Mac 1, 2022

Cabutan Bertuah Super Terbaru NordFX: 202 Hadiah untuk Tahun 20221 

Syarikat broker NordFX akan melancarkan cabutan bertuah super terbaru mereka pada 1 Mac, dengan 200 hadiah wang tunai sebanyak USD 250, 500 dan 1,250 untuk dimenangi, serta 2 hadiah utama bernilai USD 10,000 setiap satu. Jumlah keseluruhan wang kemenangan adalah sebanyak USD 100,000.

Tidak seperti persaingan antara pedagang, kelebihan mutlak cabutan bertuah NordFX ini adalah peserta tidak perlu menunjukkan keputusan terbaik dalam pasaran kewangan. Pedagang baru dan berpengalaman mempunyai peluang yang sama banyaknya untuk memenangi hadiah.

Satu lagi kelebihannya ialah pemenang cabutan bertuah ini akan menerima wang sebenar dan bukannya hadiah berbentuk bonus, jadi, jika perlu, mereka boleh menggunakannya sama ada untuk berdagang lebih banyak ataupun mengeluarkannya tanpa sebarang sekatan.

Cabutan bertuah seperti ini telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2021 dan ia suatu kejayaan yang besar: lebih daripada 20 ribu tiket menyertainya. Undian dijalankan secara online menggunakan bekas undian elektronik, dan sesiapa saja boleh mengikutinya. Kini, setelah setahun berlalu, syarikat broker NordFX telah membuat keputusan untuk mengadakan cabutan bertuah yang baru. Slogan yang digunakan adalah Lebih Banyak Hadiah, Lebih Ramai Pemenang. Hadiah sebanyak 202 akan diundi dalam tiga peringkat untuk tahun 2022: 140 hadiah bernilai $250, 40 hadiah bernilai $500, 20 hadiah bernilai $1,250 dan 2 hadiah utama bernilai $10,000. Undian akan dibuat pada 4 Julai, 6 Oktober, 2022, dan 4 Januari, 2023.

Mudah untuk menyertai cabutan bertuah ini bagi mendapatkan peluang memenangi salah satu atau lebih hadiah-hadiah yang disebutkan tadi. Cukup dengan memiliki akaun Pro bersama NordFX (bagi mereka yang belum ada - daftar dan buka akaun baru), tambahkan $200 ke dalamnya dan… berdagang seperti biasa.

Dengan mendapatkan keuntungan dagangan sebanyak 2 lot saja untuk pasangan mata wang Forex atau emas (4 lot untuk perak), pedagang akan menerima satu tiket cabutan bertuah maya secara automatik. Jumlah tiket cabutan bertuah seperti itu adalah tidak terhad untuk setiap peserta. Lebih banyak deposit yang dibuat atau lebih banyak keuntungan yang diperoleh, lebih banyak tiket cabutan bertuah yang akan anda terima, dan lebih besar peluang anda untuk menjadi pemenang. (Jika anda lihat pada statistik cabutan tahun lalu, anda akan dapat lihat peserta yang paling aktif berdagang boleh memenangi dua, malah tiga hadiah).

Untuk butiran lebih lanjut, sila lawati laman web NordFX di https://ms.nordfx.com/promo/super-lottery-second-draw.html. Anda boleh menjadi salah seorang peserta dalam Cabutan Bertuah Super 2022 dan mula mendapatkan tiket sekarang juga.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami