Mac 1, 2023

Syarikat broker NordFX telah mengeluarkan keputusan prestasi dagangan para pelanggannya untuk bulan Februari 2023. Selain itu, syarikat ini turut menilai khidmat dagangan sosial mereka iaitu PAMM dan CopyTrading, serta pulangan yang diperoleh rakan kongsi IB mereka.

Keputusan Februari 2023: Euro dan Emas Memberi Pulangan Puluhan Ribu Dolar Kepada Pedagang NordFX1 

Kedudukan teratas dalam ranking pedagang paling berjaya menjadi milik seorang pelanggan dari Asia Timur, pemilik akaun bernombor 1677XXX yang memperoleh pulangan sebanyak USD 49,130 untuk dagangan yang majoritinya dibuat terhadap pasangan EUR/USD dan USD/CHF. Tempat kedua pula diduduki oleh pemilik akaun bernombor 1597XXX dari Asia Selatan yang memperoleh pulangan sebanyak USD 37,244 dalam masa sebulan. Sumber keuntungannya adalah hasil daripada operasi terhadap emas (XAU/USD).

Pasangan mata wang XAU/USD telah membolehkan pedagang-pedagang NordFX menduduki tiga tempat teratas lebih kerap berbanding pasangan mata wang yang lain. Kali ini, bukan saja tempat kedua menjadi milik pelanggan yang berdagang logam berharga itu, malah tempat ketiga podium juga sama dan diduduki oleh pelanggan dari Asia Selatan, pemilik akaun bernombor 1678XXX dengan pulangan sebanyak USD 23,994 untuk bulan Februari. Ketahuilah bahawa pedagang ini juga menunjukkan keputusan mengagumkan pada akaun lain mereka (bernombor 1624XXX) yang mengaut keuntungan hampir USD 18,000. Maka, mereka mungkin boleh bertukar tempat antara kedudukan kedua dan ketiga untuk tiga tempat teratas dengan rakan sebangsa mereka.

Untuk khidmat pelaburan pasif:

  • Untuk CopyTrading, penyedia isyarat KennyFXPRO - Prismo 2K terus menambah hasil pulangan mereka serta menggembirakan para peminatnya. Dalam masa 665 hari, kadar keuntungannya telah bertambah sebanyak 310%. Namun, walaupun ia nampak agak stabil, perlu diketahui bahawa penyedia ini telah mengalami kerugian yang amat teruk pada November lalu, kadar susut maksimum pasangan ini hampir mencecah 67%. Keadaan ini boleh dianggap sebagai luar biasa, namun perlu sentiasa diingat bahawa dagangan dalam pasaran kewangan adalah satu aktiviti berisiko, tiada siapa boleh mengelak daripada ditimpa masalah seperti itu.
    Para peminat dagangan algoritma mungkin akan berminat dengan penyedia startup dengan nama ATFOREXACADEMY ALGO 1. Dalam masa 68 hari, isyarat ini telah menunjukkan pulangan sebanyak 171%, namun begitu kadar susutnya juga tidak begitu kecil, 38%.
  • Untuk servis PAMM, dua akaun utama yang mengalami kerugian teruk pada November lalu terus menunjukkan keadaan yang semakin pulih. Berterima kasih kepada kedua-dua pengurusnya, mereka berjaya menghalang kerugian daripada melicinkan deposit yang ada dengan menutup posisi rugi, dan kini, walaupun lebih berhati-hati, ia kembali memberi pulangan. Buat masa, ini pulangan yang diperoleh KennyFXPRO-The Multi 3000 EA adalah 81%, manakala TranquilityFX-The Genesis v3 pula adalah 50%. Dengan mengecualikan bencana yang dialami pada November lalu, kadar susutnya dilihat agak sederhana dan tidak lebih daripada 20%.

Dalam kalangan perkongsian IB NordFX, wakil-wakil dari benua Asia juga berjaya menduduki tiga tempat teratas:

  • Komisen terbesar sebanyak USD 5,827 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Selatan yang memiliki akaun bernombor 434XXX.
  • Tempat kedua adalah milik rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun bernombor 1645XXX yang memperoleh USD 5,684.
  • Akhir sekali, seorang lagi rakan kongsi dari Asia Barat yang memiliki akaun bernombor 1652XXX menduduki tempat ketiga, memperoleh pulangan sebanyak USD 5,337.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami