, untuk saham pula, kebanyakan pedagang lebih gemar menghasilkan strategi sendiri dan memfokuskan pada trend jangka panjang.

Saham syarikat-syarikat terkenal di dunia muncul dikalangan instrumen dagangan NordFX pada Disember 2019. Pada awalnya, dagangan CFD dengan aset jenis ini dipindahkan ke akaun dagangan khas iaitu Stocks, dan setahun kemudian ia boleh digunakan oleh semua jenis akaun. Para pelanggan broker tersebut boleh membuat urus niaga terhadap saham lebih daripada 70 syarikat gergasi dunia, termasuklah Apple, Ferrari, IBM, Visa, Google, JP Morgan Chase, Coca-Cola, Mastercard, McDonalds, Microsoft, Twitter, UBER, eBay, Alibaba, Netflix, Deutsche Bank, dan juga ke atas “portfolio” siap dibuat seperti indeks saham: Dow Jones, Standard & Poor's 500, DAX 30, Nikkei 225, dll.

Strategi yang diguna ke atas dagangan instrumen-instrumen ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama:

● Strategi berasaskan analisis teknikal,

● strategi berasaskan analisis ekonomi dan fundamental,

● dan strategi dividen saham.

Kami akan berikan gambaran menyeluruh ketiga-tiga kumpulan tersebut dalam artikel ini dan akan memfokuskan model yang bersesuaian dengan pedagang baru.

Cara Mendapatkan Untung dengan Saham. Strategi Ringkas dan Kompleks bagi Dagangan di Pasaran Saham.1

Strategi Berasaskan Analisis Teknikal

Terdapat banyak indikator teknikal dan alatan membuat carta yang sudah siap terbina dalam platform dagangan MetaTrader-4 (MT4) yang ditawarkan NordFX kepada pelanggan mereka. Anda boleh menganalisis keadaan semasa pasaran dengannya, meramal perkara yang bakal berlaku dan menghasilkan strategi dagangan yang efektif berdasarkannya.

Salah satu strategi klasik adalah menggunakan dua indikator Moving Average. Apabila MA yang bergerak laju melintasi indikator yang bergerak perlahan dari arah bawah ke atas, ia menunjukkan isyarat untuk membuka order beli. Apabila MA yang bergerak laju melintasi indikator yang bergerak perlahan dari arah atas ke bawah, ia menunjukkan isyarat untuk membuka order jual. Selain daripada indikator trend Moving Average, anda juga boleh menggunakan indikator Alligator yang mengandungi tiga MA berbeza: laju, sederhana, perlahan.

Strategi lain adalah berasaskan penumpuan dan perbezaan, iaitu perbezaan antara pergerakan harga sebenar dengan bacaan indikator pengayun. Selain itu, corak lilin dan gelombang, analisis grafik, strategi penembusan paras sokongan dan rintangan, serta bermacam lagi kombinasi strategi sering diguna dalam dagangan.

Bagi pasaran saham, pembelian semula saham yang jatuh juga seringkali digunakan. Seperti yang dinyatakan pada permulaan artikel, saham kebanyakan syarikat adalah lebih terdedah kepada trend jangka panjang. Peningkatan nilai sekuriti seperti itu akan memakan masa berminggu, berbulan, bertahun, malah juga berdekad lamanya. Namun, disebabkan oleh pelbagai faktor ekonomi, serta pergelutan antara “bull” dan juga “bear”, nilainya mungkin akan turun beberapa peratus dari semasa ke semasa: 5%, 10% atau lebih lagi. Ini yang dipanggil sebagai pengunduran, dan kemudian trendnya bergerak dengan semangat yang baru. Menjadi kebiasaan, penurunan seperti itu berlaku di sempadan bawah saluran ke atas atau di paras sokongan. Secara logiknya pada masa inilah posisi baru long (beli) dibuka atau menambah jumlah pada posisi sedia ada.

Oleh kerana kita sedang membincangkan tentang dagangan CFD dalam sekuriti, ia mengembangkan lagi keupayaan para pedagang: anda bukan saja boleh mendapat pulangan daripada pertambahan nilainya, malah juga semasa nilainya jatuh. Hanya dalam situasi ini, semuanya berlaku dengan sebaliknya: apabila paras rintangan dicapai, posisi short (jual) dibuka.

Selain itu, strategi ini berkesan ketika berdagang matawang kripto kerana ia juga terdedah kepada trend jangka panjang. Pengunduran nilai bitcoin sering digunakan oleh pelabur berinstitusi besar, “jerung”, untuk membeli matawang kripto daripada spekulator kecil yang mudah panik walaupun dengan penurunan nilai yang kecil.

Strategi Berasaskan Analisis Ekonomi dan Fundamental

Strategi-strategi ini boleh digunakan secara bersendiri atau mengikut kombinasi dengan mana-mana analisis teknikal. Kebanyakan model-model ini adalah berdasarkan analisis prestasi ekonomi secara menyeluruh dan komprehensif sesuatu syarikat, pemilikan aset, perolehan, hutang dan bayaran belum terima, permintaan dan bekalan, daya saing, dan bermacam lagi faktor lain. Ini adalah strategi oleh Benjamin Graham, William O'Neill, Joseph Piotrowski, dll. Setiap satu daripadanya memerlukan pedagang untuk memahami penyata imbangan, menganalisis penyata kewangan syarikat serta menilai prospek yang ada. Jelas sekali itulah yang menjadi penghalang utama kepada pedagang biasa, terutamanya mereka yang baru. Justeru, lain-lain model yang lebih ringkas mula wujud di pasaran.

Sebagai contoh, strategi Straight dan Reverse Spiral. Apabila digunakan, pedagang akan memilih saham syarikat yang mendapat permintaan tinggi pada 5-7 tahun lalu tetapi entah mengapa nilainya susut. Jika sesuatu syarikat itu terus menunjukkan pertumbuhan yang stabil, walaupun perlahan, ada kemungkinan nilainya naik semula dan kembali menguntungkan.

Sebaliknya, untuk “putaran terbalik”, perhatian perlu diberikan terhadap syarikat dengan saham yang rendah nilainya, tetapi mampu menjanjikan pulangan. Model pelaburan ini hampir menyerupai model Greenblatt dalam banyak cara.

Strategi Dividen Saham

Jelas daripada namanya model kumpulan ini memfokuskan pada saham yang memberikan dividen paling tinggi. Di sini anda perlu memberi perhatian pada hakikat bahawa:

● jika posisi long dalam dagangan CFD masih dibuka pada tarikh pembayaran dividen, jumlah dividen yang sama akan dikreditkan ke dalam akaun pedagang,

● sebaliknya, jika posisi short masih dibuka, jumlah dividen perlulah dibayar.

Anda juga perlu mempertimbangkan harga saham biasanya akan naik pada hari sebelum dividen dibayar, dan kemudian menurun.

Strategi dividen termasuklah model-model seperti Higgins Big Five dan Dogs of the Dow. Walau bagaimanapun, disebabkan kami telah berjanji untuk memfokuskan pada kaedah dagangan yang ringkas, kami akan fokus pada strategi Four Fools. Sesetengah orang berpendapat ia satu pertaruhan bodoh, namun ia memiliki penyokongnya sendiri yang mendakwa strategi itu mampu memberi pulangan mencukupi. 

Ianya sangat mudah. Sebagai permulaan, pilih tiga puluh syarikat dengan hasil dividen tertinggi daripada senarai. Hasil keuntungan kemudiannya dibahagikan dengan nilai punca kuasa dua harga saham syarikat. Setelah selesai membuat pengiraan, bandingkan indikator yang diperoleh, dan empat syarikat dengan jumlah hasil tertinggi dipilih. Posisi long dibuka terhadap syarikat-syarikat tersebut.

Pelaburan Jangka Panjang Syarikat Gergasi Ternama

“Blue chips” adalah satu istilah profesional yang merujuk kepada saham syarikat gergasi global dengan kadar keuntungan yang stabil dan prospek pertumbuhan terbaik serta memiliki kecairan paling tinggi. Syarikat-syarikat berkenaan menjadi aset paling dipercayai oleh pelabur konservatif yang melaburkan wang mereka ke dalamnya, mencari jalan untuk menambah modal mereka dalam cara sistematik serta risiko paling minimum.

Saham daripada syarikat-syarikat inilah yang ditawarkan NordFX kepada para pelanggannya untuk pelaburan jangka panjang. Namun, sudah pasti, ada juga yang menjalankan operasi CFD jangka pendek dan sederhana terhadapnya, mendapat pulangan daripada pertumbuhan serta penyusutan nilai aset-aset ini. 


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami