Mac 1, 2023

Pada 1 Mac tahun ini, syarikat broker NordFX telah melancarkan satu lagi Cabutan Bertuah Super Mega buat para pelanggan mereka. Cabutan bertuah ini akan diadakan sehingga akhir tahun 2023 dan menawarkan pelbagai hadiah tunai antara $250 dan $5000 dengan hadiah terkumpul keseluruhan berjumlah $100,000.

Cabutan Bertuah Super Mega: $100,000 Lagi Hadiah Untuk Pedagang Oleh NordFX Pada Tahun 20231 

Slogan “Peluang untuk Menang 202+3 Hadiah Pada Tahun 2023” telah dipilih untuk cabutan bertuah kali ini kerana para pemenang akan menerima 202 hadiah, termasuklah tiga hadiah super berjumlah $5000 setiap satu selain daripada hadiah-hadiah tunai yang lain. Hadiah terkumpul berjumlah $100,000 akan dibahagikan kepada tiga bahagian: $40,000 akan diberikan pada cabutan pertama dan kedua, manakala cabutan ketiga iaitu cabutan sempena Tahun Baru akan memberi ganjaran sebanyak $60,000.

Para pelanggan NordFX yang menyertai cabutan bertuah ini sudah pun berjaya memenangi hadiah sebanyak $200,000 pada tahun 2021 dan 2022. Syarat penyertaannya masih lagi sama untuk tahun 2023. Bagi menyertainya, para pelanggan hanya perlu memiliki akaun Pro NordFX (atau daftar dan buka akaun baru), letakkan deposit sekuang-kurangnya $200, dan mula berdagang.

Pelanggan yang membuat dagangan pasangan mata wang Forex atau emas sebanyak dua lot (atau empat lot perak) akan menerima satu tiket cabutan bertuah maya. Tiada had bagi tiket yang boleh diperoleh para peserta. Lagi banyak deposit yang dimasukkan dan lebih aktif para pelanggan membuat dagangan, lebih banyak tiket cabutan bertuah yang boleh diperoleh dan lebih tinggi peluang untuk menang hadiah.

Kadar kebarangkalian untuk menang juga bergantung kepada tarikh anda menerima tiket cabutan bertuah. Tiket yang diterima antara 1 Mac dan 30 Jun akan menyertai cabutan pertama, tiket yang diterima antara 1 Mac dan 30 September pula akan menyertai cabutan kedua, manakala tiket yang diterima antara 1 Mac dan 30 Disember, 2023 akan menyertai cabutan ketiga, cabutan Tahun Baru. Tiket-tiket yang diterima lebih awal berpeluang untuk menyertai ketiga-tiga cabutan, meningkatkan lagi kadar kebarangkalian untuk menang.

Perlu diketahui bahawa pengalaman berdagang serta hasil dagangan tidak memberi kesan terhadap peluang kemenangan. Cabutan tiket dijalankan menggunakan penjana nombor rawak, maka peluang untuk para pedagang berpengalaman serta pedagang baru menang adalah sama.

Setiap cabutan akan dijalankan secara online dan akan direkod, sesiapa yang memiliki sambungan internet boleh menontonnya di mana saja di seluruh dunia. Ketepatan tiket cabutan bertuah yang diberi boleh disemak di laman web rasmi NordFX https://nordfxmalaysian.com/promo/super-lottery-third-draw.html, para pelanggan juga boleh membaca syarat-syarat Cabutan Bertuah 2023 dengan lebih teliti di situ.

Akhir sekali, penting untuk anda ketahui bahawa para pemenang cabutan bertuah ini akan menerima wang tunai yang boleh diguna untuk berdagang atau dikeluarkan tanpa sebarang sekatan.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami