November 1, 2022

Pengguna Portal AllForexRating Memilih NordFX sebagai Broker Kripto Terbaik 20221

Syarikat broker NordFX telah dianugerahkan dengan pelbagai pengiktirafan di atas pencapaian serta inovasi yang ditunjukkan dalam dagangan kripto sejak tahun 2017. Antaranya ialah anugerah Broker Mata Wang Kripto Terbaik 2019 oleh FxDailyinfo, sebuah portal online antarabangsa yang berwibawa. Untuk tahun 2022 ini, NordFX sekali lagi telah dipilih sebagai Broker Kripto Terbaik pada hujung bulan Oktober lalu. Anugerah ini adalah hasil undian para pengguna portal AllForexRating.com, sebuah konglomerat yang menggabungkan FxDailyinfo dan ForexAllnews.

Pemenang untuk pencalonan Anugerah AllForexRating telah ditentukan oleh undian  terbuka para pengguna portal online tersebut, menjadikan pengiktirafan ini sesuatu yang sangat berharga kerana ia mencerminkan pendapat paling objektif dalam kalangan komuniti profesional. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada mereka yang telah memilih NordFX di atas penghargaan yang begitu tinggi ini untuk kerja keras kami.

Kebolehan untuk membuat dagangan margin ke atas mata wang kripto adalah sesuatu yang ditekankan di dalam undian. Sebagai contoh, pedagang hanya perlukan $150 untuk membuat dagangan 1 bitcoin, hanya $15 untuk transaksi ke atas 1 Ethereum, $0.02 untuk berdagang 1 Riple dan $0.001 untuk berdagang 1 Doge. Oleh itu, walaupun dengan modal yang kecil (deposit minimum untuk akaun Fix hanya $10), seorang pedagang boleh menggunakan pelbagai jenis strategi dagangan atau menghasilkan portfolio pelaburan kripto mereka sendiri.

Pedagang dan pelabur juga menekankan tentang kelebihan Akaun Savings NordFX yang baru. Ia adalah sebuah akaun bijak yang unik dan dibangunkan oleh penganalisis syarikat itu berdasarkan teknologi DeFi. Tether (USDT), stablecoin paling popular di dunia dengan nilai yang disandarkan sepenuhnya oleh dolar AS pada nisbah 1:1 adalah mata wang untuk akaun ini. Kelebihan DeFi bukan saja membolehkan pemilik akaun menjana pendapatan pasif sehingga 30% setahun, malah juga menambah jumlah pulangan mereka dengan berdagang secara bebas di pasaran kewangan. Cukup dengan mengambil pembiayaan dagangan segera pada kadar hanya 3% yang dijamin oleh wang simpanan dalam akaun Savings. 

 


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami