September 7, 2021

Apa yang paling penting bagi sesebuah broker? Adakah wang? Bukan. Adakah komputer dan perisian yang diguna? Bukan juga. Paling penting bagi mereka adalah para pelanggannya, kepercayaan yang diletakkan, serta kepuasan mereka terhadap tahap perkhidmatan yang diterima. Justeru, anugerah yang diterima broker daripada persatuan-persatuan pedagang adalah berdasarkan nilai tertentu. Itulah sebenarnya yang dibawa oleh anugerah dari Forex Traders Association yang mengiktiraf Khidmat Bantuan NordFX sebagai yang terbaik untuk tahun 2021.

Forex Traders Association Mengiktiraf Khidmat Bantuan NordFX sebagai Perkhidmatan Terbaik 20211 

Forex Traders Association (FTA) adalah sebuah organisasi akar umbi yang mempunyai 89 affiliate di Amerika, Eropah dan juga Asia. Ahli-ahli FTA mewakili semua individu yang bekerja dalam industri perkhidmatan kewangan merentasi pelbagai jenis model perniagaan. FTA mendidik para ahlinya tentang isu-isu berkenaan struktur pasaran disamping menjadi wakil berkepentingan dalam bidang undang-undang, dasar, dan perkara lain yang berkaitan dengan industri. Acara yang dianjur FTA dapat memberi informasi mengenai trend industri serta menyediakan peluang unik bagi membentuk jaringan dalam kalangan ahli-ahlinya, dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan serta produktiviti karier masing-masing. FTA amat komited untuk mempromosikan keadaan muhibah dan memupuk integriti dengan standard yang tinggi mengikut prinsip-prinsip asasnya, dictum meum pactum, kata-kata adalah janji kami.

Sejak tahun 2017, ahli-ahli persatuan ini telah membuat penilaian ke atas pelbagai institusi kewangan dalam bermacam-macam kategori. Untuk tahun ini, 2021, NordFX telah memenangi salah satu kategori yang agak penting iaitu Khidmat Bantuan.

Khidmat bantuan boleh disamakan seperti muka hadapan sesuatu syarikat kerana perkhidmatan inilah yang sering digunakan oleh pedagang, untuk menangani isu yang mendesak seperti membuka akaun, spesifikasi dagangan dan pelabur, kaedah bayaran dan juga perkongsian. Amat penting bantuan itu diberikan segera dan dapat menyelesaikan. Bagi syarikat besar bertaraf antarabangsa seperti NordFX, ia juga perlu dalam pelbagai bahasa.

Selama beberapa tahun, pedagang dari hampir 190 buah negara telah membuka akaun mereka bersama NordFX, dan penting bagi mereka untuk dapat berkomunikasi dengan wakil syarikat dalam bahasa yang mereka fahami. Anda boleh bertanyakan soalan dan menerima jawapan dalam 12 jenis bahasa paling popular dan paling meluas penggunaannya. Semua ini boleh dilakukan menggunakan beberapa kaedah: telefon, emel, sembang online, forum dan juga media sosial, pilih saja mana yang sesuai. Mengikut jaminan para pegawai Khidmat Bantuan, mereka bukan sahaja berbesar hati untuk menjawab persoalan anda, malah menerima kritikan dan juga ucapan tahniah. Apapun, penting untuk tidak hanya berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai, tetapi tetap maju ke hadapan.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami