Februari 2, 2022

Keputusan untuk Januari 2022: Pendahulu Abaikan Dagangan ke atas EUR/USD1 

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan pertama dalam tahun 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat perkongsian IB juga turut dinilai.

Keuntungan maksimum untuk bulan Januari telah diperoleh seorang pelanggan dari Vietnam, pemilik akaun No.1467xxx yang mendapat pulangan sebanyak USD 49,180. Keputusan terbaik ini diperoleh menerusi transaksi ke atas emas (XAU/USD).

Tempat kedua dalam senarai pedagang paling berjaya bulan lalu menjadi milik seorang pelanggan dari China, pemilik akaun No. 1589XXX yang memperoleh sebanyak USD 39,151 ke atas transaksi pound British (GBP/AUD, GBP/USD, GBP/JPY) dan juga pasangan seperti EUR/NZD, EUR/AUD, AUD/JPY.

Tempat ketiga podium untuk bulan Januari menjadi milik seorang lagi wakil dari Vietnam (pemilik akaun No. 1605XXX) dengan hasil sebanyak USD 36,880, juga diperoleh menerusi operasi ke atas emas (XAU/USD).

Untuk khidmat pelaburan pasif NordFX:

  • CopyTrading masih lagi menerima bekalan secara aktif daripada pengeluar isyarat dengan nama gelaran KennyFxPro. Isyarat dengan nama kompleks KennyFXPRO - Journey of $205 to $5,000 telah menunjukkan kadar keuntungan sebanyak 138% sejak Mac 2021 dan penyusutan maksimum sebanyak 67%. Isyarat kedua mereka, KennyFXPRO - Prismo 2K yang dimulakan dua minggu kemudian memiliki kadar untung sebanyak 55% dengan penyusutan sebanyak 37%. Kedua-duanya membuat dagangan menggunakan pasangan NZD/CAD, AUD/CAD dan AUD/NZD.

Kami juga maklum dengan isyarat Hada pada kali ini yang menunjukkan nilai keuntungan sebanyak 53% dalam masa hanya 70 hari dari tarikh ia dihasilkan dengan kadar penyusutan sebanyak 21%.

Tempoh jangka hayat isyarat-isyarat yang disebut di atas adalah pendek, kurang daripada setahun. Ditambah lagi dengan kadar penyusutan maksimum yang agak serius, bolehlah mereka dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Namun, sudah pastinya, terdapat isyarat CopyTrading yang sudah lama ada. Sebagai contoh, isyarat MF989923. Ia telah wujud hampir 7 tahun, dan telah menunjukkan kadar pertumbuhan sebanyak 517% sepanjang tempoh tersebut. Sila maklum bahawa isyarat ini juga pernah beberapa kali mengalami penyusutan yang agak teruk, mencecah 66%. Memang benar, sudah agak lama kali terakhir ia berlaku, hampir dua tahun yang lalu: pada Mac 2020. Namun dagangan mula kurang agresif dan tidak begitu menguntungkan sejak itu.

  • Untuk servis PAMM, kami perlu menyebut pengurus dengan nama gelaran KennyFXPRO sekali lagi. Mereka berjaya menambah nilai modal sebanyak 67% dalam akaun KennyFXPro-the Multi 3000 EA tepat pada 1 tahun lalu dengan penyusutan sederhana iaitu kurang dari 16%.

Dalam kalangan akaun PAMM, akaun TranquilityFX - The Genesis v3 juga menarik perhatian kami. Ia digunakan sejak 303 hari lalu dan telah memberi pulangan sebanyak 47% sepanjang tempoh tersebut dengan penyusutan sebanyak 16%. NKFX - Ninja 136 agak sama dengan dua akaun sebelum ini. Jangka hayatnya baru saja melebihi 200 hari, kadar pertumbuhan sebanyak 36%, penyusutan maksimum adalah kurang daripada 15%.

Perlu diingat dalam kebanyakan kes, para pedagang serta penyedia isyarat dan juga pengurus PAMM telah mengabaikan pasangan popular seperti EUR/USD dalam dagangan mereka, membuat transaksi sama ada ke atas emas (XAU/USD), atau dengan pasangan GBP/CAD, GBP/JPY, NZD/CAD, AUD/CAD dan AUD/NZD.

Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • komisen terbesar berjumlah USD 7,716 telah berjaya dikumpul dalam bulan Januari oleh seorang rakan kongsi dari China, pemilik akaun No. 1336xxx;
  • seterusnya seorang rakan kongsi dari India, pemilik akaun No.1593xxx yang memperoleh sebanyak USD 5,256;
  • dan, akhir sekali, seorang rakan kongsi dari Vietnam, pemilik akaun No. 1371ХХХ yang mendapat ganjaran sebanyak USD 3,913 mengakhiri tiga tempat teratas.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami