Ogos 19, 2021

Pada pertengahan Ogos lalu, syarikat broker NordFX menerima pengiktirafan pertamanya untuk tahun ini. Para penganalisis daripada salah sebuah organisasi penganugerahan perniagaan dan portal kewangan ternama, World Forex Award (WFA) telah menamakan NordFX sebagai Broker Paling Telus-2021.

Broker NordFX Meraih Broker Paling  Telus-20211 

Penganugerahan ini amat bermakna terutama sekali kerana ketelusan menjadi salah satu faktor utama bagi para pelabur, pedagang serta rakan kongsi menilai kebolehpercayaan sesuatu syarikat itu, sama seperti prestasi kewangan, teknologi, risiko, dan lain-lain.

Sebelum keputusan tersebut dicapai, penganalisis di WFA membuat penilaian sama ada maklumat yang disediakan syarikat kepada pihak-pihak berkepentingan adalah bersifat terbuka, lengkap serta tepat, dan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami seperti yang diperlukan dalam membuat keputusan objektif. Peranan ini amat penting kerana pada hakikatnya NordFX tidak pernah sekalipun menerima tuntutan daripada mana-mana pihak penggubal dasar kerajaan selama 13 tahun ia beroperasi di pasaran kewangan, dan isu yang kadang kala timbul daripada pelanggan telah diselesaikan secara terbuka, dan jika perlu, penglibatan penganalisis bebas diperlukan untuk menyelesaikannya.

Sedia maklum bahawa polisi perniagaan NordFX memfokuskan kepada tiga bidang utama dalam ketelusannya: maklumat yang terbuka, jelas dan tepat. Semua ini termasuklah untuk dokumen yang mentadbir hubungan para pelanggan serta rakan kongsi, dan juga penerangan berkenaan terma dagangan, termasuklah kelajuan pelaksanaan order, spread dan komisen yang dikenakan apabila menjalankan transaksi serta semasa membuat deposit/mengeluarkan dana.

Juga tidak ketinggalan adalah promosi yang dijalankan oleh NordFX. Contoh terbaru adalah cabutan super pada tahun ini, juara dalam kalangan pedagang yang akan memenangi undian itu akan membawa pulang wang tunai USD100,000. Mana-mana pelanggan syarikat boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah itu, dan mereka boleh menyemak ketepatan tiket cabutan yang terakru secara terus di laman web syarikat, manakala cabutan diadakan secara online, memberi kemungkinan sesiapa saja boleh mengetahui cabutan hadiah di Internet.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami