Jun 27, 2021

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Data pasaran buruh dan juga ekonomi di AS yang dikeluarkan pada minggu lalu tidak banyak memberi kesan positif. Pertumbuhan kadar KDNK bagi Q1 (6.4%) menunjukkan kebetulan dengan data yang diunjur, kedua-duanya tidaklah begitu baik mahupun teruk berbanding dengan apa yang pasaran jangkakan. Kemudian terdapat banyak perkara yang mengecewakan. Tuntutan awal bagi pengangguran adalah 411K berbanding 380K yang diramal. Peningkatan pesanan barangan tahan lama untuk bulan Mei adalah lebih rendah iaitu 2.3% berbanding 2.7% yang diunjur. Pesanan barangan modal turun ke zon negatif, negatif 0.1%. Semua ini adalah berdasarkan data pertumbuhan perniagaan Markit di Jerman (60.4 bagi Jun berbanding 56.2 bagi Jun) serta di Eurozone secara keseluruhannya (59.2 vs. 57.1).
    Walaupun ekonomi di Amerika terbantut, selera risiko dalam kalangan pelabur tidak berkurang, malah sebaliknya makin berkembang. Mereka mendapat sokongan daripada rancangan infrastruktur Presiden Joe Biden yang telah diluluskan oleh pihak Senat. Kandungan rancangan itu termasuklah pembinaan jalan dan jambatan baru, pelabuhan, pelaburan ke atas bekalan air, tenaga bersih dan serta internet jalur lebar. Nilai keseluruhan pelaburan tersebut berjumlah $1.2 trilion. Infusi seperti itu akan menghasilkan ribuan pekerjaan baru serta memperkukuhkan kedudukan Amerika Syarikat dalam konfrontosi ekonominya dengan China.
    Peningkatan terhadap sikap optimis para pelabur telah mendorong Dow Jones untuk menambah 1,400 mata sepanjang minggu lalu, indeks S&P500 serta Komposit Nasdaq sekali lagi memperbaiki paras tertinggi mereka, manakala Indeks Fear and Volatility VIX turun ke paras paling rendah pada tahun ini.
    Aliran masuk dana ke dalam pasaran saham telah melemahkan nilai dolar. Indeks dolar DXY susut dari 92.32 kepada 91.80, manakala euro memperoleh semula 110 mata dari matawang Amerika semasa berada di kemuncak tertinggi pada minggu lalu. Bermula pada paras 1.1865, pasangan EUR/USD mencecah kedudukan 1.1975 pada hari Jumaat, 25 Jun, diikuti dengan pertarungan kecil setelah bull kehilangan tenaga dan pergerakannya terhenti pada paras 1.1940;
  • GBP/USD. Satu mesyuarat oleh Bank of England telah diadakan pada hari Khamis, 24 Jun. Bagi langkah khusus bersifat sementara yang bakal diambil para penggubal dasar, tiada siapa pun menjangkakan sebarang kejutan daripadanya. Semua orang jelas dengan pendirian Bank of England yang tidak mahu mengambil tindakan drastik dan akan membiarkan saja parameter polisi kewangan mereka tidak berubah. Ia memang berlaku: program pembelian semula aset  dikekalkan pada jumlah £895 bilion serta kadar faedah yang sama iaitu 0.1%.
    Namun, para pelabur berharap data pasaran buruh di UK yang positif akan mendorong pihak pengurusan Bank of England untuk mula berbincang tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menamatkan program pelonggaran kuantitatif (QE) tidak lama lagi. Perbincangan sama yang ingin dimulakan oleh rakan sejawat mereka di seberang Atlantik sana.
    Atas dasar ini, kebanyakan penganalisis (55 peratus) menjangkakan pasangan GBP/USD akan mengalami pertumbuhan, mencecah paras utama 1.4000. Walau bagaimanapun, kadar optimis mereka mula berkurang. Berita sedih pertama berlaku pada hari Rabu, 23 Jun setelah data Markit PMI untuk sektor perkhidmatan di UK bagi bulan Jun dikeluarkan. Hasilnya agak rendah berbanding pada bulan Mei: 61.7 berbanding 62.9. Keadaan bertambah buruk selepas itu: Bank of England bukan saja tidak mengubah parameter bagi program pelonggaran kuantitatif (QE) mereka, malah tidak langsung memberi bayangan adakah parameter ini akan berubah dalam masa terdekat nanti.
    Hanyut dengan kekecewaan, pasangan GBP/USD jatuh ke paras terendah mingguannya pada 1.3870. Setelah berpeluang keluar dari kedudukan itu, pasangan ini mengakhiri minggu pada paras 1.3885, 20 mata lebih tinggi;
  • USD/JPY. Semasa membuat ramalan minggu lalu, majoriti penganalisis (65%) memilih pengukuhan nilai dolar serta pertumbuhan pasangan ini di atas paras 111.00. Pendapat mereka disokong oleh analisis grafik pada H4, serta 85% pengayun dan juga indikator trend pada D1. Ternyata tepat tekaan mereka semua: walaupun pada hakikatnya nilai dolar susut berbanding euro dan pound pada permulaan minggu, nilainya mengukuh jika dibandingkan dengan yen Jepun, mencecah ketinggian 111.00 pada 24 Jun. Memang benar, matawang Jepun gagal untuk mendapatkan tempat di paras itu, dan paras terakhirnya adalah 110.75;
  • Matawang Kripto. Walaupun kesemua matawang berbentuk maya, berita mengenainya adalah agak benar. Mari mulakan dengan rangkuman ringkas.
    Pembangun anti-virus terkenal dengan nama yang sama, “baron kripto” John McAfee telah ditemui mati di dalam sebuah sel penjara di Barcelona. Forbes memetik laporan dari Kementerian Kehakiman Sepanyol, punca kematiannya adalah membunuh diri setelah mahkamah di Sepanyol membuat keputusan untuk mengekstradisi McAfee ke Amerika Syarikat. Antara lain, beliau dituduh dengan penggubahan wang haram, mengelak daripada membayar cukai serta merancang penipuan altcoin di sana. Jabatan Kehakiman AS mendakwa McAfee dan juga rakan kongsi beliau memperoleh lebih daripada $2 juta dalam bentuk matawang kripto.
    Walau bagaimanapun, 2 juta adalah angka yang kecil jika dibandingkan dengan $3.6 bilion yang dicuri dari pelabur mereka oleh pengasas Africypt, Raees dan Ameer Cajee bersaudara dari Afrika Selatan. Jika usia John McAfee sudah mencecah 75 tahun, kedua-dua penipu ini masing-masing berusia 17 dan 20 tahun.
    Menurut Bloomberg, penipuan Cajee bersaudara boleh menjadi penipuan terbesar dalam sejarah pasaran matawang kripto. Setakat ini, jumlah penipuan terbesar telah dibuat oleh pencipta projek QuadrigACX dari Kanada iaitu Gerald Cotten, mengambil $162 juta daripada pelanggan mereka.
    Sudah semestinya, jumlah-jumlah ini sangat besar nilainya. Namun punca utama bagi kerugian yang dialami para pelabur bukanlah hanya disebabkan oleh penipuan, tetapi disebabkan oleh penggubal dasar. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto susut hampir $400 bilion dalam tempoh hanya 10 hari, dari 15 jun sehingga 25 Jun, - dari $1734 bilion kepada $1336 bilion. Malah jumlahnya pernah mencecah $1164 bilion iaitu nilai terendahnya, sama seperti pada Februari 2021. Selain itu, posisi niaga hadapan dengan nilai hampir $900 juta telah dicairkan dalam masa satu hari, pada 23 Jun.
    Bersama-sama kejatuhan pasaran kripto, kadar hash rangkaian BTC juga turut menyusut. Namun, menurut beberapa orang penganalisis, ia mungkin disebabkan oleh penempatan semula pelombong dari China ke lain-lain negara.
    Berita berunsur negatif ini telah mengakibatkan bitcoin susut nilainya di bawah paras psikologi berbahaya iaitu $30,000. Hasilnya, pasangan BTC/USD kembali menduduki paras lima bulan lalu, pada 27 Januari, 2021. Paras terendah mingguannya mencecah $29,240 (susut kira-kira 55% berbanding paras tertinggi pada 14 April).
    Menurut sebilangan penganalisis, penanda aras matawang itu boleh turun ke paras $25,000, tetapi para pembeli telah menyelamatkannya, setelah menunggu masa yang sesuai untuk membeli aset tersebut dengan diskaun yang tinggi. Disebabkan itu, nilainya naik sedikit, dan BTC didagangkan di sekitar $32,000-33,000 setiap coin pada petang Jumaat, 25 Jun.
    Nampaknya dalam situasi seperti itu, bacaan Indeks Fear & Greed Kripto mampu jatuh ke zon Extreme Fear, pada bacaan sifar. Walau bagaimanapun, setelah menunjukkan pengunduran minimum sehingga 22 mata, dengan cepat bacaannya kembali ke kedudukan minggu lalu, ke paras 25 mata.
    Mengikut sebahagian penganalisis, hakikat bahawa kedudukan bitcoin kekal berada di sekitar $30,000 menunjukkan sifatnya yang eksklusif. Tanpanya, nilai altcoin mungkin jatuh merudum.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Jika diingat setelah mesyuarat pada 16 Jun berakhir, unjuran hawkish para eksekutif Rizab Persekutuan telah menghidupkan semula selera pasaran terhadap dolar dengan mendadak. Diinspirasikan oleh kenyataan retorik yang dibuat, para pelabur berpusu-pusu membeli USD walaupun statistik makro di AS menunjukkan kadar yang lemah.
    Disebabkan itu, setelah memulakan minggu 16 Jun pada ketinggian 1.2125 dan turun sebanyak 280 mata ke bawah, pasangan EUR/USD mengakhiri tempoh lima hari dagangan di ketinggian 1.1845 pada hari Jumaat, 18 Jun. Arahnya berubah lagi dan ia bergerak ke atas pada hari Isnin, 21 Jun.
    Apa yang berlaku? Adakah pelabur mengubah fikiran mereka? Atau adakah ia hanya sekadar pembetulan mengikut trend ke bawah?
    Dari suatu sudut, wakil-wakil dari Rizab Persekutuan terus menegaskan bahawa pasaran buruh AS masih belum pulih seperti keadaannya sebelum krisis, justeru, buat masa ini, pengekalan kondisi kewangan yang longgar masih perlu diteruskan. Kenyataan seperti itu, ditambah dengan selera risiko yang bertambah baik di peringkat global serta data ekonomi yang positif di Eurozone seharusnya boleh menolak pasangan EUR/USD ke paras yang lebih tinggi.
    Namun pada sudut yang lain pula, Jerome Powell dan rakan sejawatnya sedar bahawa proses untuk menamatkan program rangsangan (QE) perlu dibincangkan. Mereka juga menunjukkan niat untuk menaikkan kadar faedah lebih awal daripada yang dirancang. Sebaliknya, pihak ECB menyatakan bahawa mereka tidak akan tergesa-gesa untuk mengurangkan jumlah QE. Dan kadar inflasi semasa di Eurozone tidak membimbangkan. Faktor-faktor ini langsung tidak memihak kepada dolar.
    Indikator makroekonomi yang akan dikeluarkan pada minggu depan mungkin akan menunjukkan arah yang lebih ketara. Data pasaran pengguna di Jerman akan dikeluarkan pada hari Selasa dan Khamis, 29 Jun dan 1 Julai, manakala bacaan awal indeks harga pengguna yang akan menunjukkan kadar keseluruhan inflasi di Eurozone akan diketahui pada hari Rabu. Bagi statistik di Amerika Syarikat pula, kita akan mengetahui perubahan kadar indeks aktiviti perniagaan ISM dalam sektor pembuatan di negara tersebut pada 1 Julai. Data pasaran buruh AS akan diketahui pada 30 Jun dan 2 Julai, dan ini termasuklah indikator penting seperti bilangan pekerjaan yang terhasil bukan dalam sektor agrikultur (NFP).
    Dalam pada itu, 60% penganalisis yang disokong oleh 85% pengayun serta indikator trend pada D1 menjangkakan pengukuhan nilai dolar serta penyusutan pasangan ini ke paras terendah yang dicapai pada 18 Jun lalu iaitu 1.1845. Sasaran bear yang berikutnya adalah kedudukan terendah pada 31 Mac, 2021 iaitu 1.1700. Sokongan paling hampir berada pada paras 1.1915 dan 1.1880.
    Baki 40% lagi penganalisis berpihak kepada bull yang cuba untuk mendapatkan semula kedudukannya yang hilang sepanjang bulan lalu. Rintangan utama yang pertama berada di zon antara 1.1985-1.2000, paras seterusnya adalah 100 pip lebih tinggi. Sasaran mereka adalah untuk memperbaharui paras tertinggi pada 25 Mei lalu iaitu 1.2265;
  • GBP/USD. Sebagai peringatan, Perdana Menteri British iaitu Boris Johnson telah menunda selama sebulan untuk membenarkan perniagaan di negara itu berjalan sepenuhnya. Semuanya berpunca daripada peningkatan kes jangkitan strain Delta coronavirus yang pertama kali ditemui di India dan ianya menggandakan risiko untuk dimasukkan ke hospital. Bilangan jangkitan mencecah 20,000 sehari, dan perkara ini memberi tekanan kepada pound. (Walaupun hanya 18 kes maut daripada COVID-19 yang dicatatkan untuk tempoh yang sama. Nisbahnya adalah kurang dari 0.001, satu indikator yang optimistik).
    Hubungan antara London dan Brussels yang semakin tidak stabil setelah Brexit terus memberi tekanan kepada pound. Perkara ini benar-benar berlaku terutama sekali hubungan dagangan antara Ireland Utara dengan negara UK yang lain.
    Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, 50% penganalisis berharap matawang British itu akan menemui kekuatan untuk menguji semula paras 1.4000 dan naik 100 mata lebih tinggi. Rintangan paling hampir berada pada paras 1.3940. Sasaran seterusnya berada pada paras 1.4150 dan 1.4250.
    20% lagi penganalisis menjangkakan kejayaan milik dolar serta penyusutan pasangan ini ke zon di antara 1.3670-1.3700. Baki 30% lagi percaya bahawa pasangan ini akan kekal berada di saluran mendatar antara 1.3800-1.4000.
    Bacaan indikator adalah seperti berikut: 85% pengayun berwarna merah, baki 15% lagi menunjukkan isyarat pasangan ini memiliki lebihan jualan. Indikator trend juga kebanyakannya berada di zon merah. Ianya 100% pada H4 dan 85% pada D1. Analisis grafik menunjukkan julat dagangan seperti berikut: 1.3850-1.4050 pada H4, 1.3770-1.4000 pada D1.
    Bagi perkara yang bakal berlaku pada minggu depan, kami menjangkakan data KDNK di UK akan dikeluarkan pada hari Rabu, 30 Jun, serta ucapan oleh ketua Bank of England iaitu Andrew Bailey pada hari Khamis, 1 Julai;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 Jun - 2 Julai, 20211

  • USD/JPY. Siapa yang akan menang: matawang selamat USD atau syurga matawang JPY? Jika lebih suka, anda boleh bertanyakan soalan sebaliknya: matawang selamat JPY atau syurga matawang USD? 80% pengayun serta 90% indikator trend pada D1 memilih kemenangan adalah milik dolar. Namun, baki 20% pengayun telah memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan belian.
    Analisis grafik percaya bahawa setelah berjaya naik ke paras sokongan di zon antara 109.75-110.00, pasangan ini akan bergerak ke atas, menembusi rintangan pada paras 111.00 dan cuba untuk memperbaharui kedudukan tertinggi pada 24 Mac tahun lalu iaitu 111.70, dan kemudian paras tertinggi pada 20 Februari, 2020 iaitu 112.25.
    Pendapat penganalisis untuk pergerakan pasangan ini pada minggu depan adalah sama, 50 dan 50. Walau bagaimanapun, apabila beralih ke ramalan bulan Julai, 75% berpihak kepada bear, percaya bahawa pasangan USD/JPY mampu untuk turun ke paras di sekitar 108.00-108.55.
    Dari segi statistik makro, Bank of Japan akan mengeluarkan kadar Indeks Tankan bagi Q2 untuk tahun ini pada 1 Julai. Indeks Large Producers ini menggambarkan keadaan perniagaan secara umum bagi syarikat-syarikat besar di negara tersebut yang kebanyakannya berorientasikan eksport. Bacaan di atas sifar adalah positif untuk JPY, manakala bacaan di bawah 0 adalah negatif. Indeks ini diunjur untuk bertumbuh kepada 15, naik daripada 5 pada Q1 2021.
  • Matawang Kripto. Berkemungkinan pertarungan antara bull dan juga bear di sekitar paras $30,000 akan terus berlaku. Sasaran jangka sederhana bear adalah untuk membawa semula pasangan BTC/USD ke paras $20,000, paras tertinggi yang dicapai pada Disember 2017, sebelum pasaran dilanda dengan musim dingin kripto kemudiannya. Kini pasangan itu telah susut kira-kira 55% daripada nilainya dalam tempoh hanya dua bulan. Mungkin, musim dingin yang sedang berlaku sekarang adalah lebih teruk berbanding pada 2018. Seperti yang dinyatakan di atas, para pelabur secara aktif menutup posisi long serta mencairkan transaksi untuk masa depan. Malah ketua-ketua di gergasi kewangan JPMorgan dan juga Goldman Sachs sekali lagi menyatakan bitcoin sebagai satu jenis pelaburan yang tidak diingini.
    Pelabur dan juga pengasas dana lindung nilai Scion Capital, Michael Burry yang telah meramalkan mengenai krisis gadai janji pada tahun 2007 memberi amaran mengenai kejatuhan pasaran matawang kripto kepada para pelanggan beliau. “Semua desas-desus dan juga spekulasi yang ada hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian pedagang runcit sebelum pasarannya jatuh dengan teruk. Parabolik [trend ke atas] tidak akan berlaku. […] Sejarah berulang semula,” jelas Burry. Para pelabur juga maklum dengan masalah pasaran aset digital yang terlalu bergantung pada leveraj, “Jika anda tidak sedar berapa besar kadar leveraj untuk matawang kripto, anda tidak tahu apa-apa mengenai matawang kripto,” beliau menekankan lagi.
    Sebelum ini Burry telah memberi amaran bahawa pasaran telah berkembang menjadi “gelembung terbesar dalam sejarah.” Dalam hantarannya, beliau menggunakan hashtag FlyingPigs360, dan jika mengikut Business Insider, mungkin perkataan itu dipilih sebagai rujukan kepada pepatah mengenai dunia pelaburan: “Bull dapat untung, bear dapat untung, tapi pig disembelih."
    Robert Kiyosaki, pengarang buku paling laris “Rich Dad Poor Dad” yang juga seorang usahawan turut bersetuju dengan Michael Burry. Beliau turut menjangkakan pasaran kripto akan jatuh. “Gelembung paling besar masih mengembang. Keruntuhan pasaran paling besar dalam sejarah dunia semakin hampir. Beli lebih banyak emas dan perak. Jangkakan nilai bitcoin akan turun kepada $24,000,” beliau menulis. (Jika diingat pada tahun 2020, Kiyosaki menasihatkan untuk membeli matawang kripto pertama sehingga nilainya naik kepada $20,000 dan menjangkakan pertumbuhan nilai aset tersebut kepada $50,000).
    Jim Kramer, bekas pengurus dana lindung nilai di Cramer & Co yang juga pengacara rancangan Mad Money untuk CNBC telah menjual kebanyakan bitcoin miliknya setelah berita mengenai penghasilannya diharamkan di China mula tersebar. “Apabila China memulakan sesuatu, mereka cenderung untuk benar-benar menamatkannya. Saya merasakan China melihat bitcoin sebagai ancaman langsung terhadap rejim negara terbabit kerana sifatnya - mereka gagal untuk mengawal sistemnya,” jelas beliau dan turut menyatakan pengurangan kadar penghasilan coin mungkin akan memberi kesan positif terhadap nilai matawang kripto pertama itu, namun ianya tidak berlaku. “Apabila penghasilannya dihadkan, nilainya sudah pasti akan meningkat, melainkan ramai pemiliknya terus membuat jualan.”
    Walau bagaimanapun, seperti biasa, semuanya bukan hanya berpunca daripada jualan di pasaran, malah mereka yang membelinya. Sebagai contoh, tidak seperti Jim Cramer, pengasas Dana Point72 Asset Management iaitu Steve Cohen bertindak sebaliknya, beralih kepada matawang kripto sepenuhnya. Cohen yang dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak $14 bilion berkata beliau tidak kisah tentang harga semasa bitcoin kerana beliau masih baru melabur di dalamnya: “Saya pasti tidak akan ketinggalan lagi sekarang. Saya terlepas peluang sebelum ini, namun saya merasakan penglibatan saya ini masih lagi awal,” jelas hartawan itu.
    Syarikat MicroStrategy juga menambah lebih banyak matawang kripto utama ke dalam rizab mereka, membeli 13,005 coin lagi. Kini firma Michael Saylor memiliki 105,085 BTC, menjadikannya syarikat pelabur terbesar untuk aset digital.
    Syarikat tersebut membuat pembelian itu setelah berjaya mengumpul $500 juta menerusi perletakan sekuriti berkepentingan tinggi. Seperti ciapan Sailor dalam Twitter, coin sebanyak 13,005 itu telah dibeli dengan jumlah kurang daripada $500 juta pada harga $37,617 secara purata. Keseluruhannya, ahli perniagaan itu telah melabur lebih daripada $2.7 bilion dalam bitcoin, dan purata harga pembeliannya adalah $26,080, membolehkan syarikat itu kekal mencatatkan keuntungan sekarang.
    Bagi ramalan, senario yang digambarkan oleh penganalisis popular PlanB dilihat agak menarik. Seperti biasa, penganalisis itu bergantung kepada kadar dalam model stock-to-flow (S2F). PlanB menekankan bahawa corak harga semasa adalah konsisten dengan senario bearish, namun beliau amat yakin bitcoin akan menduduki paras tertingginya pada bulan Oktober nanti. Harganya kemudian akab mencecah $135,000 menjelang akhir tahun.
    “Nilai bitcoin turun di bawah paras $34,000 adalah disebabkan oleh ciapan Elon Musk mengenai ketidakmampanan bitcoin, serta keadaan panik yang berpunca daripada penindasan kerajaan China terhadap para penghasil,” jelas PlanB. “Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi sebab fundamental untuk penurunan pada bulan Jun. Mungkin ia akan berterusan sehingga Julai. Senario terburuk untuk 2021 yang boleh saya berikan (berdasarkan pada analisis blockchain): Ogos> $47,000, September> $43,000, Oktober> $63,000, November> $98,000, Disember> $135,000." Senario paling optimis mengandaikan nilai BTC meningkat kepada $450,000.
    Ramalan purata oleh penganalisis yang diambil kira untuk minggu depan adalah seperti berikut: 70% daripada mereka menjangkakan pasangan BTC/USD akan kembali ke zon $36,000, baki 30% lagi ingin melihat kedudukannya di antara $28,000-29,000.

 


Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami