Januari 2, 2023

Pedagang 3 TEMPAT TERATAS NordFX Memperoleh Pulangan Hampir USD 1.5 Juta Pada Tahun 20221 

Menjadi kebiasaan untuk NordFX mengeluarkan statistik mengenai prestasi transaksi dagangan para pelanggan mereka, serta pulangan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat tersebut. Keputusan kali ini bukan hanya untuk bulan lalu saja, malah hasil untuk sepanjang tahun 2022 telah pun dirumuskan dalam artikel ini.

  • Keputusan terbaik yang ditunjukkan dalam kalangan pedagang untuk bulan Disember adalah seorang pelanggan dari Asia Barat (pemilik akaun No. 1657XXX) yang memperoleh untung sebanyak USD 115,335 hasil daripada transaksi terhadap emas (XAU/USD).
  • Tempat kedua daripada tiga orang pelanggan NordFX dengan pulangan paling tinggi menjadi milik pelanggan yang memegang akaun No. 1637XXX, memperoleh sebanyak USD 46,115 hasil transaksi ke atas minyak mentah Brent (Ukoil.c).
  • Akhir sekali, kedudukan terakhir podium untuk bulan Disember menjadi milik seorang lagi wakil dari rantau Asia Barat (pemilik akaun No. 1644XXX) dengan pulangan sebanyak USD 22,256, juga hasil daripada dagangan emas (XAU/USD).

Sekarang adalah untuk keputusan tahun 2022 pula. Komposisi bagi kedudukan tiga teratas setiap bulan adalah berubah-ubah, mereka yang menduduki podium dagangan ini adalah wakil dari pelbagai rantau dan negara. Secara keseluruhan, pedagang-pedagang yang menduduki 3 TEMPAT TERATAS ini telah berjaya mendapatkan pulangan sebanyak USD 1,441,457 pada tahun lalu. Ini bermakna, purata pendapatan bagi seorang pedagang yang berjaya menduduki 3 TEMPAT TERATAS adalah sebanyak USD 40,040 setiap bulan. Seorang pelanggan dari Asia Tenggara (pemilik akaun No. 1620XXX) telah berjaya mendapatkan pulangan paling tinggi, memperoleh sebanyak USD 146,396 untuk dagangan emas (XAU/USD) pada bulan April.

Ketahuilah bahawa dagangan ke atas emas telah berjaya menduduki tempat pertama dalam kedudukan 3 TERATAS untuk instrumen dagangan paling menguntungkan. Transaksi terhadap logam berharga inilah yang sering meletakkan pedagang-pedagang NordFX di podium. Mata wang pound British berada di tempat kedua. Untuk pasangan mata wang paling terkenal, EUR/USD, ia hanya berjaya menduduki tempat ketiga dalam ranking, agak sukar untuk dipintas oleh pasangan yen Jepun, dolar Kanada dan Australia.

Dalam kalangan perkongsian IB NordFX, 3 TEMPAT TERATAS untuk bulan Disember adalah seperti berikut:

  • komisen paling banyak iaitu USD 5,830 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1562ХXХ;
  • seterusnya adalah rakan serantau mereka (pemilik akaun No. 1618XXX) yang memperoleh sebanyak USD 5,692 untuk bulan lalu;
  • dan akhir sekali, rakan mereka dari Asia Barat (pemilik akaun No. 1621XXX) menduduki tempat ketiga, memperoleh komisen sebanyak USD 3,525 pada bulan Disember.

Seperti pedagang, komposisi rakan kongsi yang menduduki 3 tempat teratas adalah berubah-ubah. Secara keseluruhan, mereka yang berjaya mendudukinya telah menerima komisen sebanyak USD 243,344 pada tahun 2022. Komisen paling banyak iaitu USD 24,700 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Tenggara, pemilik akaun No. 1371XXX pada bulan Jun lalu.

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami