Oktober 9, 2022

Keputusan September 2022: Emas Masih Tinggi Nilainya di NordFX1 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan mengenai prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan September 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

Emas, atau lebih dikenali sebagai pasangan XAU/USD, kekal menjadi salah satu instrumen paling popular dalam kalangan pelabur di syarikat broker NordFX. Justeru, logam berharga ini telah membantu mereka untuk menyapu bersih ketiga-tiga podium untuk bulan September.

  • Pulangan tertinggi untuk bulan pertama musim bunga ini telah diperoleh seorang pelanggan dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1634XXX. Pedagang ini berjaya mendapat untung sebanyak USD 34,551 untuk dagangan pasangan XAU/USD. 
  • Tempat kedua podium untuk bulan September menjadi milik wakil dari Asia Timur (pemilik akaun No.1646XXX) yang memperolehi USD 24,154 juga hasil dagangan emas.
  • Logam berharga ini telah membantu seorang lagi pedagang dari Asia Barat (pemilik akaun No.1632XXX) menduduki 3 TERATAS untuk bulan September dengan keuntungan sebanyak USD 22,735.

Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • Untuk CopyTrading, kami telah pun sebutkan beberapa buah syarikat startup pada bulan lalu. Itulah nama yang kami berikan kerana menjadi kebiasaan ianya baru saja dihasilkan, dan hal itu mewujudkan satu lagi faktor risiko. Tiga isyarat seperti itu masih ada untuk bulan September, masih lagi mencuri perhatian. Antaranya ialah isyarat Andy EU250 (kadar untung 372%/penyusutan maksimum 26%/jangka hayat 75 hari), JANUNGFX (261%/48%/75) dan PT_bot Scalping (51%/8%/99). Seperti biasa di sini, selain daripada baru saja dihasilkan, dagangan agresif menjadi satu lagi faktor risiko yang serius. Maka, kami ingin menggesa supaya anda mengambil langkah berjaga-jaga semasa berdagang di pasaran kewangan.
    Bagi isyarat “veteran”, isyarat pertama iaitu KennyFXPro, Prismo 2K telah menambah jumlah keuntungannya kepada 208% dalam masa 522 hari dengan kadar penyusutan maksimumnya adalah kira-kira 45%. Bacaan isyarat kedua pula, KennyFXPro - The Cannon Ball adalah lebih rendah sedikit dalam kesemua aspek: telah dihasilkan selama 190 hari, jumlah untuk sebanyak 61%, kadar penyusutannya rendah sedikit daripada 13%.
  • Kedudukan 3 TERATAS untuk servis PAMM telah melalui sedikit perubahan berbanding bulan sebelum ini. Tempat pertama masih lagi menjadi milik pengurus dengan nama gelaran KennyFXPRO. Jumlah modal dalam akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA telah bertambah sebanyak 155% dalam masa 621 hari. Akaun TranquilityFX-The Genesis v3 juga kekal dalam kelompok pendahulu, menunjukkan keuntungan sebanyak 117% dalam tempoh 553 hari. Kedua-dua akaun ini memiliki kadar penyusutan maksimum yang agak sederhana, kira-kira 20%. Akaun KennyFXPro - The Multi 3000 v2 berada di tempat ketiga dengan jumlah pulangan sebanyak 32% dalam masa 103 hari ia dihasilkan dan kadar penyusutan maksimumnya adalah kurang daripada 14%.

3 TEMPAT TERATAS Perkongsian IB NordFX untuk bulan September adalah seperti berikut:

  • komisen paling banyak yang berjumlah USD 15,684 telah berjaya dikumpul seorang rakan kongsi, pemilik akaun No.1645ХXХ;
  • tempat kedua menjadi milik pemegang akaun No.1507ХХХ yang menerima USD 8,394;
  • dan akhir sekali, rakan kongsi yang memegang akaun No.1633XXX berada di tempat ketiga, menerima pulangan sebanyak USD 7,178.

 

Notis: Material ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami