Januari 18, 2024

NordFX: Penyedia Berita & Analisis Terbaik 20231

Hasil undian yang dijalankan oleh portal maklumat Forexing.com, syarikat broker NordFX telah diperakui sebagai Penyedia Berita & Analisis Terbaik 2023. Kejayaan “dengan margin besar” ini diperoleh setelah 75% daripada undian telah memilih NordFX.

Forexing.com adalah antara portal ternama yang menyediakan berita serta perkembangan berkaitan Forex, CFD, dan industri Kripto secara komprehensif. Pemenang bagi Anugerah Forexing dipilih menerusi undian terbuka para pengunjung platform atas talian tersebut, menjadikan anugerah ini lebih bernilai khususnya kerana ia mencerminkan pendapat golongan profesional dalam komuniti. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengundi di atas penilaian tinggi hasil usaha Bahagian Analisis NordFX.

Utusan tahniah platform berkenaan yang diberi kepada NordFX menyatakan: “Kami begitu teruja untuk menyampaikan setinggi-tinggi tahniah di atas penganugerahan ‘Penyedia Berita & Analisis Terbaik’ bagi Tahun 2023 ini. Anugerah berprestij ini adalah bukti kepada pencapaian yang ditunjukkan serta dedikasi anda dalam industri broker. Di Forexing.com, kami berbangga kerana dapat mengiktiraf serta meraikan kecemerlangan dalam sektor kewangan. Pasukan kami membuat ulasan, menilai, dan mencalonkan syarikat terbaik dalam industri. Anugerah-anugerah yang diberikan mengiktiraf Broker Forex runcit tempatan dan antarabangsa dengan prestasi terbaik. Pencapaian yang anda tunjukkan memberi sumbangan besar terhadap industri.”


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami