November 1, 2023

Keputusan Bulan Oktober: Pulangan Pedagang 3 Teratas NordFX Mencecah Hampir USD 400,0001 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan tentang prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Oktober 2023. Selain itu, servis dagangan sosial dan keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

Bulan lalu terbukti membuahkan hasil kepada para pelanggan syarikat. Pedagang yang tidak boleh dipertikaikan untuk menduduki tangga teratas datang dari Asia Barat, pemilik akaun No.1691XXX dengan pulangan sebanyak USD 185,095. Hasil cemerlang ini dicapai menerusi dagangan ke atas emas (XAU/USD, euro (EUR/USD) dan Pound British (GBP/USD).

  • Menduduki tempat kedua podium dengan hasil keuntungan memberangsangkan berjumlah USD 129,150 adalah wakil dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1720XXX. Hasil keuntungan ini diperoleh daripada dagangan pasangan mata wang GBP/USD, EUR/USD, dan USD/JPY.
  • Emas (XAU/USD) membolehkan seorang lagi pedagang dari Asia Barat, pemilik akaun No.1696XXX untuk mendapat untung sebanyak USD 83,980, berada dalam kalangan tiga teratas.  

Untuk servis PAMM, akaun "Trade and earn" terus menarik tumpuan para pelabur pasif. Akaun ini mula diguna pada 601 hari yang lalu tetapi terus berada dalam keadaan dorman sehinggalah diaktifkan pada November 2022. Sejak itu, hasil pulangan akaun itu telah melebihi 205% dengan kadar penurunan yang agak kecil iaitu kurang daripada 17%. Penting untuk dinyatakan di sini bahawa prestasi terdahulu tidak menjamin jumlah pulangan yang sama pada masa hadapan. Seperti biasa, kami tekankan supaya sentiasa berhati-hati apabila melabur dalam akaun mereka.

Bagi showcase servis PAMM, dua akaun yang sudah lama dan sering disebut-sebut dalam ulasan sebelum ini terus mencuri perhatian. Akaun itu adalah “KennyFXPRO-The Multi 3000 EA” dan “TranquilityFX-The Genesis v3”. Jika diingat kedua-duanya mengalami kerugian pada 14 November, 2022 dengan kadar penurunan sebanyak 43%. Namun, pengurus PAMM memilih untuk tidak mengalah, dan pada 31 Oktober, 2023, keuntungan akaun pertama sudah melebihi 116%, manakala akaun kedua pula mencecah 78%.

3 Tempat Teratas Perkongsian IB NordFX untuk bulan Oktober adalah seperti berikut:

  • Komisen  terbesar sebanyak USD 13,469 telah dikreditkan kepada seorang rakan dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1576XXX.
  • Tempat kedua jatuh kepada pemilik akaun No.1645XXX dari Asia Barat yang menerima USD 11,869. Paling menakjubkan, rakan kongsi ini telah berada dalam kelompok tiga teratas untuk enam bulan berturut-turut. Sepanjang tempoh itu, mereka berjaya meraih pulangan kira-kira USD 70,000.
  • Akhir sekali, mengakhiri 3 tempat teratas adalah seorang lagi rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1700XXX yang menerima untung sebanyak USD 7,124.

 

Notis: Material ini bukanlah nasihat pelaburan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami