Mei 2, 2022

Keputusan Bulan April: Pulangan Pedagang 3 TERATAS NordFX Melebihi USD230,0001 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan tentang prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan April 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

Keuntungan tertinggi bulan ini menjadi milik seorang pelanggan dari Asia Tenggara, pemilik akaun No.1620XXX yang menerima UDS146,396 hasil daripada dagangan emas (XAU/USD).

Tempat kedua podium diduduki pedagang dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1621XXX dengan untung sebanyak USD64,004, semuanya adalah hasil transaksi ke atas pound British (GBP/USD).

Tempat ketiga adalah milik pemegang akaun No. 1619XXX . Setelah memilih emas (XAU/USD), Perak (XAG/USD) dan Euro (EUR/USD) sebagai instrumen dagangan, mereka menerima untung sebanyak USD21,184.

Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • Penyedia isyarat dengan nama gelaran KennyFxPro masih lagi aktif dalam CopyTrading. Isyarat dengan nama rumit KennyFXPRO - Journey of $205 to $5,000 telah menunjukkan kadar keuntungan sebanyak 225% sejak Mac 2021 dengan penurunan maksimum sebanyak 67%. Seperti sebelum ini, hampir kesemua dagangannya dibuat menggunakan pasangan NZD/CAD, AUD/CAD dan AUD/NZD. Pasangan terkenal seperti EUR/USD hanya terdapat 0.19% dalam pegangannya. Satu lagi isyarat oleh penyedia yang sama, KennyFXPRO-Prismo 2K dilancarkan dua bulan lebih lewat daripada isyarat yang pertama. Kadar keuntungannya adalah rendah, 128%, tetapi kadar penurunannya juga adalah rendah, kira-kira 45%.

Dalam kalangan orang baru, kami sedia maklum dengan isyarat Darto Capital yang menunjukkan hasil sebanyak 197% dalam masa hanya 17 hari dengan penurunan maksimum sebanyak 25%. Sudah pasti hasil yang ditunjukkan ini sangat menakjubkan. Namun, ini adalah kaedah dagangan yang agak agresif, justeru mereka yang melanggan seharusnya mengambil langkah berhati-hati dan tidak melupakan tentang pengurusan risiko.

  • 3 tempat TERATAS untuk servis PAMM tidak banyak berubah sejak bulan lalu. Tempat pertama masih lagi menjadi milik pengurus dengan nama gelaran yang sama iaitu KennyFXPRO. Mereka telah menambah jumlah modal dalam akaun KennyFXPro-the Multi 3000 EA sebanyak 100% dalam masa 462 hari dengan penurunan sederhana kurang daripada 21%. Akaun TranquilityFX-The Genesis v3 yang menunjukkan keuntungan sebanyak 72% dalam masa 393 hari dengan penurunan hampir sama kurang 21%, serta akaun NKFX-Ninja 136 yang telah menjana keuntungan sebanyak 60% sejak 11 Jun, 2021, dengan penurunan kira-kira 21% juga adalah antara mereka yang menduduki tempat teratas. Bagi CopyTrading, majoriti dagangan dibuat menggunakan pasangan NZD/CAD, AUD/CAD dan AUD/NZD.

Akaun The Ultimate.Duo-Safe Haven yang agak baru dilancarkan, pada akhir bulan Februari, menarik perhatian kami. Sejak dilancarkan, ia tidaklah memberi pulangan yang besar iaitu 17%, tetapi penurunan maksimumnya tidak melebihi 20%.

Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • komisen terbesar, USD4,683 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1582ХXХ;
  • tempat kedua adalah milik rakan senegaranya, pemilik akaun No.1565XXX yang menerima USD4,529;
  • dan akhir sekali, seorang rakan kongsi dari Asia Timur, pemilik akaun No.1336XXX yang menerima pulangan sebanyak $4,031, berada di tempat ketiga.

***

Menyimpulkan keputusan untuk bulan ini, harus diingatkan bahawa para pedagang telah mendapat peluang yang hebat sekali lagi untuk memperoleh pulangan tambahan. Satu lagi cabutan bertuah super untuk para pelanggan NordFX telah dilancarkan pada tahun ini. Terdapat 200 hadiah tunai terdiri daripada USD250, USD500 dan juga USD1,250, serta 2 hadiah super bernilai USD10,000 setiap satu. Hadiah terkumpul berjumlah USD100,000.

Begitu mudah untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah ini serta memenangi satu atau lebih daripada hadiah yang ditawarkan. Butiran lanjut boleh didapati di laman web NordFX.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami