Oktober 15, 2021

Set alatan dagangan yang NordFX tawarkan pada para pelanggan mereka adalah senjata menyeluruh bagi seorang pedagang untuk menggunakan strategi paling efektif dan memenangi pertempuran “sengit” dalam bidang kewangan, membuat serangan pantas atau mula bergelut dalam posisi yang panjang. 33 pasang mata wang dan juga 11 pasang mata wang kripto, saham untuk hampir 70 syarikat terkemuka, 6 indeks saham utama, logam berharga dan minyak mentah: jumlah “senjata” yang ada ini adalah lebih daripada mencukupi buat kebanyakan pedagang untuk melancarkan serangan aktif di barisan hadapan. Namun, seseorang itu mungkin merasakan dirinya kekurangan “peluru” secara tiba-tiba pada suatu tahap, dan pasangan sintetik ke atas mata wang dan mata wang kripto akan dapat membantu.

Major, Minor, Cross, Eksotik dan Sintetik

Mengikut statistik, bahagian terbesar dalam pasaran (lebih daripada 80%) adalah milik pasangan mata wang yang mengandungi sebut harga dolar AS. Pada masa sama, jumlah dagangan utama yang dikategorikan sebagai pasangan major salah satunya mengandungi USD, manakala pasangannya pula adalah mata wang yang memiliki kecairan paling tinggi, termasuklah EUR, JPY, GBP dan CHF. Mata wang NZD, AUD dan CAD juga tergolong dalam kumpulan itu, walaupun kadar kecairannya sedikit rendah. Pasangan major dan paling popular dalam pasaran Forex adalah EUR/USD, diikuti dengan USD/JPY, dan GBP/USD di tempat ketiga.

Pasangan USD/CNH (dolar berbanding yuan, mata wang rasmi China) berada agak jauh ketinggalan. Masih belum menjadi kelaziman untuk menggelarnya sebagai pasangan major. Namun disebabkan oleh pertumbuhan pesat ekonomi dan juga jumlah dagangan di China, mata wang yuan mungkin boleh dianggap sebagai salah satu mata wang major.

Selain pasangan major, pasangan minor juga agak popular dan banyak bilangannya. Pasangan ini mengandungi semua jenis kombinasi pasangan mata wang major yang disenaraikan di atas, tanpa USD. Para pedagang juga menggunakan nama seperti pasangan cross atau kadar cross untuk mata wang minor. Jelas bahawa jumlahnya lebih banyak berbanding pasangan major. Kami berikan sedikit contoh. Antaranya termasuklah, EUR/GBP, EUR/CAD, AUD/JPY, CAD/CHF dan GBP/NZD.

Selepas pasangan major dan minor, ia diikuti pula dengan pasangan yang dikenali sebagai eksotik. Ia tidak begitu popular dikalangan pedagang, mengandungi mata wang dolar dan salah satu mata wang lain seperti kronor Norway dan Sweden (USD/NOK dan USD/SEK), dolar Singapura (USD/SGD) atau rand Afrika Selatan (USD/ZAR).

Akhir sekali, penutup kepada rating pasangan Forex dikenali sebagai pasangan sintetik. Agak sukar untuk menyenaraikan kesemuanya, kerana ia bukan saja eksotik, malah super eksotik. Jika dibandingkan dengan sektor pelancongan, anda boleh mengambil  contoh melancong ke Antartika sebagai pelancongan eksotik. Bagaimana pula dengan “belayar” ke Marikh, apakah kategorinya?

Makna yang biasa digunakan bagi instrumen ini adalah seperti berikut: “Pasangan mata wang sintetik adalah satu pasangan bebas yang dihasilkan oleh pedagang dengan membuka dua posisi berbeza pada pasangan yang lain.” Ini bermaksud, tujuan penghasilannya dizahirkan sepenuhnya oleh pedagang, tiada mana-mana broker yang mampu menjangkakannya.

Jenis-Jenis Pasangan Mata Wang dan Mata Wang Kripto. Penghasilan serta Penggunaan Pasangan Sintetik dan Pasangan Cross Sendiri.1

Bagaimana untuk Menghasilkan Pasangan Mata Wang Sintetik Klasik

Secara umum, ianya sangat mudah, dan pasangan yang dihasilkan para pedagang hampir sama dengan pasangan mata wang yang ditawarkan oleh broker. Perbezaan yang ada hanyalah apabila berdagang pasangan sintetik, bukan satu, tetapi dua transaksi akan dibuat secara serentak. Sebagai contoh, jika anda mahu membuka posisi long terhadap pasangan EUR/NOK (euro kepada kroner Norway), tetapi broker tidak menawarkannya. Apa yang harus anda lakukan?

Anda mengambil dua pasangan: pasangan major EUR/USD dan juga pasangan eksotik USD/NOK. Dengan membuat order belian pada pasangan pertama, kita membeli EUR dengan USD. Kita juga membuat order belian ke atas pasangan kedua, namun kita sudah pun membeli USD dan menjual NOK. Justeru, dengan membuka posisi long terhadap kedua-dua pasangan dengan jumlah yang sama, kita mengecualikan penyertaan dolar kerana ianya sudah dijual dalam satu transaksi dan membeli mata wang lain yang satu lagi. Sekarang, kita dapat membeli euro dengan kroner Norway.

Jika anda melihatnya, tiada apa yang sukar. Namun ia menimbulkan satu lagi persoalan: Mengapa kita mahukannya? Ia terpulang kepada anda. Satu perkara yang perlu diambil kira adalah saiz spread kedua-dua pasangan. Terdapat juga kemungkinan kaedah ini akan mengurangkan keberkesanan dagangan intra, pipsing atau scalping. Namun menggunakan strategi ini untuk jangka masa sederhana dan panjang dilihat agak menarik. Walau bagaimanapun, kita tidak harus lupakan tentang operasi seperti swap: pengakruan atau pengeluaran jumlah tertentu oleh broker untuk pemindahan posisi yang dibuka pada keesokan harinya. Jika swap berakhir dengan nilai positif, ia memberi kelebihan kepada anda, dan menambah satu lagi sumber keuntungan. Nilai negatif pula akan menghabiskan sebahagian daripada deposit anda.

Pasangan Sintetik Bukan Klasik: Saham, Indeks, Minyak Mentah, Emas dan Mata Wang Kripto

Kami dengan sengaja tidak meletakkan perkataan “mata wang” di sini. Ini kerana pasangan sintetik seperti itu bukan saja boleh mengandungi mata wang, tetapi juga instrumen kewangan lain seperti minyak mentah, logam berharga, indeks saham, atau mata wang kripto.

Banyak kelebihan dan juga faedah yang diberikan oleh syarikat broker NordFX. Salah satu daripadanya adalah kebolehan untuk membuat dagangan ke atas pelbagai aset dalam akaun yang sama serta dengan menggunakan terminal yang sama. Dalam hal ini, mengambil contoh ke atas selera risiko di pasaran yang dijangka akan menurun, anda boleh membeli mata wang selamat seperti yen Jepun dan menggandingkannya dengan jualan indeks saham pada S&P 500.

Satu lagi contoh adalah pasangan silang mata wang kripto. Buat masa ini kebanyakan penganalisis mengatakan kadar ethereum akan mengatasi bitcoin pada suatu hari nanti. Jadi mengapa tidak kita gandingkan pasangan sintetik ETH/BTC?

Melihat pada pasaran kripto yang mendapat sekatan kerajaan China, terdapat satu lagi pasangan yang agak menarik: BTC/CNH. Siapa yang akan menang nanti? Bagaimana pula dengan emas dan saham Amazon? Minyak mentah dan saham General Electric? Secara keseluruhan, terdapat pelbagai pilihan yang ada. Mengikut perkiraan kami terdapat hampir 10,000 pasangan yang boleh digandingkan di NordFX. Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, hanya anda sendiri yang boleh menentukan mana satu akan digunakan (atau anda ingin menggunakan semuanya).


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami