April 17, 2021

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Minggu lalu adalah mercu kepada dua peristiwa ekonomi yang penting: statistik makro yang memberangsangkan dari AS serta pengurangan hasil bon 10 tahun kerajaan AS.
    Mengikut data yang dikeluarkan pada hari Khamis, 15 April, jualan runcit di AS melonjak sebanyak +9.8% pada bulan Mac (berbanding +5.9% yang telah diramal dan penurunan sebanyak -2.7% pada bulan Februari), dan peratusan tersebut menjadi indikator terbaik sejak 10 bulan lepas. Perkembangan semasa yang berlaku di pasaran buruh juga menggambarkan keadaan ekonomi di negara itu yang sedang pulih dengan aktif. Justeru, bilangan permohonan awal untuk faedah pengangguran turun daripada 769 ribu kepada 576 ribu. Jumlah ini bukan saja lebih baik daripada 700 ribu yang diramalkan, malah ia lebih rendah sejak bermulanya pandemik COVID-19. Pengeluaran industri meningkat sebanyak 2.7%.
    Semua angka-angka ini dengan jelas menunjukkan pertumbuhan mendadak kadar KDNK AS bagi suku pertama 2021 dan ia membolehkan kami yakin untuk menyatakan pergerakan itu akan terus berlaku beberapa bulan lagi. Berdasarkan perkembangan ini, penurunan hasil bon Perbendaharaan Amerika yang berlaku dengan mendadak sejak awal bulan November agak mengejutkan. Jika hasil bon 10 tahun pada akhir Mac mencecah kadar terendah maksimum sebanyak 1.775% selama beberapa bulan, kini ia turun kepada 1.583%.
    Dolar juga mengalami penyusutan, bersama-sama dengan bon. Indeks DXY USD didagangkan di zon 91.5 pada hari Jumaat, 16 April, 180 mata lebih rendah berbanding kadar tertinggi tahunan iaitu 93.3. Akibatnya, seperti yang dijangka kebanyakan penganalisis (65%), pasangan EUR/USD terus mengalami pertumbuhan pada minggu lalu, menghampiri paras sokongan/rintangan penting pada 1.2000 dan mengakhiri tempoh lima hari pada paras 1.1980.
    Situasi ini menggambarkan statistik ekonomi dari Amerika Syarikat yang kukuh tidak boleh lagi memberi sokongan terhadap matawang AS. Kini dolar lebih berkorelasi dengan hasil bon Perbendaharaan. Nampaknya, kadar vaksinasi menentang coronavirus telah diambil kira di dalam sebut harga USD. Program rangsangan fiskal baru serta pencetakan wang baru yang tiada penghujungnya oleh pihak Rizab Persekutuan telah mula memberi tentangan kepada dolar. Susut nilainya sudah pun melebihi pembetulan yang biasa, menambah lagi sentimen risiko dalam kalangan pelabur: selain daripada euro, matawang untuk komoditi serta negara-negara membangun juga turut bertumbuh, manakala indeks S&P500 telah memperbaharui kadar tertinggi yang pernah didudukinya sebanyak 22 kali pada tahun ini;
  • GBP/USD. Matawang dolar yang susut nilainya telah memberi sokongan kepada matawang British, penurunan pasangan GBP/USD telah terhenti, malah ia berjaya naik sebanyak 120 mata. Justeru, pergerakannya sepanjang empat minggu lalu boleh dianggap sebagai lateral dalam saluran antara 1.3670-1.3920. Bagi kedudukan terakhirnya, pasangan ini akan berada di tengah-tengah saluran itu, mengakhiri sesi dagangan pada paras 1.3840;
  • USD/JPY. Telah disebutkan sebelum ini mengenai penurunan mendadak hasil bon 10 tahun Perbendaharaan AS. Penganalisis menyebut antara punca yang mungkin menyebabkan penurunan ini adalah liputan meluas dana lindung nilai pada posisi short serta pelabur Jepun yang mula kembali ke pasaran. Mereka ini secara aktif menjual bon Amerika pada penghujung tahun kewangan yang lalu, namun kini mula menyusun semula portfolio pelaburan mereka. Hal ini mengakibatkan permintaan untuk yen bertambah, dan disebabkan oleh kadar faedahnya adalah negatif, mereka menggunakan matawang itu untuk membiayai operasi tersebut.
    Salah satu daripada senario yang disebut-sebut pada minggu lalu mengatakan penyusutan nilai dolar serta pengukuhan nilai yen mungkin dapat menolak pasangan USD/JPY ke paras sokongan 108.40. Inilah sebenarnya yang berlaku: bermula pada paras 109.65, pasangan ini turun menghampiri paras 108.60 pada hari Khamis, 15 April, diikuti dengan lantunan kecil selepas itu dan berakhir pada paras 108.80;
  • Matawang Kripto. Perkara yang amat ditunggu-tunggu sejak lapan minggu lalu telah menjadi kenyataan: nilai Bitcoin akhirnya melepasi ufuk $60,000 dan kini sedang cuba untuk menjejakkan kakinya di atas paras psikologi penting tersebut. Rekod tertinggi yang baru dicatatkan berada pada paras $64,800, dan pencapaian oleh pasangan BTC/USD itu dibuat pada hari Rabu, 14 April. Walau bagaimanapun, pembetulan berlaku selepas itu, dan agak sukar bagi bull untuk menghalang nilai matawang kripto utama daripada turun di bawah paras $60,000 sepanjang hari Jumaat, 16 April.
    Mengikut rating Forbes, pencipta bitcoin dengan nama samaran Satoshi Nakamoto berada dalam kalangan 20 orang terkaya di dunia, semua disebabkan oleh pertumbuhan nilainya. Mengikut beberapa anggaran, jumlah coin BTC yang beliau miliki adalah antara 750K dan 1.1 juta, dan kini kekayaannya telah melebihi $60 bilion.
    Jika dahulu Nakamoto adalah pemilik kepada coin yang tidak terkira banyaknya, perjalanan pelabur-pelabur besar sekarang hanyalah permulaan saja. Menurut perkhidmatan analisis Santiment, pelabur dengan gelaran “jerung” terus menambah lebih banyak bitcoin. Penganalisis mendapati bahawa setakat ini mereka telah mengumpul sehingga 2.2% daripada jumlah keseluruhan matawang kripto yang dibekalkan ke pasaran, mencecah jumlah tertinggi sepanjang 11 bulan. Situasi sama dapat diperhatikan pada awal bulan Mei tahun lalu. Seperti yang dilaporkan Santiment, kita sedang mengatakan tentang pelabur-pelabur yang memiliki BTC lebih daripada 100,000.
    Pertama kalinya sejak Disember 2020, bersama-sama dengan “jerung”, pelombong juga telah mula mengumpul hasil kekayaan, hal ini telah mengkibatkan bekalan semakin berkurang dan turut menymbang kepada pertambahan nilai aset digital utama itu.
    Para pelombong memperoleh pendapatan dalam bentuk matawang kripto, namun mereka menggunakan fiat untuk membayar penyedia perkhidmatan serta peralatan, justeru mereka terpaksa menjual sebahagian daripada coin yang dihasilkan. Jumlah yang dijual bergantung pada keadaan dan jangkaan pasaran semasa terhadap harga bitcoin. Bermula pada 31 Mac, pelombong telah mula mengumpul simpanan BTC mereka. Sedangkan empat bulan sebelum itu, mereka mengurangkan posisi yang dimiliki dengan menukar bitcoin kepada fiat. Matawang kripto dengan jumlah yang banyak, antara 17,000 hingga 24,000 BTC, telah dijual setiap hari pada Januari 2021.
    “Pelombong beralih kepada mengumpul aset digital kerana mereka memiliki wang simpanan yang cukup bagi menampung aktiviti mereka, dan semua itu diperoleh semasa nilai bitcoin melonjak daripada $20,000 kepada $40,000. Jika tidak, kebanyakan daripada mereka menunggu nilainya untuk naik lebih tinggi,” Flex Young, CEO Babel Finance yang berpusat di Hong Kong berkata kepada CoinDesk. Bilangan bitcoin dalam walet pelombong telah bertambah  kepada 1.806 juta BTC sejak dua minggu lalu.
    Pertumbuhan nilai pasangan BTC/USD telah dibantu oleh penyusutan nilai dolar dan juga penurunan hasil bon jangka panjang kerajaan AS. Pertambahan ini telah menambah daya tarikan matawang kripto sebagai lindung nilai terhadap inflasi.
    Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto akhirnya melepasi paras $2.0 trilion pada 10 April, dan jumlahnya tidak pernah kurang daripada itu. Semasa ulasan ini ditulis pada 16 April, jumlahnya adalah $ 2.2 trilion.
    Dalam masa yang sama, peratusan bitcoin dalam jumlah keseluruhan modal pasaran kripto terus mengalami penurunan: jika nilainya berada pada 72.65% pada 2 Januari, kini hanya tinggal 52.10% pada 16 April. Seperti yang telah dinyatakan, semua ini mungkin berpunca daripada para spekulator yang beralih arah kepada aset yang lebih menguntungkan.
    Bagi Indeks Fear & Greed Kripto pula, bacaannya naik daripada 70 kepada 78 mata dalam tempoh seminggu. Kedua-dua nilai itu berada di zon lebihan belian, tetapi masih lagi jauh daripada keadaan kritikal, justeru masih belum mampu memberi tentangan serius terhadap pertumbuhan nilai pasangan BTC/USD.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Seperti yang disebut dalam bahagian pertama ulasan ini, membelanjakan jutaan dolar bagi program sokongan ekonomi bukan saja menambah hutang negara AS, malah juga mula memberi tekanan hebat terhadap matawang Amerika. Kadar faedah yang rendah, hampir kepada sifar juga tidak dapat banyak membantu. Namun dalam masa yang sama, ketua Rizab Persekutuan berkata walaupun ekonomi AS pulih dengan kadar kelajuan yang memberangsangkan, ia masih belum cukup untuk mula berbincang tentang pengurangan program rangsangan fiskal. Menurut Jerome Powell, keputusan positif untuk beberapa bulan seperti itu perlu ditunjukkan sebelum ia boleh dimulakan. Keadaan ekonomi harus “menunjukkan kemajuan yang lebih besar” terhadap kadar pengangguran serta inflasi yang telah disasarkan.
    Pastinya, kenyataan seperti itu tidak baik untuk dolar dan menyumbang kepada peningkatan sentimen risiko. Namun di satu lagi belah Lautan Atlantik, semakin banyak kenyataan penuh semangat yang dibuat oleh para pegawai EU berkenaan sekatan pergerakan yang pasti akan dihentikan serta pertumbuhan ekonomi di Eurozone yang tidak disangka-sangka. Menurut ramalan sepakat oleh penganalisis di Bloomberg, pihak ECB akan mengurangkan program pembelian aset (QE) kecemasan menjelang bulan Julai, dan pada hujung tahun ini akan mengumumkan penamatannya pada bulan Mac 2022.
    Semua perkara di atas boleh mengakibatkan EUR/USD menembusi paras rintangan pada 1.2000 dan naik ke paras tertinggi yang dicapai pada Januari di sekitar 1.2300. Rintangan bagi situasi ini berada pada paras 1.2125 dan juga 1.2185.
    Walau bagaimanapun, buat masa ini ramalan bullish hanya disokong oleh 25% penganalisis. Memang benar, analisis grafik, 100% indikator trend pada H4 dan 90% pada D1 menyebelahi mereka. Gambarannya sedikit berbeza dikalangan pengayun. Hanya 65% pengayun pada kedua-dua tempoh masa berwarna hijau, bakinya menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan belian.
    Majoriti penganalisis (50%) kini mengambil kedudukan neutral, mereka percaya bahawa bull dan bear akan bermain “tarik tali” di sepanjang garis 1.2000 tidak lama lagi. Namun kejayaan tetap berpihak kepada dolar pada masa depan. Apabila beralih daripada ramalan mingguan kepada bulanan, bilangan penyokong bear meningkat daripada 25% kepada 70%. Mereka berpendapat, pasangan EUR/USD akan menguji paras sokongan di zon 1.1700 sekali lagi, dan jika ia berjaya, kedudukannya akan turun 100 mata lebih rendah.
    Bagi peristiwa yang akan berlaku pada minggu depan, tumpuannya adalah pada hari Khamis, 22 April. Mesyuarat ECB dijadual akan berlangsung pada hari itu. Sebarang perubahan khusus terhadap polisi kewangan mereka dijangka tidak akan berlaku. Namun, sidang akhbar oleh pihak pengurusan European Central Bank menarik minat, menjadi wadah bagi pelabur menerima isyarat positif berkenaan niat para penggubal dasar. Jika indikator aktiviti perniagaan di Jerman dan Eurozone yang akan dikeluarkan pada hari keesokannya, 23 April juga menggalakkan, ia mampu memberi sokongan kepada euro;
  • GBP/USD. Masalah setelah UK keluar daripada EU, defisit dagangan yang memberangsangkan serta defisit belanjawan negara itu terus memberi tekanan kepada pound. Walaupun dolar susut nilai berbanding lain-lain matawang, ia hanya membiarkan pasangan GBP/USD mengikuti trend mendatar, dan tidak pernah mengembalikan pertumbuhan mampan kepadanya.
    Daya tarikan matawang British mungkin telah kembali, terutama sekali jika modal besar yang ditinggalkan akibat Brexit mula mengalir masuk semula ke negara itu. Pound juga mendapat sokongan kejayaan program vaksinasi menentang COVID-19. Justeru, sesetengah penganalisis percaya bahawa trend jangka panjang yang bermula pada 20 Mac,2020 masih lagi awal untuk tidak diendahkan, dan pasangan ini berpeluang untuk meneruskan pergerakannya ke atas. Buat masa ini 30% penganalisis bersetuju dengan ramalan bullish. Walau bagaimanapun, apabila beralih kepada ramalan menjelang penghujung musim bunga, jumlahnya berganda: sehingga 60%. Rintangan paling hampir berada pada paras 1.3920 dan 1.4000.
    Dalam masa yang sama, kebanyakan penganalisis, disokong oleh analisis grafik pada D1 percaya pasangan ini akan turun ke sempadan bawah saluran dagangan antara 1.3670-1.3920 pada mulanya, dan jika berjaya ditembusi, pasangan ini akan bergerak ke zon 1.3600.
    Dikalangan peristiwa yang boleh mempengaruhi pembentukan trend semasa dan akan berlaku pada minggu hadapan, kita sedia maklum dengan statistik pasaran buruh UK yang akan dikeluarkan pada hari Selasa, 20 April, data pasaran pengguna pada hari Rabu, 21 April, serta indeks aktiviti perniagaan dalam sektor swasta Markit yang akan diketahui pada hari Jumaat, 23 April. Perlu diperhatikan juga adalah ucapan ketua Bank of England pada 21 April;
  • USD/JPY. Pasangan ini akan bermula di zon antara 108.60-109.25 pada minggu hadapan. Jika diingat ini adalah julat dagangan yang agak sempit dan pasangan tersebut gagal keluar daripadanya selama tiga minggu pada bulan Mac. Berkemungkinan ia akan menjadi penghalang dalam laluan yen untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sekarang. Analisis grafik bersetuju sepenuhnya dengan perkembangan itu, Menurut ramalannya pada tempoh masa H4 dan D1, sebelum terus bergerak ke bawah, pasangan USD/JPY akan bergerak dalam julat sempit itu untuk beberapa hari.
    70% daripada penganalisis begitu pasti pasangan ini akan terus mengalami penurunan. Sokongan berada pada paras 108.35, 107.50 dan 106.00; Baki lagi 30% menjangkakan pasangan ini bertumbuh. Rintangan berada pada paras 109.25 serta 110.00, sasarannya adalah untuk mengatasi kedudukan tertinggi yang dicapai pada 31 Mac iaitu 110.95 dan menduduki paras 111.00;
  • Matawang Kripto. Ramalan harga bitcoin paling optimis diberi oleh penulis siri animasi ikutan The Simpsons. Garis panjang nilai aset kewangan itu dipapar pada skrin TV dalam episod baru ke 18 bagi musim ke 32. Kadar tukaran bitcoin ditunjukkan dengan tanda hijau yang tiada penghujungnya.
    Sudah pasti, dinamik seperti itu akan menggembiran para pelabur. Walau bagaimanapun, ramalan oleh para penganalisis masih lagi menunjukkan keserdahanaan. Namun begitu mereka juga menjangkakan pertumbuhan. Menurut laporan terkini dari bursa Kraken, dengan bergantung pada data sebelum ini, para penganalisis mereka mengakui bahawa kadar pertumbuhan bitcoin adalah sebanyak 50% untuk bulan April. Mengambil kira nilainya adalah $59,000 pada awal bulan, pergerakannya disasar akan mencapai paras $90,000. Walau bagaimanapun, sebelum kenaikan itu bermula, matawang kripto pertama ini dijangka akan mengalami pembetulan sekurang-kurangnya sebanyak $10,000.
    Bagi matawang kripto terkemuka kedua, Ethereum, Kraken meramalkan nilainya akan naik ke paras $15,000. Penganalisis bursa itu juga menekankan tentang paras sokongan dan rintangan altcoin ini, mereka berpendapat parasnya adalah: $1,462 dan $2,695. Dengan memetakan corak pergerakan harga terdahulu ETH pada lengkung logaritma, mereka merumuskan kemuncak kitaran bullish masih lagi belum tiba. Para penganalisis yakin dengan harga Ethereum yang mampu naik sehingga 700% daripada paras pada penghujung Mac dan mencecah ketinggian $15,238.
    Ramalan harga altcoin yang lebih sederhana dibuat oleh pedagang kripto terkenal serta hos untuk podcast The Wolf Of All Streets iaitu Scott Melker. Menurutnya, nilai Ethereum mungkin akan melepasi nilai bitcoin dari segi keuntungan bagi tahun 2021, dan harganya mungkin akan mencecah $10,000.
    Dalam temubual dengan Cointelegraph, beliau mendedahkan telah menukar strateginya daripada matawang kripto pertama kepada ETH pada beberapa bulan lalu. “Saya tidak faham mengapa mereka memanggilnya kerja gila. Sebenarnya, peningkatan tersebut adalah kurang daripada lima kali ganda berbanding harga asal mereka. Nilai bitcoin naik hampir tiga kali ganda pada tahun lalu,” Melker memberitahu kepada wartawan. Hal ini menyedarkan saya tentang pelaburan Internet pada awal tahun 1990an.”
    Maciej Vitkoviak mengimbas sejarah yang lebih lama, mendedahkan kepada dunia dengan petua kripto menggunakan teknologi 40 tahun lalu - sebuah emulator daripada komputer vintaj iaitu Commodore-64 yang dikeluarkan pada tahun 1982 untuk melombong bitcoin. Pembangun itu telah mencipta perisian C64 Bitcoin Miner yang diguna secara khusus terhadap PC tersebut. Beliau membuat demonstrasi dengan kadar hash sebanyak 0.2H/s pada emulator VICE, bagi mendapatkan satu blok BTC, masa yang diambil “hanyalah” … 337 tahun dan 10 bulan J.

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 April, 20211

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami