November 10, 2022

NordFX Diiktiraf Sebagai Broker Forex Paling Dipercayai 2022 oleh Anugerah Finance Derivative1

Majalah Finance Derivative telah mengumumkan senarai pemenang untuk Anugerah 2022. Keputusan bagi pemenang Bank Paling Lestari, Perbankan Internet, Runcit dan SME, Perbankan Berinovatif, Broker Forex dan juga Syarikat Pengurusan Aset telahpun diketahui. Syarikat broker NordFX adalah antara pemenangnya.

Tahun ini, hampir 500 buah syarikat persendirian dan juga bank-bank dari serata dunia turut bertanding. Panel juri untuk Anugerah ini adalah terdiri daripada wakil-wakil peneraju global dalam bidang perundingan, teknologi, serta syarikat penyelesaian penyumberan luar. Berdasarkan kepada penilaian panel-panel juri, Editor di Finance Derivative akan memilih pemenang terakhir.

“Sekalung tahniah ingin kami ucapkan serta setinggi-tinggi penghargaan dan pengiktirafan kami berikan untuk prestasi cemerlang dalam melunaskan prestasi memberangsangkan serta meneruskan kecemerlangan”, ucapan dalam surat pengarang yang diterima. “Kami berbesar hati mengumunkan NordFX adalah Pemenang bagi Kategori Broker Forex Paling Dipercayai Asia 2022”.

Finance Derivative adalah sebuah majalah analisis perniagaan dan kewangan global, dan diterbitkan oleh FM. Publishing, Belanda. Menjadi antara majalah cetak dan online yang utama, ia menyediakan analisis serta liputan meluas dalam industri Kewangan, Perniagaan Antarabangsa dan juga ekonomi global dengan memperkasai perniagaan-perniagaan dan Syarikat-Syarikat Korporat di seluruh dunia. Artikel pimpinan mereka menjadi bahan bacaan para profesional di pelbagai peringkat dalam industri perbankan, perkhidmatan kewangan, penyelesaian pembayaran dan juga syarikat insuran serta para eksekutif syarikat teknologi dan juga perunding.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami