April 6, 2023

Program affiliate (IB) yang dianjur oleh broker-broker forex memberi peluang untuk mendapatkan lebih banyak pulangan dengan menarik pelanggan-pelanggan baru menyertai platform broker tersebut. Program ini bukan saja dapat memberi manfaat kepada pedagang berpengalaman yang ingin membuat duit daripada kemahiran serta pengetahuan yang dimiliki, malah pedagang baru juga boleh menimba pengalaman dan dalam masa yang sama mendapat untung dengan menarik pelanggan baru. Dengan mengambil NordFX sebagai contoh, mari fahami apakah itu program affiliate, bagaimana program itu berjalan dan apakah kelebihan-kelebihan yang ada.

Kenapa NordFX?

NordFX adalah sebuah syarikat broker antarabangsa dengan prestasi cemerlang dalam pasaran kewangan untuk lebih daripada 15 tahun. Jumlah akaun yang dibuka para pelanggan NordFX dari hampir 190 buah negara di seluruh dunia adalah melebihi 1,800,000 setakat ini.

Program affiliate yang dianjur broker berpengalaman ini begitu istimewa kerana syarikat tersebut menerapkan aspek terbaik yang ada dalam industri, disebabkan itulah mereka telah diiktiraf dengan pelbagai anugerah profesional berprestij. Majalah Forex Awards Ratings serta Masterforex-V EXPO telah mengiktirafnya sebagai Program Affiliate Terbaik bagi tahun 2016, 2017, 2018, 2019, 2020 dan 2021. Disamping itu, program ini turut diiktiraf sebagai Program Affiliate Cemerlang di Saigon Financial Education Summit di Vietnam pada tahun 2019.

Program Perkongsian Broker (IB) Forex: Apakah Itu dan Cara Mendapatkan Untung Daripadanya1

Apakah Itu Program Affiliate dan Bagaimana Ia Berfungsi

Program affiliate oleh sesebuah broker forex adalah satu perjanjian antara pihak broker dan rakan kongsinya (individu atau syarikat) yang bersetuju untuk menarik pelanggan baru menyertai broker dan kemudian menerima ganjaran di atas usaha mereka itu.

Penganjuran program affiliate adalah mengikut prinsip-prinsip berikut:

1. Rakan kongsi mendaftar ke dalam program dan menerima kod/pautan rujukan unik yang akan diguna untuk mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang dirujuk.

2. Rakan kongsi meletakkan material-material serta maklumat-maklumat promosi mengenai broker pada sumber yang dimiliki (laman web, blog, rangkaian sosial, dll.), dan/atau meyakinkan para pelanggan dengan menggunakan kemahiran komunikasi masing-masing.

3. Pelanggan baru mendaftar di platform broker menggunakan pautan rujukan.

4. Pelanggan yang baru mendaftar akan membuat deposit dan mula berdagang, manakala rakan kongsi pula menerima ganjaran yang sepadan dengan usaha mereka itu.

Ganjaran serta Lain-Lain Faedah Menjadi Rakan Kongsi NordFX

Ganjaran yang diterima bergantung kepada jumlah deposit yang dimasukkan serta aktiviti operasi dagangan yang dijalankan oleh para pelanggan yang mereka rujuk. Ada bermacam-macam jenis ganjaran yang NordFX tawarkan supaya perkongsian bersama broker adalah menguntungkan.

1. CPA (Cost Per Acquisition atau Kos Setiap Perolehan): rakan kongsi menerima satu jumlah tetap bagi setiap pelanggan yang turut serta dan membuat deposit pertama mereka. Kadar CPA di NordFX boleh mencecah $700.

2. Lot Rebate: rakan kongsi menerima komisen berdasarkan pulangan dagangan yang diperoleh pelanggan yang dirujuk pada tempoh-tempoh tertentu. Komisen seperti ini mampu mencecah 70% daripada kadar spread.

3. Selain itu, rakan kongsi NordFX boleh berharap untuk menerima Bonus Referral sebanyak $100, dan Bonus Ekstra yang bergantung kepada jumlah deposit pelanggan mereka:

Deposit Bersih sebanyak $25K = $250,

Deposit Bersih sebanyak $30K = $500,

Deposit Bersih sebanyak $50K = $1000.

Selain daripada nilai komisen serta jumlah pulangan yang besar dalam industri affiliate, berikut adalah antara kelebihan yang boleh didapati dengan perkongsian bersama NordFX:

- Sistem IB pelbagai tahap, supaya anda boleh menghasilkan rangkaian perniagaan anda sendiri dan menerima hasilnya dari 5 peringkat;

- Program pembangunan individu rakan kongsi, pelang komisen peribadi serta khidmat bantuan eksklusif;

- Pengkreditan komisen yang pantas;

- Pengesanan trafik, laporan pelanggan serta statistik komisen yang progresif;

- Pengeluaran segera komisen untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa;

- Syarat dagangan terbaik, alatan dan penggunaan platform paling popular bagi menarik pelanggan;

- Pelbagai bentuk material promosi, widget, laman penambat dan sepanduk berinovasi untuk menarik perhatian pelanggan;

Harus maklum juga bahawa laman web rasmi NordFX sentiasa dikemas kini dengan versi bahasa yang baru. Buat masa ini, jumlahnya sudah pun mencecah 15 bahasa. Disamping itu, rakan kongsi broker ini turut berterima kasih dengan penyediaan pelbagai jenis material pembelajaran dalam pelbagai bahasa yang boleh didapati pada laman web tersebut kerana mereka dapat menjalankan seminar untuk berkongsi ilmu dengannnya, memperbaiki prestasi dagangan para pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru.

Satu lagi kelebihan utama yang ada pada Program Affiliate ini adalah keupayaan para pelanggan dari kebanyakan negara untuk menambah jumlah deposit serta membuat pengeluaran dengan menggunakan sistem bayaran tempatan yang ada di negara masing-masing, terdapat lebih daripada 25 sistem bayaran kesemuanya.

- Faktor paling penting adalah kebolehpercayaan dan keselamatan wang para pelanggan. Dengan pengalaman 15 tahun bekerja di pasaran kewangan, para penganalisis NordFX telah menimba bermacam-macam ilmu pengetahuan dalam menangkis sebarang serangan penggodam. Tiada satu pun pencerobohan yang berjaya setakat ini, dan tiada sesen pun wang pelanggan yang berjaya dicuri atau hilang. Atas dasar itulah NordFX diiktiraf sebagai Broker Paling Dipercayai untuk tahun 2016, 2017, 2018, 2020 dan 2022, dan pihak World Confederation of Businesses pula mengiktiraf broker ini dengan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan pada tahun 2020 dan 2022.

Berapa Pulangan Sebenar yang Diperoleh Rakan Kongsi

NordFX mengenal pasti 3 TEMPAT TERATAS rakan kongsi IB yang paling efektif setiap bulan. Untuk tahun 2022 saja, para peserta yang menduduki 3 TEMPAT TERATAS telah menerima sebanyak USD 243,344. Lebih-lebih lagi, jumlah komisen paling banyak untuk sebulan yang telah dibayar kepada seorang rakan kongsi adalah sebanyak $24,700. Secara keseluruhan, lebih daripada 25,000 orang rakan kongsi NordFX sudah pun menerima lebih daripada $30,000,000 dalam bentuk komisen sepanjang program perkongsian ini diadakan, dan jumlah itu semakin hari semakin bertambah.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami