Februari 2, 2024

Keputusan Januari 2024: Emas Menjadi Lebih Kukuh pada Tahun Baru1

NordFX, sebuah syarikat broker telah membuat rumusan tentang prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Januari 2024. Keberkesanan servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Pedagang paling berjaya untuk bulan pertama tahun ini adalah seorang pelanggan dari Asia Barat, pemilik akaun bernombor 1740XXX yang telah berjaya mendapat pulangan sebanyak USD 18,732 menerusi transaksi emas (XAU/USD).
  • Gandingan XAU/USD juga telah membantu seorang wakil dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1694XXX untuk menduduki tempat kedua podium dengan keuntungan sebanyak USD 16,355.
  • Tempat ketiga berjaya dirangkul rakan senegaranya, pemilik nombor akaun 1595XXX. Dengan melaksanakan dagangan menggunakan instrumen kegemaran pedagang NordFX yang sama iaitu emas (XAU/USD), serta pound British (GBP/USD), beliau berjaya memperoleh pulangan sebanyak USD 12,725.

Bagi khidmat pelaburan pasif NordFX, situasinya adalah seperti berikut:

  • Dalam servis PAMM, akaun Trade and Earn terus menarik perhatian para pelabur pasif. Dilancarkan pada bulan Mac 2022, ia terus dorman selama empat bulan sebelum menjadi terkenal pada bulan November. Hasilnya, sepanjang tempoh “aktif” yang dilalui, pulangan yang diberikan adalah melebihi 415%. Malangnya, pada penghujung tahun 2023, pengurus akaun berkenaan membuat kesilapan besar. Sementara kadar penurunan maksimumnya tidak pernah melebihi 17%, nilainya itu menghampiri 60% yang berbahaya. Namun, pengurus akaun tersebut berjaya mengawal keadaan itu, seterusnya memberikan pertambahan pulangan mendadak, dengan kadar penurunan maksimum tidak lebih daripada 10% untuk bulan Januari.
    Dalam kalangan startup, akaun Kikos2 harus diberikan tumpuan, ia telah memberi pulangan sebanyak 325% dalam masa hanya 72 hari. Namun, melihat kepada strategi dagangan yang agresif, akaun itu juga mengalami kadar susut maksimum yang besar, kira-kira 60%. Perkara ini menjadi peringatan kepada para pelabur supaya lebih berhati-hati semasa membuat pelaburan. Keputusan lalu tidak menjamin prestasi pada masa hadapan, maka adalah penting untuk menilai kemampuan sendiri dari segi kewangan serta bersedia dengan segala perkara yang menimpa.
  • Dalam CopyTrading, kami terus memantau isyarat yahmat-forex yang telah menunjukkan pulangan sebanyak 335% untuk tempoh lebih daripada 222 hari, dengan kadar susut maksimum sebanyak 37%. Isyarat Fund Manage Global 100 oleh syarikat startup juga mencuri perhatian kami, membawa keuntungan sebanyak 160% dalam masa hanya 83 hari dengan kadar penurunan sederhana sebanyak 20%. Selain itu, isyarat FX NEW SKY juga tidak harus diketepikan. Dalam masa hanya dua minggu, pulangan yang diperoleh bukan tinggi saja, malah sangat-sangat tinggi iaitu 1820%. Namun, isyarat itu juga mengalami kadar penurunan maksimum yang begitu mengecewakan sebanyak 77%. Lagi pun, seperti yang diketahui, perjalanan ke bulan memang sangat-sangat berisiko dan dipenuhi dengan potensi untuk ditimpa malapetaka.

Dalam kalangan perkongsian IB syarikat NordFX, tempat 3 teratas adalah seperti berikut:

  • Komisen terbesar untuk bulan Januari telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Timur, pemilik akaun nombor 1218XXX berjumlah USD 8,268;
  • Tempat kedua menjadi milik rakan dari Asia Barat, pemilik akaun bernombor 1645XXX yang memperoleh USD 5,746 pada bulan ini;
  • Akhir sekali, menduduki tempat ketiga adalah seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun nombor 1718XXX yang memperoleh komisen sebanyak USD 3,842.

 

Notis: Material ini bukanlah nasihat pelaburan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami