Januari 9, 2023

Kondisi dagangan yang digunakan oleh kebanyakan pedagang moden pada hari ini telah berubah secara drastik sepanjang 10-15 tahun lalu. Kini, komputer dan terminal dagangan yang dimiliki oleh pedagang mampu untuk memberikan keajaiban, melaksanakan pengiraan matematik paling rumit dalam sekelip mata saja. Lebih-lebih lagi, keseluruhan proses dagangan kini mampu dijalankan sepenuhnya secara automatik dengan menggunakan robot penganalisis. Namun begitu, selain daripada robot penganalisis, anda juga memerlukan khidmat VPS Forex bagi menyempurnakan proses automasi ini.

VPS Forex adalah sebuah pelayan hos berasingan yang boleh anda pasangkan dengan terminal dagangan MetaTrader. Kelebihan yang ada pada pelayan-pelayan seperti itu adalah ianya berfungsi sepanjang masa dengan sambungan internet tanpa gangguan, dan memastikan robot penganalisis serta program-program lain beroperasi dengan baik. Hal ini penting kerana dagangan Forex berjalan 24 jam sehari dari hari Isnin hingga Jumaat, manakala pasaran mata wang kripto pula berjalan setiap hari tanpa henti walaupun pada hujung minggu mahupun pada musim perayaan.

Cara untuk Menambah Baik Dagangan Forex Dengan VPS

Terdapat pelbagai jenis perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku pada sepanjang hari dagangan dan memberi kesan terus kepada prestasi robot-robot penganalisis itu, serta hasil dagangan peribadi anda sendiri. Antara yang biasa berlaku adalah sambungan internet pada komputer peribadi anda yang tiba-tiba hilang, atau lebih teruk lagi, terputus bekalan elektrik. Pada waktu-waktu beginilah order stop yang belum lagi ditetapkan atau posisi yang belum ditutup boleh membawa kerugian.

Ada juga beberapa masalah lain yang mereka hadapi - anak kecil yang aktif serta ahli keluarga. Pada hakikatnya, tanpa kerelaan anda, mereka semua ini boleh memadam komputer atau telefon pintar anda tanpa sengaja, dan order dagangan yang tidak dipantau akan melakukan operasi sendiri, lalu menghabiskan wang deposit anda dengan begitu cepat.

Jika anda menggunakan dagangan VPS, maka ianya:

– membolehkan robot penganalisis anda terus bekerja, walaupun jika terputusnya bekalan elektrik atau sambungan Internet;

– memberi peluang untuk menyelamatkan operasi terminal dagangan daripada kanak-kanak mahupun ahli keluarga yang lain;

– dapat mengurangkan beban pada komputer atau telefon pintar anda, terutamanya jika terdapat beberapa terminal digunakan sekaligus pada masa yang sama;

– tidak seharusnya menghantui anda walaupun jika komputer diserang dengan virus berbahaya atau kegagalan lain operasi komputer: penganalisis robot anda akan terus berfungsi pada pelayan VPS berasingan dalam mod normal.

Justeru, VPS Forex adalah satu alat serba boleh untuk berdagang secara efisien bagi mengelak daripada berhadapan masalah besar yang lain. Juga, anda tidak seharusnya lupa bahawa operasi robot penganalisis yang tidak terganggu saja boleh melaksanakan sepenuhnya strategi yang dirancang serta mendapatkan hasil yang diinginkan.

VPS Forex: Kawalan Sepenuhnya Terhadap Pasaran, Sepanjang Masa1

Android VPS adalah satu lagi tawaran dagangan hebat

Seperti yang kami sudah nyatakan, VPS adalah pelayan yang berasingan, lokasinya mungkin berada jauh di negara lain, dan ia bukan saja boleh disambungkan pada komputer meja atau riba anda, malah mungkin menggunakan peranti lain - telefon pintar atau tablet, dan peranti-peranti ini boleh menggunakan Android VPS. Oleh itu, anda boleh mengawal kadar pelaksanaan robot penganalisis sendiri - sepanjang masa di mana saja, dan jika perlu, melibatkan diri dalam dagangannya atau menjalankan dagangan “manual” sendiri.

Fozzy: Penyedia Bertaraf Fort Knox dalam dunia VPS

Kesimpulannnya, kami ingin mengingatkan bahawa broker NordFX ada menyediakan tawaran diskaun yang lumayan kepada para pelanggan mereka untuk menggunakan VPS daripada penyedia Fozzy. Oleh itu, perbelanjaan bagi menggunakan VPS pada Android adalah separuh daripada kos pedagang lain. Perkara ini seterusnya dapat memberi kesan besar terhadap kadar pulangan dagangan anda.

Kadar kelajuan transaksi, pelaksanaannya serta kos bagi perkhidmatan ini turut disediakan: sudah pastinya semua itu adalah penting. Namun kelebihan yang ada jika menggunakan Fozzy tidak terhenti di situ. Satu lagi kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi adalah kepentingan terhadap keselamatan pelanggan. Selain daripada menggunakan program anti virus paling canggih di dunia, terdapat perisian hebat yang melindungi pelayan-pelayan milik penyedia VPS ini, menjadikannya dinding kukuh terhadap serangan jahat penggodam dan bot-bot serta menangkis serangan DDoS dari mana-mana arah.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami