Disember 2, 2021

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan November 2021. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat perkongsian IB juga turut dinilai.

Keputusan untuk November 2021: Sekali Lagi Pound British Menjadi  

  • Pedagang terbaik pada penghujung bulan lalu adalah seorang pedagang dari India, pemilik akaun No. 1596XXX yang telah memperoleh pulangan sebanyak USD 207,329. Keuntungan kukuh seperti itu telah diperoleh menerusi transaksi ke atas pelbagai jenis pasangan mata wang, terutama sekali pound British: GBP/USD dan GBP/JPY. Instrumen dagangan lain yang dimilikinya termasuklah EUR/NZD, EUR/AUD, dan AUD/JPY.
  • Pelanggan dari Vietnam, pemilik akaun No. 1416XXX berada di tempat terakhir dalam kedudukan 3 TERATAS untuk bulan Oktober dengan perolehan sebanyak USD 37,116. Sebulan kemudian, pada bulan November, beliau memperbaiki hasil dagangannya sebanyak empat kali ganda, dan menduduki tempat kedua podium dengan pulangan sebanyak USD 153,572.
  • Tempat ketiga milik seorang pedagang dari India, pemilik akaun No. 1560XXX yang memperoleh keuntungan berjumlah USD 56, 254 menerusi transaksi ke atas pasangan GBP/USD.

Untuk khidmat pelaburan pasif:

  • Terdapat dua isyarat dalam CopyTrading yang mendapat perhatian ramai: USD Trading serta GFS_FX. USD Trading telah menunjukkan pertumbuhan sebanyak 408% dalam tempoh 43 hari penghasilannya. 100% transaksi telah dijalankan terhadap pasangan GBP/USD, pasangan yang menjadi kegemaran ramai pedagang. Keputusan terbaik dalam tempoh sesingkat itu pastinya akan menarik minat ramai pelabur. Walau bagaimanapun, kadar pengunduran sebanyak 47% yang ditunjukkannya bererti ia perlu digunakan secara berhati-hati.

Isyarat kedua, GFS_FX dilihat agak kurang agresif. Ia telah wujud lebih kurang enam bulan lalu (196 hari) dan telah membawa pulangan sebanyak 135% sepanjang tempoh berkenaan. Kebanyakan transaksinya (lebih daripada 70%) juga berkait dengan pound British: antaranya adalah pasangan GBP/USD, GBP/AUD, dan GBP/JPY. Pengunduran maksimumnya adalah kira-kira 34%, jadi kepada mereka yang ingin melanggan, anda juga perlu berhati-hat.

Jangka hayat isyarat-isyarat ini agak pendek dan ia dikira dalam bulan. Namun, sudah pasti terdapat isyarat yang telah lama wujud dalam khidmat CopyTrading. Contohnya, isyarat MF989923. Usianya adalah kira-kira 7 tahun, dan disebabkan itu, ia telah menunjukkan pertumbuhan sebanyak 515%. Isyarat ini telah beberapa kali mengalami pengunduran yang agak serius sepanjang tempoh itu, sehingga mencecah 66%. Namun, ia sudah lama berlalu dan kali terakhir ia berlaku adalah pada Mac 2020. Sejak itu dagangannya menjadi kurang agresif dan pulangan yang diberi agak rendah.

  • Dalam servis PAMM, kami sudah berikan pengurus dengan nama gelaran KennyFxPro. Mereka telah menambah modal dalam akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA sebanyak 56% dalam masa 10 bulan dengan kadar pengunduran yang sederhana, kurang daripada 16%.

Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • tempat pertama masih kekal milik rakan kongsi dari Vietnam, pemegang akaun No. 1258XXX yang memperoleh komisen berjumlah USD 8,447 untuk bulan November;
  • tempat kedua, sedikit kurang jumlahnya, juga wakil dari Vietnam, pemilik akaun No. 1371XXX dengan pulangan sebanyak USD 7,225;
  • dan akhir sekali, di tempat ketiga podium jatuh kepada rakan kongsi dari India, pemilik akaun No. 1504XXX yang menerima komisen sebanyak USD 6,523.

***

Mengakhiri keputusan bulan lalu, perlu diingatkan bahawa terdapat satu lagi peluang hebat untuk para pedagang mendapatkan wang. NordFX telah mengadakan Cabutan Bertuah Super untuk para pelanggan mereka pada tahun ini, dan hadiah wang kemenangan dengan jumlah antara $500 dan $20,000 akan dicabut sebulan lagi, iaitu pada 3 Januari.

Begitu mudah untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah ini bagi merebut peluang memenangi salah satu atau lebih hadiah yang ditawarkan. Segala butir-butir mengenainya boleh didapati di laman web NordFX.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit. 


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami