September 2, 2021

Dagangan CFD di pasaran saham memberi peluang terbaik untuk mendapatkan untung secara online. Lebih-lebih lagi, tidak seperti pelabur, seorang pedagang itu bukan hanya mendapat pulangan apabila nilai saham milik mereka bertambah, tetapi juga semasa nilainya jatuh. Walau bagaimanapun, penilaian menyeluruh terhadap keadaan semasa dan juga prospek setiap satu-satu syarikat itu diperlukan untuk berjaya dalam dagangan saham: laporan ekonomi serta indikator berteknologi, pasaran jualan dan juga persaingan, serta bermacam-macam lagi faktor. Namun terdapat satu lagi kelompok instrumen berasaskan CFD yang boleh pedagang sertai tanpa perlu mengetahui kesemua penyata kewangan mereka atau melakukan audit secara besar-besaran ke atas setiap syarikat. Kelompok ini adalah indeks saham.

Indeks yang Boleh Diguna oleh Pedagang NordFX

Secara ringkasnya, indeks saham adalah sebuah indikator komposit terhadap perubahan nilai dalam sekumpulan sekuriti yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu dan/atau didagangkan pada sesebuah bursa saham. Justeru, cabaran utama seseorang pedagang itu dalam kes ini adalah untuk mengetahui trend semasa pergerakan ekonomi bagi sesebuah negara mahupun industri dan membuka posisi pada arah tersebut.

Syarikat broker NordFX menawarkan bermacam indeks saham sebagai instrumen dagangan. Sebagai contoh, S&P500 (US500.c) adalah sebuah indeks yang mengandungi saham 500 syarikat terbesar di AS dan didagangkan di bursa saham negara itu. Satu lagi indeks yang terkenal, Dow Jones 30 (DJ30.c) pula adalah saham bagi 30 syarikat cip biru: syarikat dari pelbagai sektor ekonomi di AS yang memiliki nilai modal pasaran keseluruhan melebihi $1 trilion.

Indeks S&P500 dan juga Dow Jones adalah antara yang terkenal dan popular. Namun terdapat satu lagi instrumen dagangan bursa di terminal NordFX yang tidak kurang hebatnya, malah pulangan lebih besar mampu diraih pedagang pada masa-masa tertentu. Sebagai contoh, indeks Nikkei 225.

Apakah Indeks Saham dan Bagaimana Ia Berguna Untuk Pedagang CFD.1

225 - Yang Terbaik di Kalangan 3500 Terbaik

Indeks Nikkei 225 (JP225) adalah antara indeks saham paling penting (jika bukan yang paling penting) di Jepun. Pengiraannya adalah purata aritmetik ringkas ke atas saham 225 syarikat terbesar paling popular dan didagangkan secara aktif di Seksyen Pertama Bursa Saham Tokyo. Ini bermakna, untuk mendapatkan nilai indeks tersebut, harga semasa saham syarikat-syarikat tersebut akan ditambah dan kemudian dibahagikan dengan 225. Justeru, jika nilai JP225 adalah sebanyak 28,500, ini bermaksud jika anda ingin membeli sesaham bagi setiap syarikat-syarikat di dalamnya, modal yang anda perlukan adalah sebanyak ¥6,412,500 (¥225 × 28,500).

Kekurangan paling ketara dalam kaedah pengiraan ini adalah saham yang berharga ¥10,000 adalah 5 kali lebih tinggi wajarannya berbanding saham yang berharga, katakanlah ¥2,000, ini bermakna syarikat-syarikat kecil memiliki wajaran yang lebih besar tanpa sebarang sebab. Sebagai contoh, kadar wajaran paling tinggi (6.95% pada Februari, 2017) adalah milik Fast Retailing Co. Ltd., sebuah syarikat yang tidak begitu dikenali di luar Jepun.

Tibalah masanya untuk menjelaskan apa itu Seksyen Pertama. Kesemua syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Tokyo, terdapat lebih daripada 3500 syarikat semuanya, dibahagikan kepada tiga kategori. Seksyen Pertama terdiri daripada syarikat-syarikat dengan nilai modal tertinggi, kira-kira 65% kesemuanya. Seksyen Kedua adalah syarikat-syarikat biasa. Akhir sekali, Seksyen Ketiga adalah yang paling kecil dan dikhususkan untuk syarikat-syarikat dengan pertumbuhan paling pesat di pasaran. Bergantung kepada keadaan sesuatu syarikat itu, adalah menjadi kebiasaan untuk syarikat bergerak dari satu seksyen ke seksyen yang lain.

Penyenaraian di Bursa Saham Tokyo dibuat setelus mungkin, dengan permintaan ketat yang sering kali bertambah oleh mereka yang ingin menyertai Nikkei 225 yang berprestij dan dihargai. Syarikat-syarikat yang berada di dalamnya dipantau dengan ketat. Sila maklum bahawa indeks ini mengandungi saham syarikat daripada 35 sektor ekonomi berbeza, ia memberi para pedagang serta pelabur gambaran mengenai trend global yang sedang berlaku pada ekonomi negara berkenaan. Senarai syarikat-syarikat yang ada dalam Nikkei 225 biasanya akan disemak semula pada bulan Oktober, sekurang-kurangnya sekali setahun. Nilai pada indeks ini berubah setiap 15 saat semasa didagangkan di bursa.

Indeks Nikkei 225 terdiri daripada “gergasi” industri serta jenama terkenal dunia seperti Hitachi, Mitsubishi, Sony, Honda, Fujitsu, Toshiba, Bridgestone, Casio, Nomura, Citizen, Nissan, Panasonic, Toyota, Nikon, Kodak, Canon, dan banyak lagi yang memiliki jumlah modal pasaran melebihi $5 trilion. Perkara ini tidak mengejutkan kerana ekonomi di Jepun berada pada kedudukan ketiga dunia di belakang AS dan China, manakala Bursa Saham Tokyo pula menduduki tangga ketiga dari segi jumlah modal pasaran untuk aset yang didagangkan selepas Bursa Saham New York AS (NYSE) dan NASDAQ. 

Sedikit Mengenai Sejarahnya

Sekarang mungkin adalah masa yang sesuai untuk bercerita serba sedikit tentang sejarah institusi ini yang memainkan peranan penting terhadap ekonomi global, serta asal usul indeks Nikkei 225 itu sendiri.

Bursa Saham Tokyo telah ditubuhkan pada kurun ke-19, menjadi institusi kewangan pertama di Jepun. Judul yang menjadi tanda tanya pada artikel ini adalah satu fakta, iaitu pada tahun 1878 ketika dagangan baru dibuka di bursa Jepun, pedagang yang hadir harus mengenakan pakaian kebangsaan mereka, kimono.

Bagi Nikkei 225 (JP255) pula, indeks ini diterbitkan pertama kalinya pada 7 September, 1950, dengan nama TSE Adjusted Stock Price Average. Sejak tahun 1970, hak ke atas indeks tersebut dimiliki oleh Nihon Keizai Shimbun, syarikat akhbar Jepun. Nikkei adalah berasal daripada nama akhbar berkenaan - singkatan untuk “Nihon Keizai”. Nihon bermaksud Jepun, manakala Keizai pula bermaksud kewangan, ekonomi.

Apa yang menariknya, ia bukanlah satu-satunya indikator ekonomi penting yang diwujudkan atau dikawal oleh pihak media. Cukuplah dengan melihat pada Dow Jones Industrial Average, seperti beberapa indeks yang lain, ia dihasilkan oleh individu yang menjadi pengasas kepada Dow Jones & Company dan juga editor di Wall Street Journal, Charles Dow. Namun kami akan jelaskan dengan lebih terperinci mengenai salah satu indeks saham yang paling popular dan terkenal di peringkat global dalam artikel berasingan.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami