Mei 31, 2023

Broker NordFX sekali lagi telah diperakui memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada para pelanggannya. Berdasarkan kepada undian sebuah portal Forex antarabangsa, FXDailyinfo, syarikat itu telah dianugerahkan dengan gelaran “Platform Dagangan Kripto Terbaik - 2023".

Pedagang Kripto Sekali Lagi Memilih NordFX1 

FXDailyInfo adalah sebuah portal sumber maklumat penting yang menyediakan berita dan analisis pasaran kewangan harian, termasuklah ulasan broker, material pembelajaran, maklumat promosi dan bonus, serta lain-lain pandangan berguna buat para pedagang. Sebaliknya, Anugerah FXDailyInfo adalah penganugerahan tahunan yang diberikan di atas pencapaian cemerlang serta sumbangan kepada pelbagai segmen dalam pasaran kewangan, diberikan kepada syarikat-syarikat serta individu-individu berdasarkan undian terbuka yang dibuat oleh para pelawat portal berkenaan.

Pada tahun 2019, NordFX telah dianugerahkan dengan “Broker Mata Wang Kripto Terbaik” pada Anugerah FXDailyInfo. Kini, empat tahun selepas itu, gelaran “Platform Dagangan Kripto Terbaik” telah mengesahkan reputasi kukuh NordFX dalam dunia dagangan mata wang kripto secara online. Semasa undian dijalankan, para pelawat membuat keputusan mereka dengan memetik sebab-sebab berikut:

  • Pilihan pasangan mata wang kripto yang meluas, membolehkan para pedagang menemui peluang dagangan paling menguntungkan pada masa-masa tertentu.
  • Ciri-ciri dan alatan analisis yang canggih, ulasan serta ramalan yang dapat membantu para pedagang membuat keputusan dagangan yang tepat.
  • Teknologi keselamatan terkini yang digunakan NordFX bagi melindungi wang para pelanggan mereka. Tidak seperti kebanyakan bursa mata wang kripto lain, NordFX tidak pernah digodam sepanjang ia beroperasi, dan tiada satu sen pun wang pelanggannya yang dicuri.
  • Mudah digunakan. Platform MetaTrader-4 memiliki antara muka yang intuitif, menjadikan dagangan mata wang kripto lebih mudah diakses kebanyakan orang dengan pelbagai tahap pengalaman.
  • Pelaksanaan order yang sangat pantas. Teknologi moden yang ada membolehkan order dapat dilaksanakan dalam masa hanya 0.5 saat, membolehkan para pedagang NordFX mengambil kesempatan maksimum terhadap perubahan pantas yang berlaku di pasaran.
  • Keupayaan untuk mendapatkan pulangan sama ada semasa pasaran mengalami pertumbuhan atau apabila pasaran jatuh, tanpa perlu memiliki mata wang kripto fizikal sendiri.
  • Akhir sekali, dengan adanya pilihan dagangan margin menjadi faktor penting. Cukup dengan mengatakan bahawa untuk membuka transaksi 1 Bitcoin, anda hanya perlukan $150, hanya $15 bagi transaksi 1 Ethereum, dan $0.02 untuk berdagang 1 Ripple. Ini bermakna pedagang boleh berdagang mata wang kripto dalam jumlah ratusan atau ribuan kali lebih banyak daripada modal yang mereka ada, mencerahkan lagi potensi untuk mendapatkan pulangan.

 

Notis: Material ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami