Februari 20, 2024

Bonus Margin Call Terkumpul yang Baru dan Unik Akan Membantu Pedagang NordFX Dalam Tempoh Mencabar1

Bermula 20 Februari, 2024, para pelanggan syarikat broker NordFX diberikan peluang untuk turut serta dalam program bonus terkumpul, Bonus Margin Call. Tujuan bagi program yang sangat unit ini adalah untuk memberi modal kepada para pedagang bagi mengekalkan posisi yang dibuka serta meneruskan dagangan jika berlakunya Margin Call pada akaun mereka.

Tiada siapa yang bebas daripada melakukan kesilapan, dan pada satu tahap, pedagang paling berpengalaman sekali pun mungkin akan menerima pemberitahuan tentang dana tidak mencukupi dalam akaun mereka untuk mengekalkan posisi dagangan yang dibuka. Bagi mengelak daripada berdepan perkara lebih teruk, mereka perlu menambah semula deposit ke dalam akaun dengan segera, atau posisi mereka akan ditutup secara paksa, mengakibatkan kerugian.

Sebelum ini, pedagang yang berdepan situasi seperti itu mempunyai dua pilihan yang menyakitkan: sama ada menerima saja kerugian atau mencari modal tambahan dengan segera. Itulah sebabnya Margin Call benar-benar dianggap sebagai salah satu kebimbangan terbesar buat pedagang. Kini, terdapat cara untuk pelanggan NordFX “mengubati kebimbangan”, Bonus Margin Call: cara mudah untuk keluar daripada situasi sukar.

Uniknya bonus ini adalah kerana para pedagang pada hakikatnya menerima bonus berbentuk dana untuk kegunaan sendiri: lebih aktif mereka membuat deposit dan berdagang, lebih banyak bonus yang boleh mereka peroleh. Jumlah bonus akan dikira secara automatik berdasarkan jumlah dagangan (dalam lot) yang dijalankan pada akaun mereka sebelum berlakunya Margin Call.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat program Bonus Margin Call, sila layari https://nordfxmalaysian.com/promo/mcb.html Proses pendaftaran untuk program ini serta memohon kredit bonus adalah sangat mudah dan boleh dibuat di Kabinet Pedagang NordFX.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami