Jun 3, 2021

Keputusan Bulan Mei: Untung Lebih $50,000 diperoleh Pedagang NordFX Akibat Kejatuhan Bitcoin1 

Syarikat Broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Mei 2021. Jumlah pulangan bagi tiga pelabur paling berjaya adalah melebihi USD 175 ribu.

Pemenang tempat pertama pada akhir bulan lalu adalah milik seorang pedagang dari China, pemegang akaun No.1546xxx yang memperoleh pulangan sebanyak USD 81,648. Keputusan memberangsangkan ini diperoleh hasil transaksi ke atas pound British (GBP/USD), emas (XAU/USD) dan juga euro (EUR/USD).

Tempat kedua di podium dengan pulangan sebanyak USD 53,207 pula dimiliki oleh wakil dari Vietnam, pemegang akaun No.1416xxx yang menunjukkan bagaimana caranya untuk mengaut keuntungan ketika pasaran jatuh. Keuntungan yang diperoleh kebanyakannya adalah hasil transaksi pada bitcoin (BTC/USD), walaupun nilainya susut kira-kira 40% dalam masa sebulan.

Tempat ketiga dimiliki pedagang dari Indonesia, pemegang akaun No. 1506xxx yang memperoleh USD 41,799 hasil dagangan ke atas emas (XAU/USD).       

Khidmat pelaburan pasif pula:

  • dalam CopyTrading, satu daripada isyarat KennyFXPRO mendapat perhatian - The Compass. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 108% sejak November 2020. Sekali pandang, ini bukanlah hasil yang menakjubkan (walaupun jumlah itu sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada kadar faedah bank). Namun jika digabungkan dengan kadar pengunduran maksimum yang sederhana iaitu 22%, isyarat ini telah menarik lebih ramai pelanggan yang telah melabur lebih daripada USD 45, 000 di dalamnya.
  • dalam servis PAMM, pedagang yang sama juga iaitu KennyFXPRO telah menunjukkan hasil yang baik, dan pelabur-pelabur yang gemarkan kadar keuntungan dan risiko yang sederhana mungkin mahu menyertainya. Pengurus ini telah menunjukkan perolehan modal sebanyak 24% sejak akhir Januari dengan pengunduran maksimum sebanyak 16%.

Dalam kalangan perkongsian IB, kedudukan 3 TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • komisen terbesar bulan ini yang berjumlah USD 6,568 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari India, pemilik akaun No. 1527xxx;
  • tempat kedua adalah rakan kongsi dari China, pemilik akaun No. 1522xxx yang memperoleh USD 4,146;
  • seorang lagi rakan kongsi dari India menduduki tempat ketiga, pemilik akaun No.1229xxx, dengan pulangan sebanyak USD 3,975.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami