Mei 22, 2021

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. “Sesetengah ahli jawatankuasa menganggap wajar untuk mula membincangkan topik pengurangan jumlah rangsangan kewangan jika ekonomi AS berada di landasan yang betul mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak Rizab Persekutuan,” perkara yang ditunjukkan dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dikeluarkan pada hari Rabu, 19 Mei. Kata-kata itu samar-samar dan tidak jelas. Namun disebabkan perkara inilah bear cuba untuk mengukuhkan nilai dolar dan menurunkan pasangan EUR/USD ke bawah. Hasilnya, setelah melantun ke paras tertinggi mingguan sejak lapan minggu lalu di kedudukan 1.2245, pasangan ini kehilangan 85 mata - ke paras sokongan 1.2160.
    Walau bagaimanapun, pasaran kemudiannya sedar dengan serta-merta bahawa pada hakikatnya frasa ini secara realitinya tidak bermaksud apa-apa. Malah jika pihak Rizab Persekutuan AS mula berbincang tentang jumlah program QE yang mungkin akan dikurangkan serta pertambahan kadar faedah pada bulan Jun, masih tidak berbaloi untuk menunggu langkah kukuh yang akan diambil berkenaan isu ini. “Pencerahan” ini telah membolehkan bull mengembalikan kedudukan pasangan ini ke paras 1.2240. Namun mereka gagal untuk mengekalkan kedudukan tersebut.
    Pada hari Jumaat, 21 Mei, hasil bon 10 tahun kerajaan AS yang naik daripada 1.61% kepada 1.63% serta penyusutan kadar indeks saham di AS, bersama-sama dengan aktiviti perniagaan di Jerman yang lemah telah menolak pasangan EUR/USD sekali lagi ke paras sokongan 1.2160. Paras terakhir mingguan berada tidak jauh dari situ, berada pada paras 1.2180;
  • GBP/USD. Pergerakan naik dan turun matawang British ini adalah mengikut selera risiko para pelabur. Kebiasaannya, dinamik pergerakan GBP/USD dipengaruhi oleh faktor sama seperti pasangan sebelum ini. Dalam masa yang sama, pound bukan saja ingin memperbaharui paras tertinggi tahunannya, malah paras tertinggi selama 36 bulan iaitu 1.4241, dan ia sudah hampir mencapai sasaran itu.
    Membuat ramalan untuk minggu lalu, kebanyakan penganalisis menunjukkan koridor 1.4100-1.4200. Dengan kadar toleransi minimum, ramalan ini ternyata hampir tepat.
    Pada permulaan minggu, pasangan ini naik dari paras 1.4075 ke paras 1.4220 setelah mendapat dorongan daripada statistik pasaran buruh di UK yang positif. Selepas itu, setelah mengalami lantunan, dagangan beralih beberapa mata ke atas, pada julat antara 1.4100-1.4232.
    Pada hari Jumaat, semasa sesi dagangan di Amerika sedang berjalan, pertambahan hasil bon perbendaharaan serta data memberangsangkan oleh IHS Markit ke atas sektor perkhidmatan di AS memaksa bull untuk turun, dan pasangan ini mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.4153;
  • USD/JPY. Kebanyakan penganalisis memihak kepada bear untuk empat minggu berturut-turut, menjangkakan pasangan ini turun ke paras sokongan 109.00 dan kemudian ke paras 108.35. Jangkaan mereka adalah wajar: setelah menembusi aras sokongan 109.00, pasangan ini turun ke paras lebih rendah. Benar, ia tidak mencecah sasaran kedua, dan paras terendah mingguan berada pada kedudukan 108.56.
    Nilai yen disokong oleh pengurangan hasil bon AS serta penurunan harga komoditi hampir sepanjang minggu. Mungkin kedudukan pasangan ini berada jauh lebih rendah, namun kenaikan harga minya serta pertambahan hasil bon perbendaharaan telah mengembalikannya hampir ke paras 109.00, dan selepas itu, menyelesaikan sesi dagangan mingguan pada paras 108.93;
  • Matawang Kripto. Lonjakan bullish yang bermula pada musim bunga 2020 telah menyebabkan ramai pelabur berada di dalam euforia. Merasakan nilai aset digital akan terus mengalami pertumbuhan, mereka terlupa bahawa pasaran kripto bukan saja meruap, ia sangat meruap. Sedikit kejutan saja sudah cukup untuk menyebabkan turun naik yang mendadak. Bagaimana pula jika pelbagai kejutan berlaku secara serentak? Dalam hal ini, sama seperti apabila bermulanya gempa bumi, keadaan panik mula berlaku, dan kemudian gelombang tsunami secara harfiahnya akan menghanyutkan semua posisi yang dibuka dengan leveraj di pasaran.
    Pasaran kripto mengalami tiga gempa bumi yang serius seperti itu pada dua minggu pertama bulan Mei. Dua penyusutan pertama yang berlaku telah dikaitkan dengan Elon Musk.
    Tesla pada mulanya telah mengumumkan penamatan bayaran bitcoin untuk jualan kenderaan elektrik milik syarikat itu, menyuarakan kebimbangan mereka terhadap alam sekitar. “Kami bimbang dengan penggunaan bahan api fosil bagi aktiviti penghasilan. Masa depan planet kita bergantung kepada jumlah pelepasan gas ke dalam atmosfera. Kami tidak akan berdiam diri dalam menyelesaikan masalah persekitaran,” - penjelasan yang diberi dalam kenyataan media mereka.
    Kejutan kedua pada pasaran berlaku akibat ciapan yang dibuat oleh Elon Musk, dengan menyebut Tesla mungkin akan menjual token bitcoin yang dibeli sebelum itu. Jika diingat nilai BTC naik sebanyak 22% pada tiga bulan lalu setelah berita mengenai pelaburan Tesla ke dalam bitcoin berjumlah $1.5 bilion diketahui. Sekarang mereka mungkin akan menjualnya.
    Pasaran kripto mengalami kejutan kali ketiga setelah institusi kewangan di China telah diharamkan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan aset digital. Kenyataan sama telah dikeluarkan oleh tiga pihak penggubal dasar yang mengawasi transaksi, pasaran serta penjelasan bayaran bagi kewangan atas talian.
    Institusi kewangan di China sekarang tidak lagi boleh menyediakan perkhidmatan untuk menyimpan dan mengurus matawang kripto, serta mengeluarkan produk yang berkaitan dengan aset digital. Mereka juga diharamkan untuk menggunakan kripto sebagai instrumen bayaran. Tiga penggubal dasar itu dalam kenyataan bersama mereka menyebut matawang maya “tidak memiliki nilai sebenar, harganya mudah dimanipulasi, dan kontrak dagangan tidak dilindungi oleh undang-undang di China".
    Ketua Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell menyatakan solidariti beliau bersama pihak berkuasa China, mengkritik matawang kripto dengan menyebut ianya berisiko terhadap kestabilan sektor kewangan, menekankan bahawa pengawasan lebih ketat mungkin diperlukan. Selari dengan itu, pihak Jabatan Perbendaharaan AS telah mengemukakan cadangan, mana-mana pemindahan matawang kripto yang berjumlah lebih daripada $10,000 perlu melaporkannya kepada pihak pencukaian.
    Sebagai peringatan, bitcoin mencapai nilai tertingginya iaitu $64,600 pada 14 April. Kini, hanya lima minggu selepas itu, pada 19 Mei, nilainya jatuh kepada $30,225, rugi sebanyak 53%. (Bagi Ethereum, nilainya masing-masing adalah, $4,364, $1,927 dan 56%). Kemudian pasaran dilihat sedikit pulih, dan pasangan BTC/USD naik ke paras $42,285. Walau bagaimanapun, pengunduran sekali lagi berlaku pada hari Jumaat, 21 Mei, dan nilainya jatuh ke paras $33,550 pada petang hari yang sama.
    Bacaan Indeks Fear & Greed Kripto turun ke paras paling rendah sejak 12 bulan lalu iaitu di kedudukan 11 mata pada 20 Mei. Pada 21 Mei, hari terakhir minggu dagangan itu, bacaannya pulih sedikit, naik kepada 19 mata, dan kini ia berada di zon “Extreme Fear”. Menurut pembangun indeks berkenaan, bacaan seperti itu menunjukkan pasaran masih lagi berasa amat panik, dan disebabkan itu, permulaan kepada pertumbuhannya mungkin akan mengambil sedikit masa.
    Jelas bahawa jualan panik bukan saja memberi kesan kepada bitcoin, malah keseluruhan pasaran kripto. Jika pada 12 Mei jumlah keseluruhan modal pasarannya adalah $2.54 trilion, hanya tujuh hari selepas itu, pada 19 Mei, jumlah ini turun kepada $1.43 trilion. Jumlah sama ditunjukkan pada petang hari Jumaat, 21 Mei.
    Menyimpulkan ulasan bagi minggu lalu, agak berguna untuk menambah sedikit sikap optimis pada perkara negatif yang berlaku. Lagipun, selain daripada mereka yang mengalami kerugian, terdapat pelabur yang meraih untung besar pada kejatuhan nilainya. Menurut portal itsblockchain, salah seorang “jerung” telah menjual 3,000 BTC pada 9 Mei dengan nilai purata sebanyak $58,500 dan kemudian membeli 3,521 BTC dengan purata harga sebanyak $44,500 sejak 15 Mei hinggalah 19 Mei. Justeru, keuntungan yang diperoleh pelabur itu adalah $18.7 juta, dan dalam masa yang sama telah menambah pemilikannya sebanyak 521 BTC. Sesuai untuk mengatakannya di sini bahawa syarikat broker NordFX bukan saja menawarkan keuntungan pada pertumbuhan nilai, malah boleh mendapat pulangan apabila pasaran jatuh. Dalam masa yang sama, cukup hanya dengan memiliki $150 dalam akaun untuk membuka posisi long dan short dengan volum sebanyak 1 BTC. (Jumlah ini adalah 10 kali lebih rendah daripada 1 ETH dan bersamaan dengan $15).

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Jika faktor penentu pada musim bunga 2020 adalah keruntuhan ekonomi kesan daripada pandemik coronavirus, setahun kemudian segalanya berubah 180 darjah. Kini penggerak utama pasaran adalah reflasi, iaitu pemulihan ekonomi yang disebabkan oleh rangsangan aktif.
    Indeks S&P500 dan Nasdaq memperbaharui kadar tertingginya berulang-ulang kali. Para pelabur pula terus menjual dolar bagi membeli semula saham yang susut nilainya dan lain-lain aset berisiko walaupun pasaran saham meruap.
    Bermula pada 30 Mac, 2021, indeks dolar DXY cenderung untuk bergerak ke bawah, manakala pasangan EUR/USD pula naik ke atas. Walaupun para pegawai Rizab Persekutuan mengatakan perbincangan mengenai pengurangan jumlah QE mungkin akan bermula seawal bulan Jun, hal itu mungkin akan mengukuhkan nilai dolar hanya untuk jangka pendek. Statistik makro yang lemah baru-baru ini berkemungkinan tidak akan mengizinkan para penggubal dasar untuk menghentikan bantuan kewangan terhadap ekonomi AS. Jika mana-mana langkah konkrit diambil, ia mungkin tidak akan dimulakan sehinggalah penghujung tahun ini.
    Sudah pasti, tiada siapa yang mempersoalkan kadar pemulihan ekonomi di AS yang stabil. Namun, agak ketara proses tersebut semakin perlahan baru-baru ini. Mungkin, giliran Eropah pula untuk menjadi contoh kepada keadaan yang pulih daripada pandemik COVID-19. Keadaan di Eurozone kini dilihat agak kukuh berbanding beberapa bulan lalu. Kadar vaksinasi yang cepat serta pelonggaran langkah kuarantin di kebanyakan negara EU mencadangkan pemulihan segera ekonominya. Suruhanjaya Kesatuan Eropah sudahpun menaikkan unjuran pertumbuhan kadar KDNK bagi tahun 2021 daripada 3.8% kepada 4.3%. Kini, serangan dari AS dijangka akan berlaku pada mesyuarat ECB pada bulan Jun.
    Ekonomi di Eropah berorientasikan kepada import. Justeru, pentadbiran Joe Biden juga boleh membantu mereka dengan mengurangkan tarif import yang dikenakan sebelum ini oleh Presiden AS Donald Trump.
    Hal ini mencadangkan trend bullish pasangan EUR/USD mungkin akan terus berlaku. 70% penganalisis bersetuju dengan ramalan ini, menyatakan 1.2350 iaitu paras tertinggi untuk tahun ini sebagai sasaran. Rintangan paling hampir berada pada paras 1.2245 dan 1.2300. Untuk tempoh jangka panjang, kami boleh cadangkan pertumbuhan pasangan ini ke kedudukan 1.2550.
    Baki 30% lagi penganalisis percaya bahawa pasaran saham AS yang memiliki lebihan belian sedang menuju ke arah pembetulan berskala besar, disebabkan itu pasangan ini akan bergerak menembusi paras sokongan 1.2160, pertama sekali turun ke paras 1.2050, dan kemudian mencecah paras sokongan di zon antara 1.1985-1.2000.
    Analisis grafik menunjukkan pasangan EUR/USD akan kekal berada pada julat dagangan antara 1.2160-1.2245 untuk seketika, dan selepas itu turun ke bawah. Terdapat sedikit kecelaruan dalam kalangan indikator teknikal pada H4. Namun bacaan pada D1 adalah lebih meyakinkan: 85% pengayun dan juga 90% indikator trend adalah berwarna hijau.
    Dari segi statistik makro, hari Khamis, 27 Mei mungkin adalah hari yang paling menarik perhatian. Kita akan ketahui jumlah pesanan barangan tahan lama, serta data KDNK di AS pada hari itu;
  • GBP/USD. Dengan keadaan cuaca yang bertambah baik, bulan Mei mungkin akan menunjukkan prestasi perniagaan serta perbelanjaan yang lebih baik di UK. Selain itu, kerajaan negara tersebut juga telah melonggarkan baki halangan pergerakan secara aktif, dan merancang untuk menghentikan sepenuhnya pada 21 Jun. Semua perkara ini mungkin akan menyebabkan bull masih boleh mencapai sasaran mereka, dan pasangan GBP/USD akan memperbaharui paras tertingginya selama 36 bulan di kedudukan 1.4241. 65% penganalisis bersetuju dengan ramalan itu, mendapat sokongan 90% pengayun dan 95% indikator trend pada D1, serta analisis grafik pada H4 dan D1.
    Benar, analisis grafik menjangkakan penyusutan nilai pound pada 10 hari pertama bulan Jun. Baki 35% lagi penganalisis juga menjangkakan pembetulan ke bawah. Sokongan berada pada paras 1.4100, 1.4075 dan 1.4000
  • USD/JPY. Indeks CPI (indeks harga pengguna) rendah di Jepun yang dikeluarkan pada hari Khamis, 20 Mei menunjukkan hasil sebenar di negara itu adalah lebih baik berbanding hasil di lain-lain negara. Semua berlaku walaupun nilai yen susut dengan banyak pada suku pertama tahun ini.
    Tekanan hebat ke atas yen sebagai matawang selamat mendapat desakan oleh reflasi global, serta pertumbuhan hasil sekuriti jangka panjang kerajaan di negara lain, terutama sekali di Amerika Syarikat. Sebagai perbandingan, hasil bon 10 tahun Jepun adalah sebanyak 0.25%, manakala hasil bon yang hampir sama di AS adalah sebanyak 1.63%.
    Dalam pada itu, kuasa belian yang dimiliki yen serta ekonomi di Jepun yang terhalang akibat kenaikan harga dan infllasi memberi kelebihan kepada yen. Data PPI yang dikeluarkan menunjukkan hasil sebenar bon Jepun pada bulan April adalah positif, manakala rakan sejawatnya di AS pula susut di bawah kadar sifar, semua berpunca daripada kenyataan media oleh Rizab Persekutuan.
    Seperti empat minggu sebelum ini, majoriti penganalisis (kali ini sebanyak 75%) percaya bahawa nilai yen susut terlalu rendah dan ia perlu terus memenangi kerugian yang dialami daripada dolar. Namun ramalan untuk situasi ini dilihat agak sederhana: sasarannya adalah pada paras 108.55, 108.30 dan 108.00. Manakala sokongan pada paras 107.50 dilihat sebagai sasaran yang agak jauh. Baki 25% lagi penganalisis menjangkakan kembalinya pasangan ini ke zon 110.00. Rintangan berikutnya berada pada paras 109.35.
    Indikator pada H4 dilihat agak bercampur-campur, sedikit kelebihan (60%) dimiliki bear pada D1. Analisis grafik pada kedua-dua tempoh masa menunjukkan pergerakan mendatar pada saluran antara 108.30-110.00;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Mei, 20211

  • Matawang Kripto. Seperti yang dijangka, pihak-pihak berpengaruh dan berkepentingan berpusu-pusu untuk menenangkan keadaan setelah pasaran itu jatuh, menyakinkan komuniti kripto bahawa kesan penurunan tersebut tidaklah begitu teruk, dan perkara hebat masih menanti mereka.
    Ahli strategi platform berinstitusi LMAX iaitu Joel Kruger menganggap kenyataan oleh Elon Musk berkenaan penghasilan bitcoin yang banyak menggunakan tenaga adalah sebagai pemangkin kepada proses pembetulan yang sudah lama tertangguh. “Terlalu banyak cerita yang berkisarkan tentang Tesla dan Elon Musk,” jelas beliau. “Cerita-cerita itu kurang menjejaskan keadaan sehingga boleh mengakibatkan penurunan tersebut, tetapi kemeruapan teknikal yang berpunca daripada pergerakan parabola sudah pastinya memberi kesan yang lebih besar."
    Penganalisis matawang kripto popular iaitu Lark Davis percaya bahawa para pelabur sepatutnya tidak perlu bimbang dengan komen Elon Musk atau penyusutan nilai bitcoin. Davis menasihatkan untuk melihat lonjakan bull yang berlaku pada 2017 dan perhatikan bahawa bitcoin kekal selamat walaupun nilainya menyusut beberapa kali. Beliau sedia maklum dengan pembetulan berbeza yang berlaku sebanyak 4 kali pada julat antara 30-45% pada waktu itu.
    Lark Davis berasa yakin dengan pertumbuhan yang berlaku sekarang masih lagi berada di peringkat awal dan percaya bahawa nilainya akan melonjak ke paras lebih tinggi menjelang akhir tahun ini. “Jangan berfikir secara sempit,” itu nasihat beliau. - Situasi yang menimpa bitcoin bukanlah satu perkara yang perlu dibimbangkan. Keadaan ini boleh dikatakan sering kali berlaku dalam pasaran matawang kripto. Mungkin kejadian ini akan menyebabkan berlakunya bullish secara besar-besaran sekali lagi setelah beberapa minggu berlalu. Semua orang akan mula mengatakan yang BTC adalah satu konsep wang yang baru dan perkara yang sepertinya. Sekarang bukanlah masa untuk panik dan menjual matawang kripto, tetapi masa terbaik untuk membeli semasa semua orang sedang panik. Kita ada peluang yang hebat untuk membuat pembelian."
    Para penganalisis di Glassnode bersetuju dengan kata-kata Davis. Mereka berpendapat, semasa ramai pelabur baru berasa panik dengan posisi mereka ketika penurunan berlaku, pelabur jangka panjang terus menambah nilai pelaburan mereka. Contohnya, syarikat penganalisis perniagaan MicroStrategy merebut peluang semasa nilai bitcoin jatuh dan membeli 229 BTC tambahan bernilai $10 juta. Pembelian itu dibuat pada purata harga sebanyak $43,663. Pengarang buku popular “Rich Dad Poor Dad”, Robert Kiyosaki telah merancang untuk membeli bitcoin semasa nilainya jatuh.
    Walaupun nilainya susut, Katie Wood, seorang pengurus dana di Ark Invest terus menekankan pandangan beliau terhadap bitcoin. Dalam temubual bersama Bloomberg, beliau berkata harga matawang kripto utama itu akan naik kepada $500,000 pada masa hadapan. Katie Wood percaya bahawa penyusutan nilai BTC telah disebabkan oleh keadaan emosi yang begitu kuat, dan sebagai rujukan, ia tidak berkait dengan faktor fundamental. Dalam masa yang sama, beliau masih melihat hubung kait tertentu dengan hakikat bahawa pasaran saham yang paling tidak stabil dan inovatif telah mengalami pembetulan yang ketara.
    Terdapat kepincangan dalam kenyataan yang dibuat oleh Katie Wood, walaupun nilainya turun lebih daripada 50%, harga bitcoin masih belum berada pada paras terendahnya.
    Bagi altcoin utama, terdapat banyak juga ramalan bullish yang telah diberikan. Sebagai contoh, pengasas bank kripto Galaxy Digital iaitu Mike Novogratz menjangkakan nilai Ethereum akan naik kepada $5,000 semasa ditemubual oleh New York Magazine. Kenaikan ini dibantu oleh tiga faktor: aplikasi bayaran dan coin stabil, kewangan disentralisasi, serta token fungible (NFT), jelas beliau. “Saya hampir 100% pasti bahawa nilainya akan naik - semua adalah matemaik,” tambah Novogratz.
    Di akhir ulasan ini, kami berikan petua kecil bagi kehidupan kripto. Kali ini, cara untuk anda mendapatkan wang dari kenyataan negatif yang dibuat oleh pembuat berita terkenal.
    Marah dengan ciapan yang dibuat oleh Elon Musk, penggemar kripto telah menghasilkan satu token baru iaitu Fuck Elon Tweet (FUCKELON). Menurut kenyataan mereka, jumlah maksimum coin yang ditawarkan adalah sebanyak 1 bilion. Penghasilan FUCKELON adalah berdasarkan pada Binance Smart Chain dan kini sudahpun terdapat 9,000 walet. Paling penting sekali, nilai coin ini telah melonjak sebanyak 2000% dan didagangkan pada harga $0.005260 semasa ulasan ini dibuat.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami