April 30, 2021

Akaun Simpanan NordFX Baru: Gabungan Pulangan Pelaburan dan Pulangan Dagangan1 

Akaun Simpanan baru dari NordFX melambangkan satu kepakaran unik yang dibangunkan oleh penganalisis syarikat tersebut, berdasarkan pada teknologi DeFi. Akaun ini bukan saja membolehkan anda mendapat pulangan pasif sehingga 30% setiap tahun, malah juga dapat menambah keuntungan anda menerusi operasi di dalam pasaran kewangan. Cukup dengan mengambil pinjaman dagangan pada kadar 3% sahaja.

DeFi (singkatan untuk "Decentralized financing") adalah terma bagi aplikasi khas dalam matawang kripto atau blockchain yang bertujuan untuk menghapuskan perantara. Kelebihan DeFi inilah yang menjadi asas kepada inovasi Akaun Simpanan NordFX yang baru, membolehkan pemiliknya menjana keuntungan lebih tinggi berbanding faedah untuk deposit bank. Buat masa ini pendapatan pasif ke atas pelaburan mereka adalah kira-kira 30% setahun dan jumlah itu mungkin berbeza-beza.

Kadar stablecoin paling popular di dunia, Tether (USDT) yang disandarkan mengikut nilai dolar AS sebenar iaitu 1:1 digunakan sebagai matawang akaun. Jumlah deposit minimum bagi akaun ini adalah bersamaan $500. Selain USDT, deposit juga boleh dibuat menggunakan stablecoin USDC serta DAI yang akan ditukarkan kepada USDT secara automatik. Pengeluaran juga boleh dibuat dalam bentuk USDT.

Tidak dinafikan kelebihan yang ada pada akaun ini adalah kebolehannya untuk mengambil pinjaman dagangan dengan menyandarkan dana di dalamnya. Kadar faedah pinjaman hanyalah 3% setiap tahun dan dipotong daripada keuntungan pelaburan. Wang pinjaman akan dikreditkan serta-merta ke dalam baki Kabinet Pedagang dan boleh diguna untuk dagangan dengan terma yang sama seperti akaun Zero.

Ciri ini memberi peluang kepada pemilik akaun untuk memaksimumkan pulangan pelaburan mereka menerusi dagangan di pasaran kewangan. 

Keuntungan pelaburan akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan pada setiap hari dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa halangan.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami