Julai 12, 2021

Kami tidak bermaksud cara pelaburan lain adalah teruk dan tidak menguntungkan. Apa yang kami ingin bincangkan adalah kaedah dalam membantu anda untuk mendapatkan pulangan berlipat ganda dari pelaburan yang dibuat. Selain itu, pelaburan-pelaburan ini sangatlah mudah dan sesiapun boleh menyertainya.

Apa Maksud Semua Ini dan Apakah Rahsianya?

Kami bercakap mengenai pelaburan di dalam matawang, matawang kripto, saham syarikat gergasi dunia, indeks saham, emas, perak dan minyak mentah. Sekilas pandang, tiada apa yang baru. Anda boleh pergi ke bank dan masukkan wang ke dalam deposit. Anda juga boleh membeli saham. Disamping itu, anda juga boleh menjalankan operasi yang sama, tetapi dengan menggunakan khidmat broker dan mendapat pulangan puluhan, ratusan, malah ribuan kali lebih banyak berbanding dengan pelaburan konvensional.

Bagaimana semua ini boleh berlaku? Adakah ia dikira menipu? Tidak, ia bukan menipu, dan semuanya adalah benar. Rahsianya adalah syarikat-syarikat broker besar menyediakan pinjaman kepada pelanggan mereka - serta-merta, automatik tanpa apa-apa cagaran. Disebabkan itulah para pelanggan mampu melabur dalam jumlah yang lebih besar daripada modal permulaan mereka. Transaksi dengan bantuan kewangan daripada pihak broker seperti itu digelar sebagai transaksi margin atau leveraj dalam bahasa bidang kewangan.

Terdahulu, operasi seperti itu hanya boleh didapati oleh orang-orang penting di Wall Street. Sekarang, disebabkan oleh kemajuan Internet serta pembangunan perisian, jutaan rakyat marhaen di seluruh dunia dapat mengakses dan menggunakannya. Cukup hanya dengan memiliki sebuah komputer atau telefon pintar dan juga sekurang-kurangnya $10 sebagai modal permulaan.

Pelaburan Bijak1

Rahsia Pembahagian Untung

Jadi berapa banyak yang boleh disumbang broker ke dalam modal permulaan anda? Kami akan jawab soalan ini dengan contoh menggunakan broker NordFX.

Begini, untuk pelaburan matawang, leveraj yang digunakan boleh mencecah sehingga 1:1000. Ini bermaksud, dengan hanya $100 sebagai contoh, anda boleh membuat dagangan sehingga $100,000. Dalam situasi ini, pulangan yang diperoleh adalah 1000 kali lebih banyak berbanding dengan pelaburan konvensional. 

Leveraj bagi transaksi emas pula adalah 1:200. Dalam kata lain, mengikut kadar semasa iaitu $1,800 bagi setiap auns, anda hanya perlukan $290 dan bukannya $58,000 untuk membuat pelaburan ke atas 1 kilogram emas.

Anda tidak akan mendapat jumlah emas itu dalam bentuk fizikal. Namun pelaburan ini akan dibuat di dalam akaun anda, jika nilainya bertambah, anda akan menerima untung yang sama dengan kadar pulangan jika ianya disimpan di dalam bank atau di bawah tilam anda. Proses yang sama berlaku pada aset kewangan yang lain. Katakanlah anda mempunyai 10 tan minyak mentah, mengapa perlu mencari tempat menyimpan jika anda boleh kreditkan jumlah itu ke dalam akaun sendiri. Setuju atau tidak?

Anda juga tidak perlukan modal yang besar untuk melabur dalam saham. Jumlah pelaburan paling minimum adalah sebanyak 1 saham. Katakanlah nilai semasa saham Amazon.com Inc. adalah sebanyak $3,700, satu jumlah yang besar, dan nilai saham Hewlett Packard pula hanyalah $30, manakala nilai saham Form Motor Company adalah lebih rendah, kira-kira $15. Walaupun bermodalkan $100, dengan leveraj sebanyak 1:5, anda boleh menghasilkan portfolio pelaburan yang baik. Terutama sekali apabila anda memiliki pilihan sekuriti yang meluas di NordFX: saham hampir 70 buah syarikat dengan jenama terkenal di dunia, termasuklah Apple, Ferrari, IBM, Visa, Google, JP Morgan Chase, Coca-Cola, Mastercard, McDonalds, Microsoft, Twitter, UBER, eBay, Alibaba, Netflix, Deutsche Bank, dan banyak lagi. Selain itu, “portfolio” sedia ada seperti indeks saham juga boleh anda gunakan - Dow Jones, Standard & Poor 500, DAX 30, Nikkei 225, dll, dan leveraj ke atasnya adalah sebanyak 1:10.

Tiba masanya untuk matawang kripto. Anda boleh melabur dalam pelbagai cara untuk pilihan aset ini. Anda boleh membeli bitcoin di bursa dengan nilai $35,000. Itulah nilainya pada hari ini. Anda hanya perlu belanjakan $150 untuk jumlah minimum. Itulah jumlah yang anda perlukan dan akan direkodkan ke dalam akaun NordFX sendiri untuk membeli 1 bitcoin. Secara keseluruhan, broker ini membenarkan anda membuat transaksi terhadap 11 matawang kripto utama, dan kesemuanya tergolong dalam keadaan sama yang amat menguntungkan. Justeru, cukup hanya $15 yang diperlukan untuk berdagang ethereum, EOS - $0.3, manakala kos pelaburan bagi 1 ripple hanya memerlukan 2 sen Amerika.


Untung yang Besar, Risiko yang Biasa

Semua yang disebut di atas indah belaka bunyinya. Namun kadang kala keajaiban benar-benar terjadi. Terutama sekali dalam dunia kewangan. Jika tidak, dari mana datangnya jutawan dan hartawan yang baru? Walau bagaimanapun, secara jujurnya - jika kadar pulangan bagi pelaburan anda yang berjaya naik dengan mendadak, kadar kelajuan yang sama juga akan berlaku jika anda mengalami kerugian. Namun di NordFX, jumlah kerugian yang dialami tidak akan melebihi jumlah modal anda.

Maknanya, jika anda melabur sebanyak $150 dalam bitcoin sekarang, dan nilai sebenarnya bertambah di antara $35,000 hingga $65,000 pada hujung tahun nanti, pulangan yang akan diterima adalah sebanyak $30,000. Jika harga matawang kripto utama ini jatuh, paling banyak anda akan rugi hanyalah $150. Tidak akan lebih daripada itu.

Benar, ia adalah satu nisbah untung-risiko yang sangat baik. Walau bagaimanapun, keputusan di tangan anda. Anda juga perlu memilih tempoh pelaburannya. Sebagai contoh, jika anda masukkan wang di bank sebagai deposit, kebiasaannya anda akan menentukan tempoh pelaburan tersebut: satu bulan, enam bulan atau setahun. Apabila bekerja dengan broker, anda boleh memilih untuk menamatkan pelaburan anda pada bila-bila masa. Anda membeli saham, kemudian berubah fikiran, menjualnya dan kemudian memindahkan wang tersebut ke dalam emas, contohnya. Atau terus mengeluarkannya. Anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa - sama ada untuk beberapa saat ataupun untuk beberapa tahun.

Pelaburan Bijak2

Pelabur Aktif, Pelabur Pasif

Segalanya amat jelas tentang pelaburan aktif: anda perlu membuat penilaian risiko sendiri dan membuat keputusan tentang di mana, apakah jumlahnya serta berapa lamakah wang anda akan dilaburkan. Namun jika anda tiada pengalaman yang cukup dan mendapati sukar untuk membuat keputusan seperti itu, para penganalisis di NordFX ada menawarkan tiga pilihan pelaburan pasif seperti berikut untuk anda.

Akaun PAMM (singkatan untuk Percent Allocation Management Module) adalah satu cara mudah, ringkas, klasik dan memang terbukti untuk mendapatkan pulangan. Namun begitu sebahagian daripada keuntungan akan diberi kepada sesiapa yang bekerja untuk anda. Anda berperanan sebagai seorang pelabur, memilih seorang atau lebih pengurus PAMM yang telah dinilai oleh NordFX serta mendapat kepercayaan anda untuk menjalankan transaksi di dalam pasaran kewangan menggunakan wang anda.

2. Copy Trading adalah satu lagi cara untuk mendapatkan untung walaupun anda tidak memiliki sebarang pengalaman berdagang. Seperti Servis PAMM, anda akan menerima maklumat statistik penuh bukan daripada Pengurus PAMM, tetapi daripada Penyedia Signal yang anda pilih. Perbezaan antara kedua-duanya ialah dana pelaburan untuk servis PAMM akan dikreditkan ke dalam akaun dagangan yang diguna oleh pengurus, manakala untuk Copy Trading, dana tersebut kekal dengan anda, dalam akaun sendiri yang diguna untuk menyalin dagangan Penyedia Isyarat secara automatik.

3. Satu lagi pilihan yang ada ialah Akaun Savings NordFX. Akaun ini melambangkan keunikan akaun serba boleh yang dibangunkan sendiri oleh penganalisis syarikat, berdasarkan pada teknologi DeFi, dan ia bukan saja boleh mendapatkan pulangan pasif tahunan sehingga 30%, malah turut menambah kadar keuntungan menerusi operasi bebas di pasaran kewangan dengan mendapatkan pinjaman dagangan dari broker hanya pada kadar 3%. Tambahan pula, pulangan pelaburan akan dikreditkan ke dalam akaun anda setiap hari, dan bukan semasa berakhirnya satu-satu tempoh masa.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami