Jun 2, 2022

Keputusan Bulan Mei: Nilai Bitcoin dan Emas Susut, Pedagang NordFX Meraih Untung1 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan mengenai transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Mei 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

Mengikut keputusan bulan ini, tempat pertama diterajui oleh seorang pedagang dari Asia Tenggara, pemilik akaun No. 1467XXX yang mendapat pulangan berjumlah USD 29,196. Keputusan memberangsangkan ini diperoleh terutama sekali menerusi dagangan ke atas emas (XAU/USD) dan euro (EUR/USD).

Tempat kedua podium dengan keuntungan sebanyak USD 20,946 dimiliki oleh rakan senegaranya, pemilik akaun No. 1570XXX  yang menunjukkan cara membuat duit semasa pasaran jatuh. Pulangan yang diperoleh adalah hasil daripada bitcoin (BTC/USD) yang susut sebanyak 30% dalam bulan Mei, serta emas (XAU/USD), juga mengalami penyusutan pada dua minggu pertama bulan yang sama.

Tempat ketiga menjadi milik pedagang dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1621XXX yang memperoleh USD 18,355 pada bulan Mei untuk transaksi terhadap pound British (GBP/USD). Sila maklum bahawa pedagang ini berada di kedudukan kedua bagi 3 TEMPAT TERATAS untuk bulan April. Pada waktu itu, beliau telah meraih 3.5 kali lebih banyak untuk pasangan mata wang yang sama: USD 64,004.

Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • isyarat “pemula” mendapat perhatian untuk CopyTrading pada bulan Mei. Kami telah bincangkan isyarat pertama pada bulan lalu, iaitu isyarat Darto Capital. Ia memberikan hasil sebanyak 1,596% dalam tempoh hanya 48 hari sejak kemunculannya, jumlah untuk bulan Mei saja adalah 461% dengan penyusutan maksimum sebanyak 25%. Instrumen dagangan utamanya adalah pasangan Forex klasik iaitu EUR/USD (87% daripada transaksi) dan GBP/USD (11%).

PPFx13k menduduki tempat kedua dalam kalangan isyarat baru. Ia mula beroperasi sejak 21 April, 2022, dan telah memberi pulangan sebanyak 607% dalam tempoh 40 hari, namun begitu penyusutan yang dialaminya agak teruk iaitu 65%. Kebanyakan dagangan yang dibuat adalah pada pasangan GBP/USD (46%) dan GBP/JPY (38%). Akhir sekali, isyarat ketiga dari kelompok ini ialah JumboTPC$$. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 107% dalam masa hanya 15 hari ia mula beroperasi, dengan penyusutan maksimum sebanyak 31%. Instrumen dan volum dagangan yang digunakan, GBP/USD (36%) serta GBP/JPY(40%) memberi bayangan bahawa isyarat ini dihasilkan oleh sumber yang sama iaitu ppfx13K.

Keputusan daripada ketiga-tiga isyarat ini sudah pasti amat memberangsangkan. Namun, anda perlu fahami bahawa hasil yang dicapai adalah menerusi dagangan agresif. Justeru, mereka yang melanggan isyarat-isyarat ini haruslah berhati-hati dan tidak leka dengan pengurusan risiko.

Bagi isyarat veteran, KennyFXPRO - Journey of $205 to $5,000, ia menunjukkan pulangan sebanyak 308% sejak bulan Mac 2021 dengan penyusutan maksimum kira-kira 67%. Dalam masa yang sama, penyedia isyarat ini dan beberapa lagi isyarat lain dengan “jenama” KennyFxPro rupa-rupanya juga sudah tidak asing bagi isyarat “pemula”. Isyarat KennyFxPro  The Cannon Ball muncul dalam servis CopyTrading pada 61 hari yang lalu. Gaya dagangannya tidak begitu agresif, kadar untung adalah sederhana: kira-kira 16%, tetapi kadar penyusutan adalah kurang daripada 6%. Pasangan kegemaran masih lagi sama: AUD/NZD (38%), NZD/CAD (32%) and AUD/CAD (30%).

  • Untuk servis PAMM, kedudukan 3 TEMPAT TERATAS, atau lebih kepada 4 TEMPAT TERATAS, masih tidak berubah sepanjang bulan lalu. Tempat pertama masih lagi menjadi milik pengurus dengan nama gelaran KennyFXPRO. Mereka telah menambah modal pada akaun KennyFXPro-the Multi 3000 EA sebanyak 105% dalam masa 492 hari dengan kadar penyusutan yang agak sederhana iaitu kurang daripada 21%. Akaun TranquilityFX-The Genesis v3 yang menunjukkan pulangan sebanyak 78% dalam masa 424 hari dan penyusutan maksimum yang sama iaitu kurang daripada 21%, serta NKFX-Ninja 136 yang menjana pendapatan sebanyak 66% sejak 11 Jun, 2021 dengan kadar penyusutan sama kira-kira 21% juga berada dalam kelompok 3 teratas.

Satu lagi akaun yang kami berikan perhatian pada sebulan lalu, Ultimate.Duo-Safe Haven secara relatifnya adalah baru dihasilkan: pada hujung Februari. Ia tidak memberi pulangan yang paling besar pada kali ini: kira-kira 19%, tetapi penyusutan maksimumnya tidak lebih daripada 20%.

Dalam kalangan perkongsian IB NordFX, kedudukan 3 TEMPAT TERATAS adalah seperti berikut:

  • komisen paling banyak untuk bulan ini telah berjaya dikumpul oleh seorang rakan kongsi dari Asia Tenggara, pemilik akaun No.1371XXX berjumlah USD 7,011;
  • tempat kedua adalah milik rakan kongsi dari Asia Timur, pemilik akaun No. 1336XXX yang menerima USD 6,827;
  • dan rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1565XXX yang meraih USD 6,612 untuk bulan Mei berada di tempat ketiga.


Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami