Jun 12, 2021

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Hari penting untuk minggu lalu adalah hari Khamis, 10 Jun. Dua peristiwa telah berlaku pada hari tersebut: berlangsungnya mesyuarat European Central Bank serta pengeluaran data pasaran pengguna di AS. Mari bincangkan tentang kedua-duanya dengan teratur.
    Pihak ECB menaikkan unjuran mereka bagi KDNK di Eurozone daripada 4.0% kepada 4.6% untuk 2021 dan daripada 4.1% kepada 4.7% untuk tahun 2022. Kadar inflasinya dijangka naik sebanyak 1.9% untuk tahun ini dan 1.5% untuk tahun depan (unjuran sebelum ini masing-masing adalah 1.5% dan 1.2%). Dalam masa yang sama, Ms. Lagarde langsung tidak gembira dengan keadaan ekonomi yang lambat untuk pulih, terutama sekali apabila mereka jauh ketinggalan di belakang AS. Ketua ECB itu juga mempertimbangkan fenomena lonjakan kadar inflasi sementara akan berlaku. Walaupun kadar harga mungkin akan terus melonjak pada Q3 dan Q4 2021, mereka seharusnya mengambil langkah seperti “tiada faktor sementara.” Justeru, beliau percaya, kadar inflasi di Eurozone secara keseluruhannya masih kekal di bawah sasaran “di sepanjang tempoh unjuran.”
    Hasilnya, keputusan daripada mesyuarat ECB adalah… tiada apa-apa. Walaupun berlakunya perdebatan, Majlis Pentadbir Bank berkenaan masih tidak mengambil apa-apa keputusan mengenai pemberhentian program QE, membiarkan langkah-langkah rangsangan yang ada terus berjalan. Kadar faedah ke atas euro juga tidak berubah, pada kadar 0%. Namun disebabkan oleh sikap pasif itulah Ms. Lagarde berjaya untuk mencapai segala kemahuannya: mengelak nilai euro dari naik.
    Sekarang mengenai peristiwa kedua yang berlaku pada hari Khamis - pengeluaran data pasaran pengguna (CPI) di AS. Mengikut reaksi yang berlaku di pasaran, semua yang berlaku hampir menyerupai keadaan ketika para penggubal dasar mengumumkan kadar faedah yang baru. Nilai CPI rupanya agak tinggi berbanding daripada jangkaan, menunjukkan kenaikan pantas harga pengguna di Amerika Syarikat sejak lebih daripada 12 tahun yang lalu.
    Kenaikan kadar inflasi seperti itu mampu menakutkan para pelabur, namun, perkara sebaliknya yang berlaku: indeks S&P500 memperbaharui kedudukan tertingginya, mencecah paras 4250 (berbanding 4244 pada sebulan lalu), serta hasil bon 10 tahun Perbendaharaan turun ke paras terendah sepanjang 3 bulan lepas.
    Bagi pasangan EUR/USD, inilah waktunya bear mengawal keadaan. Logiknya adalah seperti berikut: pihak ECB menunda keputusan untuk menghentikan program QE di Eropah, namun di AS, lonjakan kadar inflasi mungkin akan memaksa pihak Rizab untuk mengambil langkah yang sama. Sebahagian daripada matlamat itu mungkin boleh dikenal pasti semasa penggubal dasar itu bermesyuarat sekali lagi pada hari Rabu, 16 Jun nanti. Polisi kewangan yang dijangka akan diperketatkan telah mendorong naik nilai dolar. Sokongan tambahan terhadap bear diperoleh daripada pertumbuhan kadar Indeks Keyakinan Pengguna di University of Michigan AS yang dikeluarkan pada 11 Jun. Akibatnya, dolar memperoleh semula 100 mata daripada euro, manakala pasangan EUR/USD mengakhiri minggu mereka di bawah sempadan bawah saluran mendatar selama empat minggu di antara 1.2125-1.2265, di sekitar paras 1.2108;
  • GBP/USD. Statistik yang diketahui daripada AS telah menolak pasangan ini ke bawah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi prestasi di UK pula, segalanya tidaklah begitu mudah. Data yang dikeluarkan pada hari Khamis, 10 Jun telah menyokong pound, menunjukkan kenaikan mendadak PMI Pembuatan, satu petunjuk industri pembuatan dan dagangan di UK kembali kukuh. Walau bagaimanapun, satu lagi data statistik makro yang dikeluarkan keesokan harinya telah membangkitkan sikap waspada dalam kalangan pelabur.
    Tumpuan pemulihan ekonomi di British telah beralih daripada pasaran pembuatan dan hartanah kepada sektor perkhidmatan. Disebabkan oleh tahap vaksinasi serta pembatalan sekatan pergerakan, aktiviti perniagaan meningkat, malah melangkaui jangkaan. Namun jumlah bagi lain-lain sektor ekonomi tidaklah begitu memberangsangkan.
    Jumlah pembinaan susut 2%, manakala pengeluaran industri pada bulan April jatuh sebanyak 1.3%. Jika dibandingkan untuk tempoh yang sama pada tahun 2020, jumlahnya adalah 27.5% lebih tinggi sekarang. Jelas terbukti pertumbuhan berlaku. Namun, menurut beberapa orang penganalisis, tiada apa yang boleh dibanggakan sebenarnya. Jika kita bandingkan nilai sebenar, jumlah untuk tahun ini adalah 3% lebih rendah berbanding pada Februari 2020 dan 6.5% lebih rendah daripada paras tertinggi pada bulan Mac 2019. Hal ini menggambarkan kelembapan yang dilalui sektor tersebut, dan rupa-rupanya, ia bukan saja didorong oleh pandemik COVID-19, malah juga oleh Brexit.
    Statistik ke pelbagai arah ini telah menyebabkan pasangan GBP/USD jatuh ke dalam saluran mendatar antara 1.4075-1.4220 di mana ia berada selama empat minggu, dan mengakhiri minggu pada paras 1.4115;
  • USD/JPY. Setelah memulakan tempoh lima hari dagangan pada paras 109.50, pasangan ini mengakhirinya pada kedudukan 109.70. Dalam masa yang sama, kebanyakan masa kedudukannya adalah di bawah paras ini, naik dan turun berulang-ulang kali dari paras sokongan di antara 109.18-109.30. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh statistik kukuh yang ditunjukkan AS, pasangan ini berjaya naik ke paras 109.85 pada penghujung minggu. Namun, walaupun mengambil kira lonjakan tersebut, kadar turun naik mingguannya sebanyak 45 mata dilihat lebih daripada sederhana;
  • Matawang Kripto. Pasaran kripto agak tenang. Nilai bitcoin mengalami penyatuan di sekitar paras $36,000-37,000 untuk tiga minggu berturut-turut. Satu percubaan yang dibuat oleh bear untuk menurunkan harganya pada 8 Jun berakhir dengan kegagalan: paras paling rendah yang berjaya dicapai adalah $31,065. Setelah berada di situ hanya untuk beberapa minit, arah pergerakan pasangan BTC/USD berubah, naik kepada $38,325, dan selepas itu kembali berada di sekitar kawasan penyatuan.
    Elon Musk kembali menjadi buah mulut pada minggu ini dan entah bagaimana ia telah mempengaruhi sentimen pasaran. Pemilik syarikat Tesla dan SpaceX itu menerima satu video yang didakwa dihantar oleh kumpulan penggodam Anonymous. Video tersebut menyebut ciapan hartawan itu berkenaan matawang kripto telah memusnahkan kehidupan ramai rakyat marhaen, dan impian mereka ini hancur akibat karenah Musk di tempat umum.
    Lelaki dalam video itu, menutup wajahnya dengan topeng Guy Fawkes yang sinonim dengan kumpulan tersebut mengubah suaranya dan menggelar hartawan berkenaan sebagai penjahat dalam cerita Bond yang berpura-pura berpandangan jauh, namun sebenarnya adalah orang kaya yang bersifat narsistik dan begitu gilakan perhatian. Video tersebut mendakwa Musk menyingkirkan bitcoin hanya kerana beliau takut Tesla akan kehilangan subsidi yang diterima daripada kerajaan. Para penggodam turut menegaskan bahawa inisiatif Musk baru-baru ini yang ingin menubuhkan Council of Bitcoin Miners adalah satu cubaan untuk beliau mengawal sepenuhnya industri itu.
    Video tersebut yang telah menerima kira-kira 2 juta tontonan berakhir dengan satu cabaran: “Anda menganggap diri sendiri sebagai orang yang bijak, tapi kali ini anda menentang lawan yang sama tarafnya. Kami adalah Anonymous! Kami adalah legion! Tunggu kami datang".
    Satu lagi berita panas, penyedia perisian analisis iaitu MicroStrategy Inc. telah mengumumkan penawaran bon boleh tukar berjumlah $400 juta yang akan matang pada tahun 2028. Syarikat tersebut akan menggunakan dana yang diperoleh daripada jualan itu untuk membeli bitcoin.
    Mengikut Bitcoin Treasuries, MicroStrategy memiliki 92,079 BTC yang bernilai lebih daripada $3.37 bilion buat masa ini.. Jika anda melihat pada penambahan semula aset kripto yang pernah berlaku sebelum ini, jelas bahawa syarikat itu sedang cuba untuk memuratakan kedudukannya di pasaran. Hal ini berlaku akibat daripada dana yang dipinjam.
    Pemurataan dianggap satu kaedah pelaburan yang agak berisiko. Kepada sesiapa yang kurang jelas, kami akan cuba terangkan seringkas yang boleh. Pemurataan berlaku apabila anda membeli 3 BTC: BTC pertama dibeli dengan harga $5,000, dan kemudian anda membeli coin kedua pada harga $20,000, dan coin ketiga pada harga $35,000. Purata harga bagi 1 coin dalam contoh ini adalah bersamaan $20,000 ($60,000/3). Jika nilainya turun di bawah paras itu, anda akan mengalami kerugian. Inilah sebabnya terdapat beberapa orang penganalisis yang percaya MicroStrategy telah mula “berada dalam situasi yang sukar."
    Semasa ramalan ini dibuat, pasangan BTC/USD berada di zon $37,000. Indeks Fear & Greed Kripto dan juga coin itu sendiri menunjukkan “penyatuan”: bacaannya adalah 21 mata pada 28 Mei, 27 mata pada 4 Jun, dan kembali semula pada 21 mata pada 11 Jun, dan semua bacaan itu sepadan dengan indikator Fear yang agak sederhana.
    Dalam kalangan 10,332 matawang kripto yang ada, walaupun jumlah keseluruhan modal pasaran bitcoin mengalami penurunan, ia masih mendahului dengan margin yang amat besar. Buat masa ini indeks dominasinya berada pada kadar 44.03%. Jumlah keseluruhan modal pasaran matawang digital turun dari $1.663 trilion kepada $1.585 trilion dalam masa seminggu.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Seperti yang dinyatakan di atas, Majlis Pentabir ECB masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai tarikh akhir program pelonggaran kuatitatif (QE) mereka. Namun pihak Rizab boleh membincangkan isu ini semasa berlangsungnya mesyuarat pada hari Rabu, 16 Jun nanti, dan hasil daripada itu, mereka akan menghasilkan “peta hala tuju”. Jika tiada hala tuju yang terperinci dihasilkan, sekurang-kurangnya mereka akan menunjukkan di peringkat manakah ia akan berlaku. Jika semua ini berlaku, kami menjangkakan lonjakan mendadak nilai dolar serta penyusutan pasangan EUR/USD ke paras 1.2000. Sokongan seterusnya berada pada paras 1.1945, dan kemudian di zon antara 1.1880-1.1900.
    Jika pihak Rizab Persekutuan sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menyebut kenaikan kadar inflasi serta keadaan semasa di pasaran buruh AS yang bertambah baik bukanlah penyebab polisi ekonomi mereka terus diketatkan, jadi pasangan ini mungkin akan kembali ke sempadan atas saluran di antara 1.2125-1.2265. Sasaran bull seterusnya adalah pertumbuhan pasangan ini ke paras tertinggi tahun ini iaitu 1.2350.
    Justeru, semua perhatian yang ada di pasaran kini tertumpu pada mesyuarat itu. Para penganalisis mengelak daripada membuat sebarang ramalan sehingga berakhirnya mesyuarat tersebut. Analisis grafik juga berada dalam keadaan kucar-kacir. Dalam kalangan indikator trend, 55% daripadanya berwarna merah pada D1, dan 100% berwarna merah pada H4. Gambarannya sedikit berbeza dikalangan pengayun. Di sini, 60% daripada mereka menunjukkan penyusutan pada kedua-dua tempoh masa, 20% mengambil posisi neutral, manakala baki 20% lagi menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan jualan.
    Selain daripada mesyuarat dan juga sidang akhbar oleh pihak Rizab Persekutuan pada 16 Jun, lain-lain perkara yang akan berlaku pada minggu depan termasuklah statistik pasaran pengguna di Jerman serta data jualan runcit di Amerika Syarikat. Kedua-duanya akan dikeluarkan pada hari Selasa, 15 Jun;
  • GBP/USD. Bank of England kini berhadapan dengan pilihan sukar untuk meneruskan kehidupan: sama ada menyokong pertumbuhan ekonomi dengan meneruskan program rangsangan fiskal, atau mula memerangi kadar inflasi dan juga harga yang sudahpun berada di atas paras sebelum bermulanya Covid.
    Jika anda lihat pada ECB dan juga Rizab Persekutuan, setakat ini mereka lebih menyebelahi pada pilihan pertama, menunda untuk melaksanakan pilihan kedua. Trend baru yang lebih ke arah kelembapan sektor pembuatan di UK menunjukkan Bank of England seharusnya mengikuti jejak langkah yang diambil rakan sejawatnya. Terutama sekali apabila lengkok coronavirus di negara itu naik mendadak semula, serta perbincangan mengenai penundaan tarikh akhir sekatan pergerakan yang dijadualkan akan berlaku pada 21 Jun nanti juga rancak diperkatakan.
    Jika memang benar ia berlaku, pound akan berada di bawah tekanan yang hebat. Namun, 16 Jun akan tiba dahulu sebelum 21 Jun, tarikh berlangsungnya mesyuarat Rizab Persekutuan - peristiwa penting bagi hampir semua pasangan dolar. Sama seperti dalam kes EUR/USD, adalah agak mustahil untuk mendapatkan pendapat para penganalisis sekarang ini. Analisis grafik juga menunjukkan pergerakan mendatar berterusan pasangan ini pada julat antara 1.4075-14220 yang akan dilaluinya dalam masa terdekat ini. Pengayun pada kedua-dua tempoh masa memberi isyarat di pelbagai arah, namun warna merah memiliki lebih banyak kelebihan. Indikator trend pada D1 terbahagi sama rata: 50% menunjukkan pertumbuhan, 50% lagi penyusutan. Hanya indikator trend pada H4 saja terdapatnya majoriti yang agak besar: 85% daripada mereka adalah berwarna merah.
    Sasaran bear adalah: 1.4075, 1.4000, dan kemudian paras terendah di zon antara 1.3900-1.3925. Sasaran bull adalah: 1.4185-1.4250, setelah berjaya melepasinya, ia akan cuba untuk menembusi rintangan 1.4300 dan memperbaharui paras tertinggi yang pernah dicapai pada tahun 2018.
    Antara peristiwa yang bakal berlaku pada minggu depan: statistik pasaran buruh di UK serta ucapan Gabenor Bank of England iaitu Andrew Bailey akan diketahui pada hari Selasa, 15 Jun, dan juga data pasaran pengguna di negara berkenaan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 16 Jun;
  • USD/JPY. Memberikan ramalan mingguan, majoriti penganalisis (60%) memilih pengukuhan dolar serta pertumbuhan pasangan ini ke zon antara 110.00-110.30. Analisis grafik dan 65% pengayun pada H4, serta 100% indikator trend pada H4 dan D1 bersetuju dengannya.
    Baki 40% lagi penganalisis, bersama-sama dengan analisis grafik pada D1 menjangkakan penyusutan pasangan ini ke paras sokongan di antara 108.00-108.35. Paras sokongan berikutnya berada di 107.50.
    Apabila beralih ke ramalan bulanan, gambaran berubah menjadi sebaliknya: 60% sudahpun berpihak kepada bear pada waktu ini. Baki 40% yang bersetuju dengan bull, hanya separuh daripada mereka yakin pasangan ini mampu untuk naik di atas paras 110.00 dan memperbaharui kedudukan tertinggi yang dicapai pada 31 Mac.
    Bagi peristiwa yang bakal berlaku, tumpuan boleh diberi pada keputusan Bank of Japan berkenaan kadar faedah dan juga sidang akhbar selepas itu. Walau bagaimanapun, kebarangkalian untuk bank itu mengubah polisi kewangan mereka dan memberi kesan mendalam terhadap sentimen pasaran adalah hampir kepada sifar;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14 - 18 Jun, 20211

  • Matawang Kripto. Para penganalisis di Goldman Sachs telah menurunkan penilaian mereka untuk bitcoin daripada emas kepada tembaga. Mereka berpendapat, amat sukar bagi mereka untuk meletakkan coin utama tersebut setaraf dengan emas kerana ia tidak memiliki sokongan yang kukuh seperti logam berharga itu. Penganalisis komoditi iaitu Jeff Curry berkata kadar turun naik coin utama yang tidak menentu secara umumnya hampir sama dengan ayunan harga tembaga di pasaran global.
    Sebelum ini, pandangan sama turut disuarakan oleh penganalisis di JPMorgan. Menurut mereka, matawang kripto adalah satu komoditi yang mempunyai kitaran, justeru ia tidak boleh bersaing dengan logam berharga mahupun matawang fiat. Syarikat pelaburan sedia maklum dengan perkara ini, disebabkan itulah portfolio mereka hanya mengandungi beberapa peratus saja bitcoin dan lain-lain aset digital.
    Pendapat berbeza terhadap bank diberikan oleh CEO bursa kripto Gemini yang juga hartawan bitcoin iaitu Tyler Winklevoss. Beliau percaya bahawa pembangunan bitcoin masih berada di tahap permulaan. “Bitcoin adalah Emas 2.0,” Winklevoss berkata, “dan seharusnya jumlah modal pasaran yang dimilikinya adalah melebihi $10 trilion, sama seperti emas. Buat masa ini jumlahnya adalah $1 trilion, ini bermaksud kadar pertumbuhannya mungkin sekurang-kurangnya 10 kali lebih tinggi."
    Beliau berpendapat, peluang untuk menyertai pelaburan jangka panjang masih lagi terbuka walaupun dengan kadar kira-kira $35,000. Dengan jumlah keseluruhan modal pasaran sebanyak $10 trilion, nilai 1 BTC akan mencecah $500,000, dan nilai itu mungkin akan dicapai dalam dekad ini, atau mungkin dalam masa 5 tahun lagi.
    “Kami akan bertahan sehingga nilainya mencecah $500,000, namun begitu, kami masih tidak perlu menjual aset tersebut kerana ia boleh dijadikan sebagai pinjaman, atau sebagai cagaran, dll.,” tambah hartawan itu lagi. Kemudian beliau memasang angan-angan dengan menyatakan bitcoin mungkin boleh diguna dalam transaksi antara planet pada masa hadapan: “Bitcoin adalah satu projek yang terus mengalami evolusi dan ia mampu untuk berkembang dengan lebih pesat. Ia mungkin akan menjadi matawang digital rizab global di dunia atau malah di beberapa planet lain setelah kita mendiami planet Marikh."
    Ramalan (atau lebih tepat, kata-kata) oleh seorang lagi hartawan, Mark Lasry iaitu pengasas Avenue Capital Management adalah dilihat lebih bersifat biasa. Menurut beliau, pasaran matawang kripto sudahpun terbentuk, tiada apa lagi yang mampu menggugatnya, dan pertumbuhan mendadak bitcoin pada tahun 2021 telah melebihi apa yang dijangka. Oleh yang demikian, “secara jujurnya, saya tidak tahu ke mana arah tuju bitcoin,” akui Larsy. “Saya boleh jelaskan kenapa nilainya akan naik sehingga $100,000, dan saya juga boleh jelaskan kenapa nilainya turun kepada $20,000."
    Sukar untuk menyangkal pendapat beliau itu. Setidak-tidaknya pada waktu ini, sebarang pergerakan emas digital tersebut adalah wajar. Cukup dengan mengingati ramalan dua pihak yang berwibawa:
    : oleh penganalisis syarikat Amerika iaitu Fundstrat, mereka berpendapat, kadar bitcoin mungkin akan kembali ke paras $50,000 tidak lama lagi walaupun nilainya jatuh pada bulan Mei,
     - dan juga ahli strategi pegangan kewangan di JPMorgan iaitu Nikolas Panigirtzoglou yang amat yakin bahawa nilai asas bitcoin yang wajar akan berada pada julat antara $24,000- $36,000.

 

***
 Membuat kesimpulan, walaupun bukan menjadi kebiasaan, tibalah kita pada bahagian petua kripto. Benar, petua kali ini bukan saja untuk matawang kripto, malah boleh diguna untuk fiat juga. Ia mengenai peluang untuk mendapatkan tiket bagi cabutan bertuah yang dijalankan oleh broker NordFX apabila anda menambah deposit. Terdapat 100 hadiah untuk dimenangi berjumlah $100,000 semuanya. Cabutan pertama akan berlangsung dua minggu lagi, pada 1 Julai, peluang untuk anda sertai masih terbuka. Butiran lanjut boleh didapati di laman web NordFX.

 


Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami