Januari 16, 2023

10 tahun yang lalu, pada tahun 2013, NordFX telah memenangi anugerah Platform Forex Berbahasa Arab di Anugerah Forex MENA ke-12. Pada tahun 2020, Jawatankuasa Penilaian Penganalisis Forex Awards juga telah mengiktiraf dengan anugerah yang sama atas usaha syarikat ini di rantau itu. Kini, hasil undian pedagang serta pelawat laman Forexing.com, NordFX telah sekali lagi dianugerahkan sebagai “Broker Terbaik Timur Tengah 2022”.

Usaha NordFX di Timur Tengah Telah Diiktiraf Dengan Anugerah Forexing1

Forexing adalah sebuah portal berita kewangan global popular yang menyiarkan berita-berita serta analisis pasaran Forex & Kewangan Lain kepada Pedagang Baru dan Profesional. Disamping itu, laman portal ini turut mengandungi material pembelajaran dan bahan berguna yang lain bertujuan untuk membantu para pembaca menambah baik keberkesanan dagangan mereka.

Forexing menganugerahkan Broker-Broker di seluruh Dunia dengan Anugerah Forex di atas pendekatan terbaik mereka buat para pelanggan pada satu-satu tahun. Satu pasukan dalam portal itu akan mengulas, menilai dan mencalonkan syarikat-syarikat yang terbaik dalam industri. Sepanjang tempoh undian, kesemua pedagang runcit dialu-alukan untuk mengundi syarikat kegemaran mereka bagi perkhidmatan tertentu. Anugerah akan diberi kepada broker Forex runcit serantau dan antarabangsa yang menerima paling banyak undian. NordFX telah berjaya menjadi salah satu pemenang untuk tahun 2022, mengatasi pesaingnya dengan hebat bagi pencalonan Broker Terbaik Timur Tengah.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami