Oktober 1, 2023

Keputusan September 2023: Pedagang Asia Selatan Menjadi Peneraju di NordFX1 

Firma broker NordFX telah membuat rumusan tentang prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan September 2023. Syarikat ini turut membuat penilaian terhadap servis dagangan sosial, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB.

Emas, terutama sekali pasangan XAU/USD terus menjadi salah satu daripada instrumen dagangan paling popular, membantu pedagang-pedagang NordFX menduduki 3 Tempat Teratas. Paling penting, ketiga-tiga tempat di podium pada kali ini menjadi milik para pedagang dari Asia Selatan.

  • Keuntungan tertinggi untuk bulan pertama dalam musim bunga diperoleh seorang pelanggan dari Asia Selatan, pemilik akaun nombor 1679XXX. Berdagang pasangan XAU/USD secara eksklusif, pelanggan ini berjaya menerima pulangan sebanyak USD 46,138.
  • Tempat kedua podium untuk bulan September adalah milik rakan senegaranya, pemilik akaun nombor 1599XXX. Pulangan sebanyak USD 21,598 yang diperoleh telah berjaya dicapai menerusi dagangan emas (XAU/USD), serta euro (EUR/USD) dan pound British (GBP/USD).
  • Logam berharga itu turut membantu seorang lagi wakil dari Asia Selatan (pemilik akaun nombor 1702XXX) menduduki 3 Tempat Teratas untuk bulan September dengan pulangan sebanyak USD 18,766. Selain daripada XAU/USD, portfolio pedagang itu turut mengandungi pasangan seperti EUR/USD, GBP/USD, GBP/JPY, dan banyak lagi.

Untuk servis PAMM, akaun "Trade and Earn" terus menarik perhatian para pelabur pasif. Walaupun ia telah dihasilkan pada 570 hari yang lalu, akaun ini kekal berada dalam keadaan dorman sehinggalah ia diaktifkan semula pada bulan November tahun lalu. Hasilnya, setelah 11 bulan berlalu, ia kini memberikan pulangan sebanyak 199% dengan kadar susut yang agak kecil iaitu kurang daripada 17%.

Penting untuk ketahui bahawa prestasi masa lalu tidak menjamin pulangan pada kemudian hari. Justeru, seperti biasa, kami menasihatkan para pelabur supaya sentiasa berhati-hati apabila melabur dalam akaun mereka.

3 Tempat Teratas Perkongsian IB NordFX untuk bulan September adalah seperti berikut:

  • Komisen paling banyak dengan jumlah USD 14,042 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun nombor 1645XXX. Perlu diketahui bahawa rakan kongsi ini telah menduduki 3 Tempat Teratas untuk lima bulan berturut-turut. Sepanjang tempoh itu, mereka telah memperoleh komisen kurang daripada USD 60,000 secara keseluruhan;
  • Tempat kedua menjadi milik pemegang akaun nombor 1618XXX dari Asia Selatan yang menerima komisen sebanyak USD 9,923;
  • Akhir sekali, mengakhiri 3 Tempat Teratas adalah seorang rakan kongsi dari Asia Tenggara, pemilik akaun nombor 1361XXX yang menerima komisen sebanyak USD 7,127.

 

Notis: Material ini bukanlah nasihat pelaburan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami