Februari 2, 2023

Menurut jawatankuasa penganalisis Forex-Awards.com, NordFX telah meraih kemenangan meyakinkan untuk pencalonan Broker CFD Terbaik Asia 2022.

NordFX Bukan Saja Telah Diiktiraf Sebagai Broker Forex Paling Dipercayai, Malah Broker CFD Terbaik Asia Tahun 20221 

Tahun lalu adalah tahun yang bertuah untuk NordFX kerana syarikat ini telah dianugerahkan dengan beberapa kejayaan profesional berprestij yang mengiktiraf pencapaiannya di rantau-rantau tertentu serta kecemerlangan yang ditunjukkan. Anugerah Kecemerlangan Perniagaan THE BIZZ oleh Konfederasi Perniagaan Dunia, Broker Pelaksana Terbaik LATAM oleh International Business Magazine Awards, Broker Kripto Terbaik dari AllForexRating Awards, Broker Forex Paling Dipercayai Asia oleh Finance Derivative Awards, Broker Terbaik Timur Tengah oleh Forexing Awards adalah anugerah-anugerah yang berjaya dirangkul NordFX untuk tahun 2022. Kini NordFX turut diiktiraf sebagai Broker CFD Terbaik Asia oleh Forex-Awards.com.

Penganugerahan gelaran kehormat kepada syarikat ini telah dibuat oleh Jawatankuasa Penganalisis dari Forex-Awards.com berdasarkan pendapat para penganalisis bebas dan juga penganalisis komuniti dagangan. Sekumpulan penganalisis profesional unik yang berpengkalan di Hong Kong ini telah memberikan anugerah kepada penyelesaian dan inovasi paling luar biasa untuk hampir 30 pencalonan sejak tahun 2010, mengiktiraf peserta pasaran yang menunjukkan kejayaan inisiatif mereka serta keputusan yang cemerlang dalam industri Forex.

Jawatankuasa Penganalisis Forex-Awards.com telah mengakui keupayaan NordFX sebelum ini. Kali ini, penganugerahan Broker CFD Terbaik Asia adalah disebabkan oleh pencapaian yang ditunjukkan syarikat tersebut dalam dagangan online CFD, termasuklah pilihan instrumen dagangan yang sangat meluas, pelaksanaan segera order, serta kadar spread dan komisen yang rendah supaya para pelanggan dari rantau Asia boleh memperoleh kejayaan yang mengagumkan. Cukup dengan mengatakan bahawa jumlah keseluruhan pulangan yang diterima oleh pedagang NordFX untuk 3 TEMPAT TERATAS pada tahun 2022 adalah hampir sebanyak $1,500,000 dan kebanyakan daripada mereka ini berasal dari Asia.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami