Mac 2, 2022

Keputusan untuk Februari 2022: Bitcoin dan Emas Menjadi Pilihan Para Pedagang NordFX1

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan tentang prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Februari 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

Kedudukan pertama untuk pedagang paling berjaya diungguli seorang pelanggan dari Asia Tenggara, pemilik akaun No. 1416XXX yang memperoleh pulangan sebanyak USD 82,636 untuk transaksi yang kebanyakannya dibuat bersama-sama dengan bitcoin (BTC/USD), indeks S&P500 dan Dow Jones, serta minyak mentah.

Tempat kedua adalah milik pemegang akaun No. 1602XXX. Pedagang ini memperoleh USD 22,046 sepanjang bulan lalu, dan keuntungan tersebut adalah hasil operasi terhadap bitcoin (BTC/USD), emas (XAU/USD) dan juga perak (XAG/USD).

Seorang lagi pedagang dari Asia yang menduduki tempat ketiga podium (pemegang akaun No. 1617XXX) juga menggunakan pasangan XAU/USD sebagai instrumen dagangan. Keuntungan yang diperoleh adalah sebanyak USD 18,059 untuk bulan Februari.

Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • Penyedia isyarat dengan nama gelaran KennyFxPro masih lagi aktif dalam CopyTrading. Isyarat dengan nama yang rumit iaitu KennyFXPRO - Journey of $205 to $5,000 telah menunjukkan kadar keuntungan sebanyak 149% sejak Mac 2021 dengan penyusutan maksimum sebanyak 67%. Seperti sebelum ini, hampir kesemua dagangannya dibuat menggunakan pasangan NZD/CAD, AUD/CAD dan AUD/NZD. Pasangan terkenal seperti EUR/USD hanya membentuk 0.27% daripada portfolionya.

Antara isyarat yang baru dihasilkan termasuklah NVT Capital (untung 3.88% dan susut 41%) dan Thuytien1707 (untung 25% dan susut kurang daripada 10%). Kedua-dua isyarat ini baru dihasilkan selama 14 hari. Jangka hayat pendek seperti itu menambah lagi faktor risiko kepada mereka yang ingin melanggan.

  • Untuk servis PAMM, kami sekali lagi mensasarkan pengurus dengan nama gelaran KennyFxPro. Mereka telah menambah modal dalam akaun KennyFXPro-the Multi 3000 EA sebanyak 73% dalam tempoh 400 hari dengan penyusutan yang agak sederhana iaitu kurang daripada 16%. Disamping itu, para pelabur bolehlah memberi perhatian kepada akaun TranquilityFX-The Genesis v3 yang menunjukkan kadar pertumbuhan sebanyak 52% dalam tempoh 330 hari dengan penyusutan sebanyak 16%, serta NKFX-Ninja 136 yang memperoleh pulangan sebanyak 40% sejak 11 Jun, 2021 dengan kadar susut kira-kira 15%. Apa yang menarik, pasangan EUR/USD juga tidak dijadikan sebagai instrumen dagangan di sini. Majoriti transaksi dibuat ke atas pasangan NZD/CAD, AUD/CAD dan AUD/NZD.

Dalam kalangan perkongsian IB NordFX, terdapat juga wakil dari Asia Tengah dan Asia Tenggara dalam 3 TEMPAT TERATAS:

  • komisen paling banyak, USD 10,498 telah dikreditkan ke dalam akaun rakan kongsi yang memiliki akaun No.1593ХXХ;
  • seterusnya adalah rakan kongsi (pemilik akaun No. 1371ХХХ) yang memperoleh USD 9,410;
  • dan akhir sekali, rakan kongsi dengan akaun No. 1336xxx yang memperoleh ganjaran sebanyak USD 5,789 menduduki tempat ketiga.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami