Disember 1, 2023

Keputusan November 2023: Pedagang 3 Teratas NordFX Mencapai Rekod Keuntungan Sebanyak $470,0001 

Syarikat broker NordFX telah membuat Rumusan tentang Prestasi Dagangan Pelanggan mereka untuk bulan November 2023. Selain itu, servis dagangan sosial - PAMM dan CopyTrading, dan keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Seorang pelanggan dari Asia Barat dengan nombor akaun 1691XXX telah berjaya memperoleh keuntungan tertinggi untuk bulan ini, berjumlah $351,521. Pencapaian menakjubkan ini berjaya dicapai menerusi dagangan emas (XAU/USD), euro (EUR/USD), dan pound British (GBP/USD).
  • Pedagang dari negara yang sama, pemilik nombor akaun 1692XXX juga telah berjaya menduduki tempat kedua podium, mengumpul pulangan sebanyak $91,650. Pasangan mata wang yang sama - XAU/USD, EUR/USD, GBP/USD, dan juga USD/JPY telah menyumbang kepada hasil memberangsangkan ini.
  • Tempat ketiga menjadi milik pemilik akaun nombor 1733XXX dari Asia Selatan. Dengan menggunakan instrumen dagangan pilihan NordFX - emas (XAU/USD), mereka berjaya mendapatkan pulangan sebanyak $26,713.

Bagi servis pelaburan pasif NordFX, perkembangan situasinya adalah seperti berikut:

  • Untuk servis PAMM, akaun Trade and Earn terus menarik perhatian. Ia telah dibuka pada 631 hari yang lalu namun kekal dorman semenjak itu, hanya aktif pada November 2022. Sepanjang 13 bulan, kadar keuntungan yang dicapai adalah 210% dengan kadar susut yang agak kecil iaitu kurang daripada 17%. Tidak dinafikan, pengurus akaun ini boleh berbangga dengan pencapaian seperti itu.
    Dua akaun yang telah lama berada dalam showcase servis PAMM berjaya bertahan, sering disebut dalam ulasan sebelum ini - KennyFXPRO-The Multi 3000 EA dan TranquilityFX-The Genesis v3. Jika diingat pada 14 November, 2022, akaun ini telah berdepan dengan kerugian besar, dengan kadar susut pada ketika itu mencecah 43%. Namun, pengurus PAMM mengambil keputusan untuk tidak mengalah, dan pada 30 November, 2023, kadar untung untuk akaun pertama telah melebihi 118%, manakala untuk akaun kedua, 78%.
  • Untuk CopyTrading, tumpuan boleh diberikan terhadap isyarat yahmat-forex, yang telah menunjukkan kadar keuntungan sebanyak 190% dan kadar susut maksimum sebanyak 37% sepanjang 160 hari. Juga mencuri tumpuan adalah startup dengan nama sebenarnya $20 - $1,000,000. Sesiapa juga boleh meneka penyedia isyarat ini berniat untuk menambah nilai deposit daripada $20 kepada $1 juta. Buat masa sekarang, sepanjang 37 hari ia dihasilkan, kadar keuntungannya adalah sebanyak 101% dengan penyusutan sederhana kurang daripada 18%.
    Tidak dinafikan, kadar pulangan sebegitu dilihat agak menarik dan lebih tinggi berbanding deposit bank. Namun, pelanggan seharusnya mengingati bahawa kejayaan lampau tidak menjamin keputusan sama di kemudian hari. Justeru, seperti biasa, kami mengajak pelabur supaya sentiasa berhati-hati apabila melabur wang anda.

Dalam kalangan rakan kongsi IB syarikat broker NordFX, tiga tempat teratas adalah seperti berikut:

  • Ganjaran komisen terbesar sekali lagi telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun bernombor 1645XXX. Jumlah kali ini adalah sebanyak $10,525.
  • Berikutnya adalah rakan mereka dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1675XXX yang memperoleh $6,510 pada bulan November.
  • Akhir sekali, seorang lagi rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1700XXX menduduki tempat ketiga, menerima komisen sebanyak $5.034.

***

Perhatian! Pada 5 Januari, 2024, hanya tinggal sebulan lagi, NordFX akan mengadakan cabutan bertuah super Tahun Baru. Bermacam-macam hadiah tunai bernilai antara $250 dan $5,000 boleh menjadi milik para pelanggan syarikat ini.

Masih lagi ada masa untuk turut serta dan berpeluang memenangi salah satu atau lebih hadiah-hadiah ini. Segala butiran boleh didapati di laman web NordFX.

 

Notis: Material ini bukanlah nasihat pelaburan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami