Disember 3, 2022

EUR/USD: Tertumpu Kepada Pasaran Buruh AS

  • Kadar indeks dolar DXY susut 5% sepanjang bulan lalu. Ini adalah penyusutan bulanan terbesar sejak September 2010. Nilai mata wang Amerika susut lebih daripada 10% berbanding nilai euro dalam tempoh yang sama. Pasangan EUR/USD telah didagangkan pada kadar 0.9451 pada 28 Oktober lalu, dan kadar itu mencecah paras tertingginya iaitu 1.0544 pada 2 Disember. Terdapat beberapa sebab berlakunya perkara ini, dan sudah pasti sebab utamanya adalah berpunca daripada unjuran kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

    Ketua organisasi berkenaan, Jerome Powell telah berucap pada hari Rabu, 30 November dan beliau sekali lagi mengesahkan bahawa kenaikan kadar faedah untuk bulan Disember mungkin tidak begitu tinggi. Peserta pasaran akhirnya berasa yakin bahawa kenaikan untuk bulan Disember hanyalah sebanyak 50 mata asas (bp), dan bukannya 75 bp setelah kenyataan itu dikeluarkan. Maka, pasaran niaga hadapan bagi dana kerajaan menjangkakan tiada kenaikan langsung untuk bulan Januari, dan kenaikan satu atau dua kali sebanyak 25 mata asas akan dibuat pada Februari dan Mac, dan disebabkan itu, kadar paling tinggi akan berada di antara 4.75-5.00% dan bukannya 5.25% seperti yang diunjur sebelum ini. Kadar tersebut turun beransur-ansur selepas itu dan akan mencecah 4.45% menjelang Disember 2023.

    Sudah tentu, semua ini hanyalah unjuran saja, tetapi reaksi pasaran telah menyebabkan hasil bon Perbendaharaan AS turun mendadak. Maka, hasil sekuriti 10 tahun jatuh kepada 3.5%, kedudukan terendahnya sejak 20 September, manakala hasil sekuriti dua tahun jatuh kepada 4.23%, dan hal ini telah memberi tamparan hebat kepada dolar. Lebih-lebih lagi, kenyataan oleh ketua Rizab Persekutuan itu adalah bercanggah dengan data statistik ekonomi di AS yang telah dikeluarkan. Pada satu sudut, ia menunjukkan kelembapan kadar inflasi, pada sudut yang lain pula, ekonomi negara itu pada hakikatnya berjaya mengatasi kenaikan kadar faedah dan tidak berdepan bahaya kemelesetan yang teruk. Disebabkan itu, selera risiko di pasaran mula bertambah, kadar indeks saham (S&P500, Dow Jones dan Nasdaq) naik, membawa sekali mata wang kripto bersama-samanya, dan nilai dolar terus jatuh.

    Negara China juga terlibat dalam kadar tukaran dolar. Timbalan Menteri untuk Majlis Negara Republik Rakyat China iaitu Sun Chunlang berkata bahawa strain coronavirus omicron menjadi lebih tidak patogenik disebabkan ramai orang telah mendapatkan vaksinasi. Justeru, strategi untuk memerangi pandemik ini telah memasuki fasa yang baru. Malah pihak berkuasa akan membenarkan sebilangan orang yang dijangkiti untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah dan bukan di hospital. Peralihan kepada polisi anti-COVID yang lebih longgar ini juga telah memberi kesan positif kepada selera pelaburan para pelabur di Asia, dan dolar menerima satu lagi kejutan, hilang daya tarikannya sebagai aset pertahanan.

    Ucapan ketua Rizab Persekutuan berkenaan mengelak daripada “runtuhnya ekonomi” telah membayangkan keinginan penggubal dasar itu untuk menurunkan kadar inflasi ke paras yang disasarkan, dan dalam masa yang sama meminimumkan kenaikan kadar pengangguran. Berdasarkan perkara itu, laporan mengenai pasaran buruh di AS selepas ini akan menjadi lebih penting berbanding sebelumnya. Hal ini jelas dapat dilihat daripada reaksi pasaran terhadap statistik makro yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 2 Disember. Kadar pengangguran di AS kekal pada kadar yang sama dan selari sepenuhnya dengan kadar yang diunjur iaitu 3.7%. Namun untuk jumlah pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur (NFP) di negara itu, rupa-rupanya adalah lebih rendah daripada jumlah untuk bulan Oktober (284K), tetapi lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 200K, dan berjumlah 263K. Mata wang Amerika memberikan reaksinya terhadap perkara ini dengan kenaikan mendadak, dan kedudukan EUR/USD jatuh ke paras 1.0427. Walau bagaimanapun, situasi ini sedikit reda selepas itu, semuanya kembali menjadi normal, dan ia berakhir pada paras 1.0535.

    Dalam kalangan penganalisis yang membuat tinjauan. 50% daripada mereka menjangkakan pertumbuhan berterusan pasangan ini ke paras 1.0600, manakala 20% lagi meramalkan penurunannya. Baki 30% lagi penganalisis menjangkakan pergerakan mendatar. Harus maklum di sini bahawa apabila beralih kepada unjuran jangka sederhana, jumlah penyokong bearish yang menjangkakan penurunan pasangan ini di bawah paras pariti 1.0000 bertambah dengan mendadak, sehingga 75%. Gambarannya adalah berbeza dalam kalangan pengayun pada D1. Kesemua 100% pengayun berwarna hijau, manakala 25% daripadanya berada di zon lebihan belian. Dalam kalangan indikator trend, kelebihan 100% berada pada warna hijau.

    Sokongan terdekat untuk EUR/USD berada pada paras 1.0500, kemudian pada paras dan zon 1.0450-1.0467, 1.0380-1.0405, 1.0280-1.0315, 1.0220-1.0255, 1.0130, 1.0070, 0.9950-1.0010, 0.9885, 0.9825, 0.9750, 0.9700, 0.964, 0.9580 dan akhir sekali paras paling rendah pada 28 September lalu iaitu 0.9535. Sasaran bear yang seterusnya adalah 0.9500. Bull akan berdepan rintangan pada paras 1.0545, 1.0620, 1.0750, 1.0865, 1.0935.

    Kami menantikan pelbagai statistik makro ekonomi untuk minggu ini. Terdapat data jualan runcit di Eurozone dan data aktiviti perniagaan ISM dalam sektor perkhidmatan di AS yang akan dikeluarkan pada hari Isnin, 5 Disember. Data kadar KDNK di Eurozone untuk Q3 akan dikeluarkan pada hari Rabu, 7 Disember. Data bagi jumlah permohonan faedah pengangguran akan diketahui keesokan harinya, 8 Disember, dan kadar Indeks Harga Pengeluar (PPI) di AS - pada 9 Disember. Selain itu, peserta pasaran menantikan ucapan oleh ketua ECB iaitu Christine Lagarde yang dijadual akan berlangsung pada 5 dan 8 Disember.

GBP/USD: Jika Nilai Dolar Susut, Nilai Pound Meningkat

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 05 - 09 Disember, 20221

  • Aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan di UK meningkat sedikit untuk bulan November berbanding bulan September: kadar PMI naik daripada 46.2 kepada 46.5 mata (berbanding 46.2 yang diunjur). Walau bagaimanapun, perkara ini tidak memberi sebarang kesan mendalam kepada sebut harga GBP/USD: pergerakannya hampir menyamai dengan EUR/USD, memberikan tindak balasnya terhadap perkara yang berlaku di AS. Minggu lalu menunjukkan hasil pertumbuhan berterusan pasangan ini daripada 1.2153 kepada 1.2310, kedudukan tertinggi sejak awal bulan Ogos. Kedudukan terakhir minggu lalu berada sedikit rendah, pada paras 1.2280.

    Jadi, nilai dolar susut kira-kira 1.2% berbanding pound sepanjang minggu lalu. Kini GBP/USD berada tidak jauh daripada paras pentingnya iaitu 1.2450, had paling rendah dalam julat beberapa tahun yang ditinggalkannya pada awal tahun ini. Menurut pakar-pakar strategi konglomerat kewangan Perancis iaitu Societe Generale, pada paras inilah zon rintangan yang kukuh berada. “Keluar daripada julat ini mungkin akan menyebabkan fasa penurunan,” jelas mereka. “Paras 1.1500 adalah paras tertinggi Oktober yang juga paras 50DMA, dan kedudukan ini dijangka akan menjadi paras sokongan pertama jika penurunan terus berlaku.” Jika kedudukan pasangan ini berada di atas 1.2450, Societe Generale menjangkakan pergerakan ke atas mungkin akan berlaku sehingga mencecah 1.2750 atau lebih tinggi, sehingga zon antara 1.3250-1.3300.

    Sudah tentu, seperti yang telah kami tulis sebelum ini, tindakan yang diambil oleh bank-bank pusat di negara-negara terkemuka serta berapa cepat dan berapa banyak kenaikan kadar faedah utama mereka ketika ekonomi sedang meleset pada masa ini menjadi kunci utama buat kadar tukaran. Terdapat kemungkinan bahawa tekanan inflasi yang meningkat di UK mungkin akan mengakibatkan kenaikan kadar faedah oleh Bank of England (BoE) menjadi lebih aktif. Namun, menurut kebanyakan pakar ekonomi, penggubal dasar berkenaan mungkin akan mengelak daripada mengambil langkah drastik seperti itu kerana pengetatan polisi kewangan yang begitu tegas boleh mengganggu ekonomi UK untuk jangka masa panjang. Jika diingat bahawa perkara penting menjelang akhir tahun ini dijangka akan berlaku pada 14 dan 15 Disember nanti, apabila mesyuarat pihak Rizab Persekutuan, ECB dan BoE akan diadakan hampir pada masa yang sama.

    Unjuran median buat masa ini hampir sama dengan EUR/USD: 50% penganalisis memilih bullish, 30% memihak bearish, dan baki 20% lagi kekal neutral. Dalam masa yang sama, apabila beralih ke ramalan jangka sederhana, jumlah mereka yang menyokong bear bertambah kepada 80%. Dalam kalangan indikator trend dan pengayun pada D1, 100% memihak kepada warna hijau, namun, 15% daripada pengayun sudah pun memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan belian. Sokongan buat pasangan ini berada pada paras dan zon 1.2210, 1.2145, 1.2085, 1.2030, 1.1960, 1.1900, 1.1800-1.1840, 1.1700-1.1720, 1.1600, 1.1475-1.1500, 1.1350, 1.1230, 1.1150, 1.1100. Jika pasangan ini bergerak ke atas, ia akan menemui rintangan pada paras 1.2290-1.2310, 1.2425-1.2450 and 1.2575-1.2610, 1.2750.

    Antara perkara yang melibatkan ekonomi di UK untuk minggu ini, hari Isnin, 5 Disember akan menjadi tumpuan apabila kadar Indeks Aktiviti Perniagaan Komposit (PMI) untuk bulan November serta kadar PMI dalam sektor perkhidmatan di UK akan dikeluarkan. Kadar indikator yang sama untuk sektor pembinaan di negara itu akan dikeluarkan keesokan harinya, Rabu, 6 Disember. 

USD/JPY: Yen Berterima Kasih Sekali Lagi Kepada Rizab Persekutuan

  • Julat utama dagangan USD/JPY untuk tiga minggu terakhir ini adalah antara 137.50-140.60. Ia cuba naik ke eselon lebih tinggi pada 21 November, namun minit mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) Rizab Persekutuan yang dikeluarkan sebelum itu telah mengembalikannya ke paras had yang ditetapkan. Seperti yang dinyatakan penganalisis pada waktu itu, “seluruh dunia (kecuali AS) berterima kasih kepada Rizab Persekutuan ke atas minit mesyuaratnya yang mengukuhkan lagi pengunduran bersifat dovish, menurunkan nilai dolar serta hasil bon AS.”

    Minggu lalu, dunia sekali lagi berterima kasih kepada pihak Rizab Persekutuan kerana ucapan Jerome Powell selaku ketuanya telah menolak nilai dolar ke bawah pada hari Rabu, 30 November dan mengurangkan lebih banyak hasil daripada sekuriti AS. Pasangan USD/JPY telah menembusi sempadan bawah saluran yang dilaluinya selepas pegawai penting itu berucap dan ia terus turun mendadak, menemui paras terendah mingguannya pada kedudukan 133.61.

    Dolar Amerika mungkin berpeluang untuk mendapatkan semula kerugian yang dialaminya setelah laporan rasmi kadar pekerjaan di AS dikeluarkan pada hari Jumaat, 2 Disember. Seperti yang dinyatakan di atas, jumlah NFP sebanyak 263K adalah lebih tinggi berbanding 200K yang diunjur, dan kedudukan USD/JPY melonjak lebih daripada 230 pip serta naik ke paras 135.98. Namun, pasaran mendapat tahu bahawa kadar pengangguran kekal berada paras yang sama, dan jumlah 263K pekerjaan baru ini adalah yang terendah sejak April 2021. Pasangan ini sekali lagi jatuh dan berakhir pada paras 134.33.  

    Jika diingat hasil bon 10 tahun Perbendaharaan AS susut kepada 3.5% setelah Jerome Powell memberikan ucapan “epik”, kadar terendah sejak 20 September lalu. Menurut unjuran pakar strategi di ING, kumpulan perbankan terbesar di Belanda, jika hasilnya adalah kira-kira 2.75% apabila tahun 2023 berakhir, kedudukan USD/JPY pada waktu itu mungkin berada di zon antara 125.00-130.00, kedudukan sama semasa ia didagangkan antara Mei-Ogos 2022.

    Sementara itu, unjuran untuk masa terdekat ini dilihat agak tidak jelas. 45% penganalisis bersetuju dengan senario bearish, 35% pula memihak bullish, dan 20% lagi mahu berdiam diri. Namun begitu, dalam hal ini, kebanyakan penganalisis (70%) menjangkakan pengukuhan serius dolar dalam jangka masa sederhana. Untuk pengayun pada D1, gambarannya adalah seperti berikut: 100% menunjukkan penurunan, 25% daripadanya berada di zon lebihan jualan. Dalam kalangan indikator trend, nisbah yang memihak warna merah adalah 100:0.

    Paras sokongan terdekat berada di zon 133.60, diikuti dengan paras dan zon 131.25-131.70, 129.60-130.00, 128.10-128.25, 126.35 dan 125.00. Paras dan zon rintangan pula adalah 135.20, 136.00, 136.65, 137.50-137.70, 138.00-138.30, 139.85, 140.60, 142.25, 143.75, 145.30, 146.85-147.00, 148.45, 149.45, 150.00 dan 151.55. Tugas utama bull adalah naik dan menduduki paras lebih tinggi daripada 152.00. Kedudukan selepas itu adalah paras tertinggi pada tahun 1990 di sekitar 158.00.

    Hari Khamis, 8 Disember boleh ditandakan pada kalendar makroekonomi kerana data kadar KDNK di Jepun untuk Q3 akan dikeluarkan. Mengikut jangkaan, indikator ini akan berada pada paras negatif yang sama: penurunan sebanyak 0.3% yang akan menjadi satu lagi hujah untuk menyokong polisi kewangan teramat longgar Bank of Japan (BoJ). Mesyuarat Bank Negara ini yang seterusnya dijadual akan berlangsung pada 20 Disember, dan mereka berkemungkinan akan membiarkan kadar faedah ke atas yen pada negatif 0.1%. 

MATA WANG KRIPTO: Cryptogeddon Dan Bukan Musim Dingin Kripto

  • Jika sebelum ini perkataan yang paling ditakuti para pelabur adalah “musim dingin kripto”, istilah baru, dan lebih teruk telah mula kedengaran dengan situasi yang berlaku baru-baru ini: “cryptogeddon” (menyamai Armageddon, tempat berlakunya pertarungan akhir dan penentu antara kuasa baik dan kuasa jahat).

    Semua orang akan bersetuju bahawa tahun ini adalah tahun yang teruk buat seluruh industri kripto. Statistik makroekonomi pada awal 2022, runtuhnya Terra yang bukan saja menghancurkan dua mata wang kripto daripada 10 TEMPAT TERATAS, malah juga mengakibatkan kesan domino yang merugikan kebanyakan peserta industri. Kejutan baru berlaku pada bulan November apabila gergasi pasaran, bursa kripto FTX dan syarikat berkaitan dengannya telah runtuh. Sekarang terdapat pula khabar angin yang menimbulkan keraguan terhadap kekayaan yang dimiliki syarikat Digital Currency Group dan anak-anak syarikatnya, dua daripadanya adalah Genesis dan Grayscale.

    Mangsa “cryptogeddon” yang seterusnya adalah platform BlockFi. Ia memfailkan untuk muflis pada hari Isnin lalu. Pemiutang yang paling teruk menerima kesan daripada hal ini termasuklah Ankura Trust Company ($729 juta), West Realm Shires Inc ($275 juta), malah pihak SEC sendiri, pihak Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti AS yang hebat dan berkuasa ($30 juta).

    Para penghasil berdepan dengan masalah besar kerana kos penghasilan bitcoin berada jauh di bawah harga pasaran. Oleh itu, menurut anggaran MacroMicro, kosnya adalah $19,400 pada 29 November dengan harga $16,500 untuk setiap BTC. Situasi ini menunjukkan bahawa kerugian yang dialami peneraju industri seperti syarikat Core Scientific Inc pada hakikatnya mencecah $1.7 bilion, dan mereka juga berada di ambang kebankrapan.

    (Untuk pengetahuan, Bitcoin akan berhadapan dengan pengurangan kerumitan terbesar dalam pengiraannya untuk tahun ini pada 6 Disember nanti. Masa yang diambil sekarang untuk menghasilkan satu blok adalah 10 minit, dan pengurangan tempoh ini adalah dijangka sebanyak 6% hingga 9%).

    Walaupun dengan semua kerugian yang dialami, industri ini terus mengharapkan yang terbaik. Unjuran utama dibahagikan kepada 1) kadar BTC/USD akan turun lagi, namun kemudian naik semula, dan 2) pasangan ini sudah mencecah paras terendahnya dan hanya akan menuju kejayaan kelak. Mari mulakan dengan senario pertama.

    Jadi, Mark Mobius, pengasas bersama syarikat pelaburan Mobius Capital Partners LLP berkongsi pendapat beliau dengan mengatakan bahawa kedudukan bitcoin akan terus jatuh, dan sasaran terdekatnya adalah $10,000. Sasaran ini selari dengan data opsyen oleh Deribit yang menunjukkan sejumlah besar kontrak put bitcoin yang digelar sebagai “open interest” dengan harga laksana sebanyak $10,000 menjelang akhir Disember ini masih lagi belum dijelaskan.

    Penganalisis kripto iaitu Benjamin Cowen menunggu kemunculan pasaran bull tidak lama lagi. Namun pada pendapat beliau, perkara ini akan berlaku setelah ia turun dengan ketara dan kedudukannya benar-benar mencecah paras terendah. “Kami mengikuti isyarat yang ringkas: pertemuan antara garis purata pergerakan 200 hari dengan harga bitcoin pada carta,” jelas penganalisis itu. Menurut beliau, pertemuan itu akan berlaku antara 25-27 Disember. Hanya selepas itu barulah kami boleh jangkakan harganya untuk mencecah paras terendah serta peralihan BTC/USD kepada pertumbuhan yang stabil. Mengikut unjuran penganalisis itu, setakat ini kedudukan terendahnya masih belum dicapai. Selain daripada harga BTC yang belum melintasi garis SMA 200 hari, Cowen juga merujuk kepada indikator Puell Multiple. Nilai minimum metrik itu adalah kira-kira 0.3 pada kitaran sebelum ini. Indikator tersebut setakat ini hanya turun kepada 0.375 pada tahun ini.

    Cowen menekankan tentang tempoh pasaran bearish yang bertahan selama setahun sebelum ini sebagai hujah tambahan untuk perkara yang bakal berlaku nanti. Pasaran bearish pada tahun 2014 berlaku selama 14 bulan, manakala pada 2018 pula selama 12 bulan.

    Pedagang kripto terkenal iaitu Ton Vays menjelaskan bagaimana bull boleh mengakhiri pasaran bearish yang begitu lama itu. Menurut beliau, mereka harus menetapkan harga mata wang kripto utama itu ke paras tertinggi bulan November, dan kenaikan ini akan memulakan lonjakan ke atas. “Saya ingin lihat harganya berada pada paras $23,000. Jika pergerakannya berubah, kita perlu bertahan pada paras $19,000 dan kemudian naik semula lebih tinggi daripada $23,000. Kemungkinan yang menunjukkan pasaran bull telah bermula daripada semua ini adalah antara 95% dan 98%,” jelas beliau.

    Walau bagaimanapun, pedagang kripto yang meramalkan dengan tepat keruntuhan pasaran bitcoin pada tahun 2018 itu juga tidak menolak sama ada bitcoin akan berdepan dengan jualan yang baru. “Satu lagi senario adalah nilainya akan turun ke paras $11,000. Saya percaya pasaran bull akan mula selepas itu kerana saya tidak percaya bitcoin akan susut nilainya lebih rendah daripada itu.” Walau apapun senario yang berlaku, Vays menjangkakan nilai bitcoin akan mencecah $23,000 pada hujung tahun ini atau awal tahun 2023.

    Senario kedua iaitu permulaan trend bearish telah ditunjukkan oleh data daripada portal IntoTheBlock. Penganalisis syarikat itu maklum bahawa bitcoin buat masa ini sedang berhadapan dengan susut nilai yang mendadak: situasi di mana harga niaga hadapan BTC adalah lebih rendah berbanding harga semasa aset tersebut dalam pasaran biasa (spot). Hal ini membayangkan bahawa pasaran menerima tekanan yang kuat daripada para penjual. Pedagang membuka posisi shot secara aktif dengan harapan harga bitcoin akan terus jatuh.

    Dalam masa yang sama, IntoTheBlock menekankan bahawa tempoh apabila kontrak niaga hadapan mengalami penyusutan adalah lebih cenderung untuk menunjukkan pasaran berada pada paras terendahnya, seperti yang berlaku pada bulan Mac 2020 dan Mei 2021. Ia juga boleh memberi isyarat bahawa nilai mata wang kripto sudah berada pada kedudukan terendahnya sekarang.

    Versi ini disokong oleh pelabur runcit kecil (memiliki sehingga 10 BTC). Mengikut laporan platform analisis Glassnode, sikap optimis golongan ini mengenai bitcoin semakin bertambah dan pengumpulan coin yang mereka lakukan telah mencecah rekod baru walaupun dengan bursa FTX yang runtuh serta krisis yang sedang berlaku.

    Sejak bursa FTX runtuh pada awal November lalu, pelabur bilis (kurang daripada 1 BTC) dilaporkan telah mengumpul sebanyak 96,200 coin bernilai $1.6 bilion ke dalam portfolio mereka, “peningkatan jumlah baki paling tinggi dalam sejarah.” Kini mereka memiliki 1.21 juta BTC secara keseluruhannya yang bersamaan dengan 6.3% daripada 19.2 juta coin yang telah dihasilkan  sekarang. Sementara itu, “ketam” (memiliki sehingga 10 BTC) telah membeli kira-kira 191,600 coin dengan nilai lebih kurang $3.1 bilion sejak 30 hari lalu, ini juga “jumlah tertinggi yang amat meyakinkan.”

    Walaupun pelabur bilis dan ketam mengumpul bitcoin dengan rekod jumlah yang tinggi, pelabur-pelabur besar menjualnya. Menurut Glassnode, jerung bitcoin telah menjual kira-kira 6,500 BTC ($107 juta) ke dalam bursa sepanjang bulan lalu. Walau bagaimanapun, jumlah ini adalah sebahagian kecil saja daripada jumlah keseluruhan pemilikan mereka iaitu 6.3 juta BTC ($104 bilion) yang mencadangkan bahawa para jerung juga kekal bersifat optimis.

    Kebanyakan pemengaruh juga optimis dengan masa hadapan. Tom Lee, penyelidik di Fundstrat Global Adivsors dan juga seorang penganalisis terkenal berkata kejadian tragik yang melanda tahun 2022 seperti yang dinyatakan di atas adalah detik-detik “penyingkiran” dalam industri, tahun depan sepatutnya lebih baik daripada tahun ini, dan bitcoin masih boleh dijadikan sebagai alat pelaburan.

    Michael Novogratz, CEO syarikat pelaburan kripto Galaxy Digital juga merasakan aset digital tidak akan meninggalkan pasaran walaupun industri itu mengalami krisis keyakinan. “Terdapat 150 juta orang yang telah memilih untuk menyimpan kekayaan mereka dalam bitcoin. […] Justeru, bitcoin, ethereum tidak akan hilang. Sama juga dengan lain-lain mata wang kripto,” beliau berkata.

    Novogratz menjangkakan industri kripto akan pulih serta mengalami pertumbuhan yang agak lembab. “Anda akan lihat tidak lama lagi pelabur seperti CEO ARK Invest iaitu Cathy Wood memasuki pasaran kripto dan membuat pelaburannya. Saya tidak rasa proses pemulihan ini akan berlaku dengan cepat. Ia mungkin memakan masa. Tidak mudah untuk mengembalikan keyakinan,” jelas ahli perniagaan itu. Menurut Yahoo, Cathy Wood sendiri memberi jawapan “ya” apabila ditanyakan sama ada beliau masih kekal dengan ramalannya berkenaan BTC yang mencecah nilai $1 juta menjelang tahun 2030.

    Dalam pada itu, semasa ulasan ini dibuat (petang Jumaat, 2 Disember), pasangan BTC/USD didagangkan jauh di bawah kadar $1 juta yang menjadi idaman. Kadar korelasinya dengan indeks pasaran saham (S&P500, Dow Jones dan Nasdaq) adalah hampir pulih. Kadar Indeks Fear & Greed Kripto naik daripada 20 kepada 27 mata dalam masa tujuh hari dan akhirnya berjaya keluar daripada zon Extreme Fear untuk berada di zon Fear. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto juga sedikit bertambah dan jumlahnya adalah $0.859 trilion ($0.833 trilion pada minggu lalu).

 

Bahagian Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami