Mei 30, 2022

NordFX Diiktiraf

NordFX telah menerima lebih daripada 60 anugerah dan pengiktirafan profesional sepanjang 14 tahun penglibatannya dalam pasaran kewangan. Namun, baru sekarang ini, khidmat pelanggan berkualiti tinggi yang diberi oleh negara-negara di Amerika Latin telah menerima pengiktirafan buat pertama kalinya: menurut penganalisis bebas serta syarikat analisis International Business Magazine, NordFX telah dinobatkan sebagai “Broker Pelaksana Terbaik LATAM 2022".

International Business Magazine adalah sebuah syarikat penerbitan dengan lebih 50,000 orang pelanggan yang tergolong daripada para pelabur, kakitangan bertaraf eksekutif, pihak-pihak berkepentingan, penggubal dasar serta birokrat kerajaan. Laman web syarikat penerbitan ini menerima 4.2 juta kunjungan setahun dan 350k kunjungan unik secara purata setiap bulan. International Business Magazine membuat liputan terhadap pelbagai topik-topik penting dan relevan di serata dunia dalam bidang “Perniagaan dan Pasaran Baru”, “Perbankan”, “Kewangan”, “Teknologi”, melaporkan berita-berita terkini dan mempromosikan penyelesaian dengan inovasi terbaru dalam industri secara aktif.

Anugerah International Business Magazine direka untuk menonjolkan bakat-bakat terbaik yang merentas industri dan negara. “Ia adalah simbol penghargaan untuk pencapaian terbaik dalam kelasnya serta inovasi terkemuka,” para eksekutif majalah itu berkata dalam perutusan tahniah yang dihantar. “Ia boleh dijadikan sebagai inspirasi buat pemain-pemain industri di masa hadapan untuk mengatasi penanda aras yang telah ditetapkan oleh pemenang anugerah ini. Pengiktirafan anugerah ini mengingatkan kita kepada ciri khas dalam Kualiti Antarabangsa yang dimilikinya serta mengesahkan lagi status syarikat dan barisan kepimpinannya sebagai penyedia perkhidmatan atau pembangun penyelesaian masalah yang diakui. Kami percaya syarikat broker berprestasi tinggi seperti NordFX layak dinobatkan dengan anugerah ‘Broker Pelaksana Terbaik Latin America 2022.”


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami