Ogos 27, 2022

EUR/USD: Ekonomi Global Sekali Lagi Dalam Bahaya

  • Jadi, kedudukan EUR/USD telah jatuh melepasi paras sokongan utamanya yang dibentuk pada tahun 2016. Kedudukan terendah mingguannya berada pada paras 0.9899 pada hari Selasa, 23 Ogos, Pasangan ini didagangkan lebih rendah daripada itu pada 20 tahun lalu, antara bulan November-Disember 2002. Euro telah kerugian kira-kira 485 mata berbanding dolar dalam tahun ini saja.

    Walaupun belum diiktiraf secara rasmi lagi, dengan keadaan ekonomi di AS yang sudah pun mengalami kegawatan, kadar KDNK di negara itu terus jatuh walaupun pada hakikatnya penurunan yang berlaku sudah pun mula perlahan: -0.9% untuk Q1 2022 dan -0.6% untuk Q2. Pengetatan kuantitatif (QT) yang diambil oleh pihak Rizab Persekutuan serta faktor-faktor makroekonomi telah meningkatkan lagi peluang untuk proses pengukuhan ini berlaku. Maka, CEO JP Morgan iaitu Jamie Dimon telah memberi amaran bahawa keadaan ekonomi di negara itu dijangka akan berhadapan dengan “sesuatu yang lebih teruk berbanding kemelesetan”, dan kebarangkalian untuk hal ini berlaku adalah di antara 20-30%.

    Situasi yang berlaku di Eurozone malah lebih teruk, dan keputusan makroekonominya masih tidak memberi petanda yang baik. Mengikut unjuran, disebabkan oleh krisis bahan api akibat sekatan anti Rusia, rantau Eropah, terutama sekali Jerman akan berhadapan dengan musim sejuk yang sangat teruk.

    “Sekali lagi ekonomi dunia berhadapan dengan bahaya,” jelas Presiden Bank Dunia iaitu David Malpass. “Ekonomi di mana-mana saja sedang berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi dan dalam masa yang sama mengalami kadar pertumbuhan yang perlahan. Walaupun jika kegawatan global dapat dielakkan, kesan teruk akibat stagflasi boleh berterusan untuk beberapa tahun.” Situasi ini telah menambah permintaan untuk aset selamat, dan secara tradisinya mata wang AS menjadi salah satu daripada aset tersebut. Kadar indeks dolar (DXY) kini sedang berada hampir dengan paras tertingginya di sekitar 108 mata dan menurut beberapa penganalisis, kedudukan itu boleh naik kepada 110 mata.

    Peristiwa penting untuk minggu lalu adalah simposium ekonomi tahunan di Jackson Hole yang berlangsung antara 25-27 Ogos, simposium yang mengumpulkan hampir kesemua elit-elit kewangan di AS. Acara utama di simposium itu sudah semestinya ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell, ucapan yang diharap dapat memberi petanda mengenai rancangan masa hadapan pihak penggubal dasar itu oleh peserta pasaran. Namun beliau tidak menyampaikan apa-apa yang baru dan meyakinkan, kenyataan yang dibuat Powell adalah lebih “hawkish” sedikit berbanding sebelum ini, tetapi ia menyamai jangkaan pasaran secara umumnya. Mungkin ketua Bank Persekutuan AS itu sama sekali tidak mahu mengejutkan pasaran. Beliau tidak memberi sebarang kadar faedah tertentu yang boleh dinaikkan oleh pihak FOMC (Federal Open Market Committee) pada 21 September nanti. Lebih-lebih lagi, keputusan ini mungkin masih lagi boleh dipengaruhi oleh laporan dari pasaran buruh serta dinamik harga pengguna untuk bulan September yang akan datang.

    Kemungkinan kadar akan dinaikkan sebanyak 50 atau 75 mata asas (bp) untuk bulan September masih lagi sama. Jika diingat kadarnya buat masa ini adalah pada paras 2.5% dan kenaikan yang seterusnya akan meletakkan kedudukannya pada paras maksimum sejak tahun 2008. Tidak diragui perkara ini akan berlaku, walaupun kadar CPI telah menunjukkan tanda-tanda penyusutan untuk bulan Julai, turun kepada 9.5%, manakala kadar inflasi yang diukur menggunakan Indeks Harga Teras bagi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) susut daripada 0.6% kepada 0.1% dalam masa sebulan.

    Dalam masa yang sama, pihak ECB juga mungkin akan menaikkan kos pinjaman mereka sebanyak 50 mata asas semasa bermesyuarat pada 8 September nanti. Minit mesyuarat sebelum ini, untuk bulan Julai, ada menyatakan bahawa terdapat sejumlah besar ahli-ahli Lembaga Gabenor yang bersetuju terhadap kesesuaian untuk menaikkan kadar utama mereka daripada 0.5% kepada 1.0%. Tambahan pula, menurut Reuters, disebabkan oleh unjuran kadar inflasi yang semakin membimbangkan, sesetengah pemimpin ECB ingin berbincang tentang kenaikan terus kadar faedahnya sebanyak 0.75%. Namun begitu, walaupun perbezaan kadar yang diambil antara pihak Rizab Persekutuan dan ECB semakin mengecil dan serba-sedikit mungkin dapat memberi sokongan kepada mata wang euro, ia langsung tidak mengubah situasi ini secara fundamental kerana perbezaan nilai mata wang antara kedua-duanya masih lagi berpihak kepada dolar. Hasilnya, nilai mata wang AS akan terus mengukuh, dan mengikut penganalisis di Wells Fargo, nilainya mungkin akan memuncak pada Q4 2022. Pakar ekonomi di Nordea menjangkakan kadar pasangan EUR/USD mungkin akan turun ke paras 0.9700 menjelang akhir tahun ini, dan terdapat sesetengah penganalisis yang menamakan paras 0.9600 juga.

    Jerome Powell berucap pada petang Jumaat, 26 Ogos, semasa sesi dagangan di AS sedang berlangsung, namun dagangan mata wang di Asia dan Eropah telah pun ditutup. Justeru, reaksi sebenar terhadap kata-kata ketua Rizab Persekutuan itu hanya akan menjadi lebih jelas pada hari Isnin, 29 Ogos. Untuk minggu lalu, walaupun prestasi yang ditunjukkan telah mengakibatkan beberapa keadaan turun naik, kedudukan terakhir pasangan ini berada dalam julat mingguan, sedikit rendah daripada paras pertengahannya iaitu 0.9966.

    60% daripada penganalisis menyokong hakikat bahawa pasangan ini akan terus bergerak ke bawah dalam masa terdekat ini, manakala baki 40% lagi menjangkakan pergerakan ke arah bertentangan. Bacaan indikator pada D1 memberikan petanda yang lebih jelas. 100% indikator trend serta pengayun berpihak kepada bear. Namun begitu, satu perempat daripada pengayun telah memberi isyarat bahawa ia memiliki lebihan jualan. Sasaran terdekat bearish EUR/USD adalah paras terendah pada 14 Julai iaitu 0.9950 dan 23 Ogos iaitu 0.9899. Sila maklum bahawa paras di sekitar 0.9900-0.9930 juga adalah zon sokongan/rintangan tahun 2002 yang kukuh. Bagi bull pula, perkara paling utama adalah untuk naik di atas paras pariti 1.0000, dan selepas itu ia perlu melepasi rintangan pada paras 1.0030, kemudian 1.0090-1.0100, diikuti dengan paras dan zon 1.0120, 1.0150-1.0180, 1.0200 and 1.0250-1.0270.

    Statistik pasaran pengguna di AS akan dikeluarkan pada hari Selasa, 30 Ogos. Kita akan mendapati keseluruhan data dari pasaran buruh AS pada hari yang sama, juga pada hari Rabu, 31 Ogos, Khamis, 1 September, dan Jumaat, 2 September, termasuklah indikator penting seperti kadar pengangguran dan juga jumlah pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur (NFP). Bagi ekonomi di Eurozone pula, data pengangguran di Jerman serta pasaran pengguna di Eurozone (CPI) akan dikeluarkan pada hari Rabu, 31 Ogos, manakala kadar Indeks Aktiviti Perniagaan dalam sektor pembuatan (PMI) serta jualan runcit di Jerman akan diketahui pada 1 September.

GBP/USD: “Unjuran Jangka Panjang yang Sangat Teruk " 

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 29 Ogos - 02 September, 20221

  • Kami memberikan judul “Unjuran Kelam Pound Terus Menjadi Kenyataan” untuk pasangan GBP/USD pada minggu lalu. Namun rupa-rupanya situasi yang berlaku bukan saja kelam tetapi memberi inspirasi yang sangat menakutkan buat sesetengah penganalisis. “Carta jangka panjang pasangan ini,” pakar ekonomi Citi Bank percaya, “buat masa sekarang dilihat sangat-sangat membimbangkan. Ia boleh dilihat sebagai pembentukan corak paras tinggi berganda berterusan yang menjanjikan penyusutan kadarnya ke paras pariti dan mungkin lebih rendah lagi. […] Tiada paras sokongan yang penting buat masa ini (kemuncak paras terendah selepas Mac 2020 hanyalah di atas paras 1.14) sehinggalah paras terendah utama yang didudukinya pada tahun 1985 iaitu 1.0520. […] Kedudukan bulan ini ditutup di bawah kadar 1.1760, jika turun lebih rendah, ia mungkin adalah bearish luaran bulan ini.”

    Pasangan GBP/USD ditutup pada paras 1.1736 minggu lalu. Mata wang pound terus berhadapan dengan tekanan daripada perletakan jawatan Perdana Menteri Boris Johnson, ditambah lagi dengan skandal sex, serta kenaikan kadar inflasi. Penyelia sumber tenaga di British iaitu Ofgem telah mengumumkan bahawa purata bil penggunaan tenaga elektrik isi rumah tahunan akan bertambah sebanyak 80% bermula Oktober ini dan Perdana Menteri yang baru perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan harga bahan api yang tinggi seperti itu.

    Unjuran median untuk minggu hadapan dilihat agak neutral. 45% penganalisis memihak kepada bull, dan 55% lagi menyokong senario bearish. Bacaan indikator pada D1 dilihat sama dengan bacaan untuk pasangan EUR/USD: 100% menunjukkan warna merah, dan 25% daripada pengayun menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan jualan. Sokongan terdekat adalah paras terendah 23 Ogos lalu iaitu 1.1716, diikuti dengan 1.1650, 1.1535 dan juga paras terendah Mac 2020 di zon antara 1.1400-1.1450. Bagi bull pula, mereka akan bertemu rintangan di zon dan paras 1.1755, 1.1800, 1.1865-1.1900, 1.2000, 1.2050-1.2075, 1.2160-1.2200, 1.2275-1.2325 serta 1.2400-1.2430.

    Berkenaan dengan statistik ekonomi di United Kingdom, pedagang perlu mengambil kira cuti umum bank di negara tersebut pada hari Isnin, 29 Ogos. Dalam kalangan peristiwa penting, kami boleh tumpukan pada hari Khamis, 1 September, apabila kadar indeks PMI Pembuatan di UK diketahui.

USD/JPY: Polisi BOJ Akan Kekal Sama

  • Pasangan USD/JPY telah bergerak di koridor mendatar antara 135.80-137.70 sepanjang minggu lalu. Jika bercakap tentang keputusan sesi dagangan selama lima hari, bull menang dengan sedikit kelebihan: setelah bermula pada paras 136.81, pasangan ini berakhir pada paras 137.45. Maka, jangkaan neutral adalah wajar sepenuhnya. Jika diingat pada minggu lalu majoriti penganalisis menjangkakan pergerakan mendatar pasangan ini.

    Kaji selidik pakar ekonomi terbaru yang dijalankan oleh Bloomberg menunjukkan kadar inflasi yang mencecah 3% berkemungkinan tidak akan memaksa ketua Bank of Japan (BOJ) iaitu Haruhiko Kuroda untuk mengetatkan polisi kewangan mereka. Walaupun kadar 3% adalah yang tertinggi sejak tahun 1991 (tidak termasuk tahun dengan kenaikan kadar cukai), ia masih lagi rendah berbanding kadar inflasi di AS sebanyak 8.5%. Lebih-lebih lagi, menurut jangkaan, kadar inflasinya mungkin akan mencecah 2.5% untuk tiga bulan terakhir dalam tahun 2022, dan berada pada kadar 1% menjelang hujung tahun hadapan.

    Untuk kebarangkalian polisi kewangan BOJ akan berubah setelah berakhirnya penggal Haruhiko Kuroda sebagai ketua pada April 2023, tiada siapa yang boleh bergantung kepadanya. Malah lebih daripada itu, tiada siapa yang seharusnya menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan apabila penggubal dasar Jepun itu bermesyuarat pada 22 September nanti.

    Berdasarkan perkara-perkara di atas, majoriti penganalisis (60%) percaya bahawa pasangan USD/JPY akan sekali lagi mensasarkan untuk menguji paras tertinggi 14 Julai lalu dan menduduki paras 139.40. 30% lagi penganalisis menjangkakan pengukuhan nilai yen dan pasangan ini mengikuti trend ke bawah, manakala baki 10% pula memberikan unjuran neutral. Indikator pada D1 memberi gambaran sama dengan pasangan sebelum ini: 100% menunjukkan pertumbuhan, dan 25% pengayun berada di zon lebihan belian. Sokongan pasangan ini berada pada paras dan zon 137.00, 136.70, 136.15-136.30, 135.50, 134.70, 134.00-134.25, 132.85-133.00, 131.75-132.00, 131.00. Rintangan pula berada pada paras 137.70, 138.40, 138.50-139.00, dan akhir sekali paras tertinggi 14 Julai lalu iaitu 139.38. Sasaran bull yang seterusnya adalah 140.00 dan 142.00.

    Tiada sebarang statistik penting terhadap ekonomi Jepun yang dijangka akan dikeluarkan pada minggu ini.

MATA WANG KRIPTO: Kelabu Gelap adalah Warnanya

  • Untuk minggu lalu, pasangan BTC/USD telah didagangkan dalam julat sempit di antara $20,900-$21,800 daripada kebanyakan masanya sebelum Jerome Powell berucap di Jackson Hole. Dalam zon inilah terletaknya purata kumulatif pulang modal bagi kesemua pemilik bitcoin. Namun kadar aset berisiko: indeks saham (S&P500, Dow Jones, Nasdaq) dan sebut harga mata wang digital jatuh pada petang 26 Ogos. Semasa ulasan ini dibuat, nilai mata wang kripto utama ini sudah pun mula memberikan reaksinya terhadap mood hawkish yang disuarakan oleh ketua Rizab Persekutuan itu dan merekodkan paras terendah mingguannya pada $20,534. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto telah jatuh di bawah paras psikologi pentingnya iaitu $1 trilion dan berada pada jumlah $0.991 trilion ($1.028 trilion seminggu lalu). Bacaan Indeks Fear & Greed Kripto telah turun 6 mata dalam tempoh tujuh hari daripada 33 mata kepada 27 mata dan berada di zon Extreme Fear. Berkemungkinan bacaan ini akan menjadi lebih teruk pada hari Sabtu dan Ahad, 27-28 Ogos.

    Gambaran keseluruhan pada penghujung musim panas adalah seperti berikut. Untuk bulan Julai, para jerung (memiliki aset lebih daripada 10,000 BTC) dan bilis (memiliki kurang daripada 1 BTC) telah menjadi kuasa pelaburan utama yang mendorong nilai bitcoin ke atas. Diketahui bahawa pelabur berinstitusi telah memainkan peranan utama dalam populasi para jerung, bergantung sepenuhnya dengan apa yang berlaku di Wall Street. Operasi aset digital pelabur berinstitusi dijalankan menerusi dana mata wang kripto. Melihat pada statistik, aliran masuk pelaburan ke dalam dana-dana itu telah terhenti pada awal bulan Ogos, dan para jerung kembali menjual coin BTC mereka pada minggu kedua bulan tersebut: jumlah aliran keluar adalah kira-kira $21 juta.

    Walau bagaimanapun, menurut CEO platform kripto Bakkt iaitu Gavin Michael, bitcoin akan menunjukkan pertumbuhan yang ketara dalam masa beberapa tahun akan datang walaupun dengan segala yang berlaku. Bakkt menyediakan perkhidmatan dagangan aset digital dan juga niaga hadapan untuk pelabur-pelabur berinstitusi, dan menurut Michael, mereka memantau dengan rapat apa yang berlaku dan minat mereka terhadap pasaran terus bertambah.

    Satu daripada tanda utama pertumbuhan nilainya pada masa hadapan adalah peningkatan aktiviti dalam rangkaian serta kemunculan alamat-alamat baru. Aktiviti bitcoin kini menyamai jumlah semasa berakhirnya pasaran bearish antara tahun 2018-2019, menurut firma analisis Glassnode. Namun, walaupun terdapat tanda-tanda berakhirnya “musim dingin kripto”, indikator rangkaian masih tidak menunjukkan perubahan arah trend makroekonomi. Para penganalisis maklum bahawa rangkaian bitcoin masih belum merekodkan kewujudan permintaan mata wang kripto yang baru dari para pelabur, sesuatu yang menjadi asas kepada trend pertumbuhan yang mampan. “Kenaikan harga baru-baru ini telah gagal untuk menarik gelombang pengguna aktif baru yang penting, terutama sekali pengguna-pengguna penting dalam kalangan pelabur dan juga spekulator,” maklum Glassnode. Kurangnya desas-desus  juga telah ditunjukkan oleh penurunan fi dalam rangkaian bitcoin. Seperti yang diketahui, saiznya telah turun di bawah $1. Buat masa ini, kos purata bagi transaksi BTC adalah di sekitar $0.825, antara yang terendah sejak 13 Jun, 2020. Walaupun begitu, Glassnode percaya bahawa paras harga semasa seperti itulah yang membolehkan bitcoin cuba untuk membentuk asas kukuh bagi pertumbuhan pada masa hadapan.

    Ketua Pegawai Strategi CoinShares iaitu Meltem Demirors percaya bahawa “tidak wujud pemangkin untuk BTC yang akan dapat dilihat sehinggalah pada penghujung Q3.” Namun walaupun begitu, “kita dapat lihat banyak pembelian yang dikaitkan dengan BTC dibuat semasa nilainya turun” sepanjang musim panas lalu, dan perkara itu, mengikut pendapatnya, menunjukkan kehadiran modal yang sanggup dikeluarkan bagi mengumpul aset tersebut.

    Jika Meltem Demirors berhati-hati dengan sikap optimisnya, penganalisis Justin Bennett pula berasa agak pesimis dan percaya bahawa BTC mungkin akan berhadapan dengan satu lagi jualan secara besar-besaran. Bitcoin telah berada di bawah paras sokongan menyerong yang telah mengekalkan momentum bullish sejak beberapa bulan lalu. Menurut Bennett, kadar coin tersebut telah susut lebih daripada 30% sebanyak dua kali dalam situasi tersebut.

    Walaupun penganalisis itu bersikap bearish, beliau menjangkakan kenaikan kecil jangka pendek BTC ke paras $23,000 yang seharusnya akan menguji semula rintangan pada kedudukan itu. Kemudian penurunan ke paras $19,000 dijangka akan berlaku, Menurut Bennett, reaksi bitcoin pada paras itu seharusnya akan menentukan arah pergerakannya sehingga hujung tahun ini: “Persoalannya adalah sama ada kita akan dapat lihat arah pergerakan bitcoin berubah dan mencapai paras terendah yang lebih tinggi, atau berada lebih rendah daripada itu untuk sepanjang tahun.”

    Bagi ethereum, Meltem Demirors percaya bahawa para pelabur tidak mengendahkan situasi umum yang berlaku di pasaran walaupun dengan peralihan rangkaian ETH kepada mekanisma PoS yang digembar-gemburkan. Walaupun ada manfaat yang boleh diperoleh daripada penggabungan rangkaian ethereum itu sendiri, masih belum ada kepastian peralihannya akan menarik masuk pelaburan ke dalamnya: “Sementara terdapat semangat berkobar-kobar dalam komuniti kripto tentang penggabungan yang boleh mengurangkan bekalan serta menambah permintaan dengan mendadak, realitinya adalah lebih membosankan: para pelabur lebih bimbangkan tentang kadar faedah dan juga indikator makro. Saya percaya bahawa jumlah modal besar yang baru mungkin tidak akan masuk ke dalam ETH. Terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira dalam pasaran kerana proses penggabungan itu telah dijadikan alasan untuk membuat belian apabila khabar angin mula kedengaran dan membuat jualan apabila berita mula tersebar. Bagaimana risiko-risiko ini perlu diambil kira? Berkemungkinan besar oleh pihak pelabur berinstitusi atau menerusi dagangan, tetapi menerusi pilihan opsyen dan bukannya pembelian terus aset berkenaan.”

    Seorang lagi pakar strategi terkenal, Benjamin Cowen meluahkan perasaan beliau tentang ethereum. Pada pendapat beliau, jika senario paling negatif berlaku, jalur regresi logaritma menunjukkan paras pasangan ETH/USD mungkin akan turun di sekitar $400-$800. Cowen menggelar penurunan seperti itu sebagai peluang terbaik untuk menambah rizab Ethereum. Dalam masa yang sama, beliau tidak menolak kemungkinan untuk nilai altcoin bergerak ke atas: “ETH boleh menunjukkan lonjakan nilai jika peralihannya kepada PoS tidak berhadapan sebarang masalah besar (anda perlu sedar bahawa kemas kini terhadap sesetengah perisian tidak selalunya berjalan dengan lancar) serta pihak Rizab Persekutuan mengubah polisi kewangan mereka.” (Sebagai peringatan, naik taraf rangkaian ethereum dijadual akan berlaku antara 15-20 September. Jadi, tidak perlu menunggu lama untuk melihat hasilnya.)

 

Bahagian Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami