Julai 2, 2022

EUR/USD: Dolar Mendapat Kekuatan Semula

  • Pasangan EUR/USD bergerak dalam saluran mendatar di antara 1.0500-1.0600 sepanjang seminggu setengah lalu. Walau bagaimanapun, jelas menunjukkan bahawa tiada pelabur mahupun spekulator yang mahukan keadaan tenang seperti itu. Namun, sedikit pencetus diperlukan untuk menghentikannya.

    Mesyuarat negara-negara G7 serta sidang kemuncak NATO yang berlangsung sebelum ini tidak memberikan sebarang kenyataan yang meyakinkan. Pada kedua-dua majlis itu, keinginan untuk terus membantu Ukraine yang berhadapan dengan serangan ketenteraan Rusia ada disebut-sebut, dan blok NATO telah diganti oleh dua negara ahli yang baru, Sweden dan Finland. Hasil daripada kedua-duanya tidak cukup memberi kesan untuk mempengaruhi sebut harga dolar dan euro.

    Pencetus kepada pengukuhan nilai dolar yang memaksa pasangan EUR/USD untuk turun ke bawah pada hari Selasa, 28 Jun dan menembusi had paling rendah salurannya itu pada keesokan harinya adalah permintaan terhadap aset terlindung yang semakin bertambah walaupun dengan kebimbangan terhadap prospek ekonomi dunia. Dengan mengambil kira mengenai hakikat bahawa mata wang Amerika telah dianggap sebagai aset terlindung baru-baru ini, keadaan telah memihak kepadanya.

    Bercakap dalam forum tahunan Bank Negara Kesatuan Eropah di Sintra, Portugal, Presiden ECB iaitu Christine Lagarde berkata “unjuran bagi kadar inflasi di Eurozone adalah lebih tinggi daripada sebelum ini”, sehinggakan “kita tidak mungkin akan merasai kadar inflasi yang rendah dalam masa terdekat”, dan pihak penggubal dasar “akan mengambil langkah yang perlu bagi mengurangkan kadar inflasi yang disasarkan iaitu 2%”. Christine Lagarde mengesahkan bahawa pihak ECB ingin menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 0.25% pada mesyuarat yang akan berlangsung pada 21 Julai nanti bagi mencapai matlamat ini. Walau bagaimanapun, menurut peserta pasaran, langkah sederhana seperti itu mungkin tidak akan memberi sebarang kesan yang serius. Mesyuarat bank itu yang seterusnya hanya akan diadakan pada musim bunga nanti, pada 8 September. Maka, berkemungkinan besar, kadar inflasi akan terus naik sepanjang tempoh itu.

    Ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS iaitu Jerome Powell yang turut serta dalam forum ECB sebagai rakan sejawat dan juga tetamu kehormat memberikan kenyataan dalam nada berbeza daripada Christine Lagarde. Penggubal dasar Amerika itu memberi jaminan kepada para hadirin bahawa ekonomi di AS berada dalam keadaan baik untuk menghadapi pengetatan polisi kewangan yang aktif yang akan dilaksanakan oleh jabatan di bawah seliaan beliau.

    Perbezaan antara polisi kewangan berhati-hati ECB dengan polisi hawkish Rizab Persekutuan sering ditafsir oleh pasaran untuk berpihak kepada dolar. Perkara yang sama juga berlaku kali ini, maka kedudukan pasangan EUR/USD terus jatuh.

    Mata wang Eropah menerima sedikit bantuan oleh data makro dari AS yang lemah pada petang 30 Jun. Pendorong bagi kenaikan sementara pasangan ini adalah data kadar KDNK yang dikeluarkan rupa-rupanya lebih rendah berbanding jangkaan, susut sebanyak 1.6% berbanding 1.5% yang diunjur. Disamping itu, statistik menunjukkan kebantutan kadar pertumbuhan ekonomi daripada 5.5% kepada 3.5%. Data perbelanjaan asas bagi penggunaan peribadi di Amerika Syarikat juga tidak menepati jangkaan. Data bagi permohonan untuk manfaat pengangguran di Amerika Syarikat dilihat lebih teruk berbanding jangkaan. Jumlah permohonan awal seharusnya turun daripada 233K kepada 218K. Walau bagaimanapun, jumlahnya hanya turun kepada 231 ribu. Situasi sama yang berlaku kepada permohonan semula, hanya turun daripada 1.331K kepada 1.328K.

    Namun, kesemua faktor-faktor negatif di atas tadi hanya memberi sokongan sementara kepada mata wang Eropah. Memperbaiki keuntungan suku tahunan terhadap dolar tidak banyak membantu, dan ia melancarkan serangan semula pada hari Jumaat. Pengeluaran data kadar inflasi di Eurozone yang bertambah daripada 8.1% kepada 8.6% hanya mempercepatkan lagi jumlah pelabur yang lari meninggalkan aset berisiko. Akibatnya, kedudukan terendah mingguan bagi pasangan ini adalah pada paras 1.0364 dan mengakhiri tempoh lima hari pada paras 1.0425.

    Pendapat para penganalisis semasa ulasan ini dibuat, pada petang 1 Julai adalah seperti berikut: 35% memihak kepada bull, 50% - memihak bear, dan 15% lagi berpendirian neutral. Dalam kalangan pengayun pada D1, 75% adalah berwarna merah, 10% berwarna hijau, dan 15% lagi menunjukkan warna kelabu neutral. 100% indikator trend adalah berwarna merah. Rintangan terdekat berada di zon 1.0470-1.0500, kemudian diikuti dengan zon 1.0600-1.0615, jika berjaya bull akan cuba untuk naik ke zon di antara 1.0750-1.0770, sasaran berikutnya ialah 1.0800. Selain daripada paras 1.0400, tugas utama bear adalah untuk menembusi zon sokongan di antara 1.0350-1.0364 yang terbentuk daripada paras terendah pada 13 Mei dan 1 Julai. Jika berjaya, ia akan melonjak ke paras terendah tahun 2017 iaitu 1.0340, di bawah paras itu hanyalah paras sokongan daripada 20 tahun yang lalu  serta sasaran yang dinanti-nantikan, kesetaraan 1:1.

    Untuk minggu hadapan, 4 Julai adalah hari cuti umum di AS: negara itu menyambut Hari Kemerdekaan. Statistik jualan runcit di Eurozone akan diketahui pada hari Rabu, 8 Julai. Kadar indeks ISM untuk aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan di AS serta minit mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) untuk bulan Jun yang akan dikeluarkan pada hari sama juga perlu diberi perhatian. Minit mesyuarat ECB yang sama dan juga laporan ADP untuk kadar pekerjaan dalam sektor swasta dan bukan pertanian di AS serta jumlah permohonan awal bagi manfaat pengangguran akan dikeluarkan pada hari Khamis, 7 Julai. Sebahagian lagi data dari pasaran buruh AS akan diketahui pada hari Jumaat, 8 Julai, dan ini termasuklah indikator penting seperti kadar pengangguran serta bilangan pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur (NFP).

GBP/USD: Persamaan dan Perbezaan dengan EUR/USD

  • Pasangan GBP/USD menunjukkan dinamik yang sama dengan EUR/USD pada minggu lalu. Punca kepada turun dan naik sebut harganya juga agak sama. Justeru, tidak masuk akal untuk menyenaraikan semuanya sekali lagi. Pasangan ini bergerak dalam saluran mendatar yang sempit antara 1.2165-1.2325 sepanjang seminggu setengah, dan kemudian turun pada 28 Jun. Paras sokongan 1.2100 yang berjaya ditembusi menambah lagi tekanan bearish, dan ia merekodkan paras terendah dalam masa dua minggu iaitu 1.1975. Ia diikuti dengan pembetulan ke atas, dan pasangan ini mengakhiri pergerakannya pada paras 1.2095;

    Walaupun pada hakikatnya reaksi euro dan pound terhadap dolar agak sama, masih terdapat perkara yang membezakannya. Situasi ekonomi di Eurozone agak rumit disebabkan oleh kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber tenaga semulajadi Rusia yang kini agak terhad bekalannya akibat sekatan yang dikenakan ke atas Rusia kerana menyerang Ukraine. Situasi itu kembali pulih sedikit demi sedikit: semua mengetahui bahawa Amerika Syarikat telah memintas bekalan gas ke Eropah dari Rusia buat pertama kalinya pada bulan Jun. Walau bagaimanapun, penyelesaian muktamad untuk masalah sumber tenaga ini masih jauh lagi perjalanannya.

    Tidak seperti di EU, kebergantungan UK terhadap sumber tenaga Rusia adalah agak kecil. Namun, pengukuhan nilai mata wang British terhalang akibat situasi politik yang tidak stabil. Perdana Menteri Boris Johnson sudah pun terselamat daripada undi tidak percaya pada Jun lalu, dengan beberapa orang menteri daripada Parti Konservatif beliau sendiri mengundi menentangnya. Disamping itu, selepas berakhirnya pilihanraya kecil tersebut, parti itu kehilangan dua kerusi dalam Parlimen UK. Masalah yang berkaitan dengan Brexit menambah lagi kebimbangan. Nilai pound British berhadapan tekanan lain setelah ahli-ahli parlimen meluluskan undang-undang yang membenarkan para menteri membatalkan sebahagian daripada protokol Ireland Utara.

    Bagi situasi ekonomi di negara itu, menurut sebilangan penganalisis, kadar inflasi di United Kingdom akan terus naik dan mungkin melebihi 11% menjelang bulan November.

    Buat masa ini, 60% penganalisis percaya bahawa pasangan GBP/USD akan cuba untuk menguji paras sokongan 1.1975 dan 1.1932 secara konsisten tidak lama lagi. 40% pula berfikiran sebaliknya, menunggu paras rintangan 1.2100 untuk ditembusi dan terus naik ke atas. Dalam kalangan indikator trend pada D1, nisbah kekuatan yang memihak kepada warna merah adalah 100:0%. Dalam kalangan pengayun, kelebihan yang dimiliki bear adalah kurang sedikit: 75% menunjukkan penurunan, baki 25% lagi menjangkakan pergerakan mendatar. Sokongan kukuh berada pada paras 1.1200, diikuti dengan paras terendah 1 Julai lalu iaitu 1.1975 dan juga 14 Jun iaitu 1.1932. Sasaran jangka masa pendek bear mungkin adalah paras terendah yang dicapai pada Mac 2020 iaitu 1.1409. Jika pertumbuhan kadar berlaku, pasangan ini akan berhadapan dengan rintangan di zon dan juga paras 1.2100, 1.2160-1.2175, 1.2200-1.2235, 1.2300-1.2325, 1.2400-1.2430, 1.2460, kemudian diikuti dengan paras sasaran di sekitar 1.2500 dan 1.2600.

    Untuk kalendar makroekonomi di UK, kami menasihati anda untuk memberi tumpuan pada hari Selasa, 5 Julai, apabila ketua Bank of England iaitu Andrew Bailey dijangka akan memberikan ucapan beliau. Kadar indeks PMI komposit serta indeks aktiviti perniagaan di UK dalam sektor perkhidmatan akan dikeluarkan pada hari yang sama, manakala kadar indeks aktiviti perniagaan dalam sektor pembinaan di negara ini adalah pada keesokan harinya.

USD/JPY: Hanya Mengambil Masa atau Trend Berubah?

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 04 - 08 Julai, 20221

  • Pasangan USD/JPY sekali lagi mencapai paras tertinggi yang baru dalam tempoh 24 tahun, naik ke ketinggian 136.99 pada hari Rabu, 29 Jun. Walau bagaimanapun, perbezaan daripada paras tertinggi sebelum ini yang dicapai pada 22 Jun adalah kurang daripada 30 mata, dan carta untuk dua minggu sudahpun kelihatan lebih kepada saluran mendatar berbanding trend ke atas. Mungkin bull menjadi semakin lemah, dan mereka perlu berehat sekurang-kurangnya.

    Mungkin akhirnya, impian yang dinanti-nanti para pengimport dan suri rumah di Jepun telah menjadi kenyataan, yen akan membuat serangan, dan mendapatkan semula status sebagai mata wang selamat paling popular? Mungkin. Namun tiada jaminan mengenainya. Perbezaan antara polisi kewangan Bank Negara Jepun yang sangat longgar dan polisi kewangan Rizab Persekutuan AS yang bersifat sangat hawkish adalah terlalu besar.

    Kebanyakan penganalisis (50%) masih menjangkakan pasangan ini akan bergerak ke bawah sekurang-kurangan ke zon di antara 129.50-131.00. 30% lagi penganalisis bersetuju dengan hakikat bahawa pasangan ini akan cuba sekali lagi untuk memperbaharui paras maksimumnya dan naik melebihi paras 137.00, manakala 20% pula percaya bahawa pasangan ini akan mengambil masanya, bergerak dalam saluran mendatar di antara 134.50-137.00. Bagi indikator pada D1, gambarannya adalah berbeza daripada pendapat para penganalisis. Bagi pengayun, 65% adalah berwarna hijau (10% daripadanya berada di zon lebihan belian), dan baki 35% lagi mengambil pendirian neutral. Untuk indikator trend, 65% juga menunjukkan pertumbuhan, dan hanya 35% menunjukkan penurunan. Sokongan terdekat berada di antara 134.50-134.75, diikuti dengan zon dan paras 134.00, 133.50, 133.00, 132.30, 131.50, 129.70-130.30, 128.60 dan 128.00. Selain daripada mengatasi paras rintangan terdekat di antara 136.00-136.35 dan naik ke paras 137.00, agak sukar untuk menentukan sasaran bull yang seterusnya. Menjadi kebiasaan, paras dengan nombor bulat seperti 137.00, 140.00 dan 150.00 sering didapati dalam ramalan. Jika kadar pertumbuhan pasangan ini kekal sama seperti yang berlaku sejak 3 bulan lalu, kedudukannya mampu mencecah zon 150.00 pada hujung Ogos atau awal September.

    Tiada sebarang data penting sama ada statistik makroekonomi mahupun faktor politik yang dijangka akan dikeluarkan di Jepun untuk minggu ini.

MATA WANG KRIPTO: Adakah Nilai Bitcoin akan Jatuh Kepada $1,100? Kami Perhatikan Rizab Persekutuan AS.

  • Pertarungan pada paras $20,000 terus berlangsung sepanjang dua minggu terakhir bulan Jun. Kadar pasangan BTC/USD susut kepada $17,940, kemudian naik kepada $21,940. Harus maklum bahawa nilai $20,000 adalah paras paling penting dalam sejarah mata wang kripto tersebut. Cukup untuk merenung kembali bencana kejatuhan nilainya yang berlaku pada Disember, 2017, apabila nilai bitcoin menghampiri paras ini, mencecah ketinggian $19,270, dan kemudian susut nilainya sebanyak 84%. Kini kebanyakan penganalisis menjangkakan perkara sama akan berlaku, merasakan kadar pasangan BTC/USD akan susut antara 50-80% lagi. Malah, Robert Kiyosaki, penulis buku paling laris iaitu Rich Dad Poor Dad menjangkakan keruntuhan nilai bitcoin yang lebih teruk, sebanyak 95% atau menjadi $1,100.

    Dalam masa yang sama (pada petang Jumaat, 1 Julai), coin ini didagangkan di zon $19,440. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto pada masa ini adalah sebanyak $0.876 trilion ($0.960 trilion seminggu lalu). Seperti minggu lalu, bacaan kadar Indeks Fear & Greed Kripto berada di zon Extreme Fear di sekitar 11 mata daripada 100 mata yang ada.

    Jika melihat pada carta, anda boleh lihat bear memiliki kelebihan besar pada minggu lalu. Untuk berlaku adil, kami sedar bahawa bitcoin sendiri tidak boleh dipersalahkan dalam perkara ini. Semuanya berkisar tentang pengukuhan nilai dolar yang mengalami pertumbuhan akibat kenaikan kadar faedah serta pengetatan polisi kewangannya oleh Rizab Persekutuan AS. Dalam situasi seperti ini, para pelabur lebih gemar untuk menyingkirkan aset berisiko dengan membeli mata wang AS. Pasaran saham global menerima tekanan dari pihak penjual, kadar indeks MSCI World dan MSCI EM jatuh, indeks yang masing-masing menunjukkan pasaran maju dan pasaran baru muncul. Dalam kalangan pasaran maju, tekanan paling dirasai di negara-negara Eropah, namun negara AS juga tidak terkecuali: kadar indeks S&P500, Dow Jones dan Komposit Nasdaq yang mempunyai korelasi langsung dengan BTC juga menyusut.

    Tekanan lain untuk penurunan kadar sebut harga mata wang kripto pertama ini telah dibuat sendiri oleh syarikat-syarikat penghasil yang memerlukan likuiditi. Mengikut pakar strategi bank di JPMorgan iaitu Nikolaos Panigirtzoglou, situasi ini akan terus berlaku pada Q3 2022. Mengikut pengiraan penganalisis itu, peratusan kadar hash oleh syarikat-syarikat penghasil awam adalah kira-kira 20%. Kebanyakan daripada mereka menjual bitcoin bagi menampung perbelanjaan operasi serta membayar semula pinjaman. Akibat akses terhadap modal yang lebih terhad, penghasil persendirian juga mengambil tindakan yang sama. “Penjualan ini akan berterusan pada Q3, jika kadar keuntungan daripada penghasilan tidak bertambah baik. Perkara ini telah terbukti pada bulan Mei dan Jun. Terdapat risiko proses ini akan terus berlaku,” pakar strategi JPMorgan itu percaya.

    Menurut Bloomberg, kos penghasilan 1 BTC antara $18,000-$20,000 yang diterima pada awal tahun ini telah menurun kepada kira-kira $15,000 untuk bulan Jun disebabkan oleh pengenalan kepada peralatan yang lebih cekap tenaga. Walau bagaimanapun, masih belum jelas sama ada kadar tersebut mencukupi untuk para penghasil memainkan peranan mereka dengan stabil.

    Penyusutan dalam pasaran mata wang kripto akan terus berlaku kira-kira 18 bulan lagi, dan industri ini hanya akan dapat lihat petanda keadaan yang pulih apabila polisi kewangan Rizab Persekutuan menjadi lebih longgar. Perkara ini telah dinyatakan oleh ketua dan pengasas bank kripto Galaxy Digital iaitu Mike Novogratz dalam temu bual beliau bersama New York Magazine. “Saya berharap kita sudah pun melihat keadaan yang paling teruk. Saya akan berasa lebih yakin mengenai perkara ini jika mengetahui apakah kadar inflasi untuk dua suku tahun yang seterusnya. […] Saya merasakan pihak Rizab Persekutuan akan melupakan tentang kenaikan kadar faedah menjelang musim luruh nanti, dan saya percaya ianya akan menenangkan kebanyakan orang untuk mereka bertapak semula,” jelas ketua Galaxy Digital itu.

    Menurut Novogratz, krisis yang berlaku telah mengubah sikap kebanyakan orang mengenai aset berisiko tinggi seperti mata wang kripto. Beliau maklum dengan kebergantungan industri ini terhadap leveraj yang ditunjukkan dalam masa beberapa bulan lalu, sesuatu yang tiada siapa tahu mengenainya. Ia akan mengambil masa sekarang untuk pelabur lemah menjadi muflis dan penjualan aset yang jatuh nilainya. Menurut ketua Galaxy Digital itu, situasi ini hampir sama dengan krisis kewangan global pada tahun 2008, menyebabkan berlakunya gelombang penyatuan dalam industri pelaburan dan perbankan selepas itu.

    Penganalisis kripto iaitu Benjamin Cowen berasa ragu-ragu dengan kadar BTC yang diunjur tinggi pada tahun 2023 akan menjadi kenyataan. Lebih tepat lagi, beliau bercakap mengenai unjuran yang dibuat oleh Tim Draper, seorang pelabur modal teroka yang menyatakan harga bitcoin mampu naik lebih daripada 1000% daripada nilai sekarang dan mencecah $250,000.

    “Saya pernah percaya nilai BTC mampu untuk  menjadi lebih tinggi daripada $100,000 menjelang tahun 2023, tetapi sekarang saya berasa skeptik dengan idea tersebut. Lebih-lebih lagi selepas perubahan mendadak polisi kewangan Rizab Persekutuan sejak enam bulan lalu,” jelas Cowen. “Saya juga melihat pada perkara lain, seperti statistik media sosial, dan saya dapat lihat jumlah mereka yang berminat dengan mata wang kripto mula berkurangan. Jika orang ramai mengalami kesukaran untuk membeli gasolin, lebih sukar untuk mereka membeli bitcoin.”

    Cowen menjangkakan keadaan yang kurang menarik akan berlaku dalam pasaran BTC untuk dua tahun seterusnya, dan bukannya lonjakan mendadak kadarnya: “Saya merasakan pasaran bear akan berakhir pada tahun ini, dan kemudian fasa pengumpulan akan bermula, seperti yang berlaku pada tahun 2015 dan juga 2019. Persediaan untuk proses pengurangan penghasilan yang seterusnya akan bermula sedikit demi sedikit selepas itu, dan kadar faedah Rizab Persekutuan mungkin akan diturunkan setelah berjaya mengekang kadar inflasi dalam tempoh yang sama.”

    Jelas menunjukkan bahawa kebanyakan unjuran yang dibuat bergantung sepenuhnya terhadap model, indikator dan lain-lain alat analisis yang digunakan. Sebagai contoh, kami menceritakan pada minggu lalu bagaimana pencipta The Daily Gwei, Anthony Sassano, dan pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin mengkritik model Stock-to-Flow (S2F) yang menjadi asas kepada ramalan penganalisis popular dengan nama gelaran PlanB. Berikutan kritikan yang diterima, PlanB telah mendedahkan bukan satu, tetapi lima carta model unjuran yang berbeza. Memang benar S2F menunjukkan unjuran yang lebih optimis. Gambaran paling tepat telah dianggar berdasarkan kepada kerumitan serta kos penghasilan mata wang kripto pertama tersebut.

    Seorang lagi penganalisis bernama Dave the Wave telah menggunakan model lengkung pertumbuhan logaritma (LGC) dan percaya bahawa nilai BTC boleh mengalami pertumbuhan sebanyak 1100% dalam tempoh 4 tahun serta mencecah nilai $260,000. Untuk jangka masa pendek, Dave menjangkakan kemungkinan untuk nilai bitcoin naik menjadi $25,000.

    Menurut platform analisis kripto iaitu CryptoQuant, indikator paling mengikut kitaran (Bitcoin Puell Multiple, MVRV, SOPR dan Indeks MPI BTC Miner Position) menunjukkan nilai bitcoin sudah hampir mencapai paras terendahnya. Bacaan indikator-indikator ini adalah berdasarkan kepada corak lampau yang telah beberapa kali didahului dengan trend ke atas. Indikator-indikator ini juga mencadangkan bahawa buat masa ini bitcoin dinilai agak rendah, memberi isyarat lonjakan kadar akan berlaku. Jumlah kerugian belum terealisasi yang besar telah mengesahkan jangkaan ini.

    Anthony Scaramucci, pengasas dana pelaburan SkyBridge Capital juga mengatakan bahawa mata wang kripto pertama ini “secara teknikalnya dijual lebih rendah daripada nilai sebenar”. Beliau membuat kesimpulan itu dengan membuat analisis terhadap harga semasa BTC mengikut konteks kadar aktiviti dalam walet yang bertumbuh secara eksponen serta peningkatan jumlah kes penggunaan. Dalam masa yang sama, pengurus dana lindung nilai itu menasihatkan agar para pelabur menilai semula bitcoin secara retrospektif. Dengan menggunakan pendekatan itu, mereka akan mendapati aset ini rupa-rupanya “sangat murah disebabkan oleh kadar leveraj yang tinggi dan satu kelebihan yang sangat-sangat berbaloi."

    Kami ada membincangkan tentang satu lagi “model ramalan” yang dibuat oleh Presiden El Salvador iaitu Nayib Bukele pada penghujung ulasan kami sebelum ini. “Nasihat saya adalah untuk berhenti daripada melihat carta dan nikmati hidup anda. Jika anda telah melabur dalam BTC, pelaburan anda selamat, nilainya akan naik tidak terkira apabila pasaran bear ini berakhir. Yang penting adalah bersabar,” tulis ketua negara tersebut.

    Kini, CEO Red Date Technology iaitu Yifan He, sebuah syarikat blockchain di China telah memberikan respon beliau terhadap nasihat itu. Beliau membandingkan mata wang kripto dengan piramid kewangan dan berkata bahawa pihak kerajaan El Salvador serta negara-negara Republik Afrika Tengah (CAR) yang mengambil keputusan untuk menghalalkan bitcoin sangat-sangat perlu belajar tentang asas kewangan dengan serius. Menurut He, ketua negara-negara berkenaan telah meletakkan negara mereka dalam bahaya, melainkan niat sebenar mereka adalah untuk menipu rakyat mereka sendiri. Kami masih tidak tahu sama ada Nayib Bukele tersinggung atau tidak dengan kenyataan itu. Kami akan mengikuti berita ini.

 

Bahagian Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami