Februari 9, 2022

Program Affiliate serta Rangkaian Dagangan Sosial NordFX Diiktiraf yang Terbaik untuk Tahun 20211 

Jawatankuasa Penganalisis di Forex-Awards.com menganugerahkan Program Affiliate serta Rangkaian Dagangan Sosial oleh syarikat broker NordFX sebagai yang terbaik pada akhir tahun 2021.

Jawatankuasa Penganalisis di Forex-Awards.com adalah satu pasukan unik yang terdiri daripada profesional-profesional dan beribu pejabat di Hong Kong. Berdasarkan kepada pandangan dan pendapat oleh penganalisis bebas serta komuniti dagangan, Jawatankuasa Penganalisis memberi penghormatan kepada solusi dan inovasi paling luarbiasa untuk hampir 30 pencalonan serta menganugerahkan peserta pasaran yang memperoleh keputusan dan kejayaan cemerlang dalam industri Forex. Kemenangan meyakinkan telah dirangkul oleh syarikat broker NordFX dalam dua kategori untuk tahun 2021.

Kejayaan dalam memenangi pencalonan Program Affiliate Terbaik adalah disebabkan oleh Program Perkongsian Fleksibel pelbagai peringkat NordFX yang menawarkan bayaran sehingga 70% daripada nilai spread serta CPA paling canggih sehingga $700 kepada rakan kongsi IB mereka. Penilaian setiap bulan menunjukkan pulangan yang diperoleh oleh rakan kongsi IB yang menduduki tempat 3 TERATAS adalah berjumlah $351,853 pada tahun 2021. Secara purata, pulangan yang diterima adalah sebanyak $9,773 sebulan untuk setiap orang.

Secara keseluruhan, lebih daripada $30,000,000 telah dibayar kepada semua rakan kongsi IB syarikat berkenaan sepanjang program ini berjalan. Dalam masa yang sama, anda perlu tahu bahawa keuntungan yang diperoleh daripada IB boleh dikeluarkan serta-merta tanpa sebarang halangan.

Rangkaian Dagangan Sosial NordFX menawarkan kelebihan unik kepada pedagang baru dan juga pelabur pasif. Dengan menggunakan servis Copy Trading serta PAMM, mereka berpeluang untuk mendapat pulangan walaupun tanpa sebarang pengalaman berdagang dan juga tidak menghabiskan banyak masa. Pedagang berpengalaman boleh mendapatkan pulangan yang lebih banyak dengan menawarkan perkhidmatan sebagai penyedia isyarat ataupun pengurus akaun.

Disamping itu, kejayaan merangkul anugerah Rangkaian Dagangan Sosial Terbaik juga telah dibantu dengan maklumat serta pembelajaran meluas dalam pelbagai bahasa yang disediakan oleh NordFX di media-mediia sosial terkenal serta ratusan sumber khusus Internet, forum dan blog.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami